23.11.17

Rokok

Merokok membahayakan kesihatan. Ayat cliché yang sering kita dengar. Sejuta kali diperdengarkan pun macam tiada impak buat si perokok. Jujur saya katakan disini, saya merupakan bekas perokok tegar dan kini tidak lagi menjadi hamba kepada rokok. Bangga sungguh menjadi salah seorang yang tidak lagi menjadikan habit buruk ini sebagai ‘lifestyle’ kerana ia sesungguhnya tidaklah style mana pun, mendatangkan masalah lagi ada! Kenapa perlu seseorang itu untuk menghisap rokok? Satu pertanyaan yang sering kali bermain difikiran. Adakah dengan menghisap rokok dapat memberikan satu kepuasan dalam hidup? Suatu ketika dulu, satu hari kalau tak hisap rokok memang tak senang hidup. Rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Adakah dengan menghisap rokok dapat mententeramkan jiwa yang kusut dan bermasalah? Terpulang kepada persepsi masing-masing. Berbalik kepada persoalan kenapa perlu menghisap rokok, ternyata tidak memberikan faedah langsung kepada diri kita. Bayangkan duit yang boleh kita simpan, sekiranya kita membelanjakan satu kotak rokok sehari selama sebulan? Bagi mereka yang merasakan diri mampu untuk membelanjakan RM17.00 untuk sekotak rokok mungkin tidak terkesan atau dengan kata lain tak kisah dengan harga. Sekotak RM50.00 pun mampu beli. Tapi kalau difikirkan balik memang sangat membazir dan tak memberi apa-apa manfaat langsung. Jadi kenapa perlu buat? Penulisan saya kali ini khas untuk yang ‘pasang niat’ berhenti merokok. Sekiranya saya masih lagi merokok, mungkin entri ini tak akan wujud. Manusia belajar dari pengalaman bukan?
Bagi individu yang positif untuk berhenti merokok, semangat untuk berhenti perlu kuat, kalau semangat lembik, lemah longlai serta tiada langsung kesedaran, baik lupakan sahaja niat untuk berhenti. Banyak kali juga saya cuba untuk menjauhkan diri dari tabiat ini kerana permulaannya agak sukar kerana mudah ‘terpengaruh’ dengan keadaan sekeliling. It’s everywhere! Pergilah ceruk mana pun, memang akan kelihatan orang merokok. Itu yang susah sebab nafsu untuk merokok masih meluap-luap dalam diri. Tak boleh tahan tengok orang menghembus asap disekeliling. Keadaan sekitar juga penyumbang faktor seseorang itu susah berhenti sekiranya mempunyai niat untuk berhenti merokok. Kawan juga penyebab utama masalah ini. Ramai diantara kita berkawan dengan perokok tegar yang kelihatan macam susah nak jatuh sakit, mereka kelihatan sangat normal dan sihat bertenaga. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa amalan menghisap rokok tidak membahayakan kesihatan. Kesedaran untuk berhenti mati disitu. Saya juga merasakan bahawa tabiat merokok ini seolah-olah sesuatu yang normal kerana hampir semua orang macam tak ambil peduli, perkara ini dilihat biasa dan juga salah satu gaya hidup orang tempatan. Kempen-kempen kesedaran yang dijalankan pun hanya sekadar terpampang disana-sini, hampir tiada impak langsung.
Secara amnya, tak semua orang suka dengan tabiat ini. Bagi mereka yang ‘anti asap rokok’ perkara ini sangat menjijikkan. Perokok dilihat seorang yang pengotor dan selekeh. Sebelum saya decide untuk berhenti, tidak langsung merasakan diri saya seorang yang pengotor atau kelihatan selekeh. Pandangan orang terhadap perokok bergantung kepada tingkah-laku dan cara pemakaian si perokok. Tak semua yang merokok itu seorang yang selekeh atau pengotor tetapi ianya pandangan yang sangat munasabah. Tabiat merokok itu dilihat sangat menyakitkan mata bagi yang against merokok dan sangat menjijikan bagi sesetengah kaum wanita. Sekiranya ahli keluarga kita tiada yang merokok, peratusan untuk seseorang itu menjadi perokok sangat rendah kerana mereka tidak didedahkan dengan asap rokok dirumah. Bagi sebuah keluarga yang mempunyai salah seorang anggotanya merokok, chances untuk anak-anak menjadi smoker amat tinggi. Kalau tiada yang memulakan tabiat buruk ini, mungkin niat untuk menghisap rokok langsung tidak wujud. Saya berbangga dengan keluarga yang mempunyai seorang ayah yang tidak merokok dan tidak pernah langsung memegang puntung rokok. Mereka sangat hebat!
Melalui pemerhatian saya, ramai sangat yang suka merokok di restaurant/ kedai-kedai makan yang terbuka. Lumrah orang yang merokok, selepas selesai makan mesti wajib hisap rokok. Ada juga yang tak peka dengan keadaan sekeliling, selamba menghisap rokok berdekatan dengan keluarga yang duduk makan semeja dengan anak-anak kecil. Terpaksalah budak-budak kecik ni menghidu bau asap rokok si perokok tadi. Nak merokok lepas makan, merokok jauh-jauh. Asap rokok memang sangat merimaskan dan kehadirannya sangat tak selesa. Ada otak fikirkanlah. Bagi yang merokok, jangan berhenti mencuba untuk tidak merokok. Bila kita stop merokok, badan kita akan rasa totally fresh dan perasaan yang sangat berbeza dari yang sebelumnya, badan kita akan bebas dari toxic waste. Setuju sangat dengan cadangan pihak tertentu untuk menaikkan harga rokok sehingga RM50.00, daripada beli rokok berkotak-kotak, baik beli makan buat anak-bini! (bagi yang sudah berkahwin)
Diantara penyebab utama yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhenti ialah sakit dibahagian dada yang sangat tak selesa. Setiap kali menghisap rokok, tak sampai habis lagi saya dah buang rokok. Macam merokok nie main-main pulak. Buat apa kita menjadi hamba kepada rokok, langsung tiada manfaat selain menghabiskan duit dan mengotorkan paru-paru. Cakap sahaja tiada guna, kalau niat sudah menebal didada, langsung saja diteruskan. Baik jauhkan diri dari amalan kononnya normal ini. Tak susah sebenarnya untuk berhenti merokok, kerana saya berjaya untuk berhenti. Diantara salah satu caranya ialah dengan menjauhkan diri daripada tempat-tempat yang memungkinkan anda untuk menghisap rokok. Kalau ada ‘port’ sila jauhkan diri daripada ‘port’ biasa anda. Jauhkan diri dari kedai makan yang senang untuk merokok. Kedai makan yang berhawa dingin memang tak dibenarkan untuk merokok. Sila pergi ke tempat-tempat yang susah untuk anda merokok. Tempat yang penuh dengan sign dilarang merokok. Jangan fikir perkara-perkara yang memungkinkan anda untuk menghisap rokok. Buat sesuatu perkara yang dapat larikan diri dari tabiat ini sebagai contohnya dengan mengunyah makanan. Gula-gula juga membantu. Jelly kenyal Haribo perasa Coke juga sangat membantu saya. Amalkan cara berfikir macam baik beli makanan dari beli rokok, baik simpan duit dari bakar duit. Perkara-perkara ini mungkin dapat membantu untuk kita berhenti. Dengan kata lain, jangan langsung cuba ingat pada rokok! Cuba control mind set kita. Tak cuba tak tahu. Apa yang penting sekali ialah kene kuat semangat. Tanamkan semangat dalam diri untuk berhenti dari membeli sekotak rokok. Selamat mencuba
Images via TF

11.11.17

Swish swish bish!

Sewaktu anda semua sedang bergembira menyambut hari lebaran pada bulan Jun 2017 yang lepas, saya pula sedang menjalani rawatan kerana masalah paru-paru yang agak kritikal. Hampir sebulan saya terlantar di hospital (dalam bulan Syawal) seolah-olah hari raya bagaikan tiada erti lagi dalam hidup. Apa yang bakal saya ceritakan ini sebenarnya satu pengajaran buat saya dan pada masa yang sama mengingatkan saya bahawa kita boleh pergi meninggalkan sesiapa sahaja terutama sekali keluarga yang kita sayangi dalam sekelip mata. Kesihatan merupakan perkara yang sangat penting untuk kita jaga. Sekiranya kita mengabaikan bab penjagaan kesihatan, kelak akan memakan diri. Itu merupakan satu perkara utama dalam hidup, kerja bagai nak rak pun kalau sakit macam mana? Satu keluarga yang akan menanggung derita nanti. Saya memang jenis yang workaholic, kalau boleh setiap masa nak bekerja, tapi sebenarnya kena ada had. Kadang-kadang saya terfikir, dalam seminggu kita bekerja cuti saya cuma satu hari. Satu hari yang tinggal untuk cuti kononnya tu tak rasa macam cuti pun. Bayangkan semua kerja kita kene buat, segala mak nenek kerja kita kene selesaikan dan tidak sedikit pun saya merungut kerana niat saya ikhlas.
Selama hampir 2 tahun saya bersabar akhirnya saya mengalah dan tak mampu lagi diperhambakan macam orang bodoh. Saya bekerja dengan niat yang baik dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, tetapi saban hari saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena sehingga naik stress dibuatnya. Bayangkan kerja yang kita suka lakukan kerana minat akhirnya menjadi bosan dan tak keruan , dek perangai manusia yang seolah-olah tidak tahu menghargai masa dan bakat yang dicurahkan. Rasa macam buang masa dan kena buli pun ada. Stress yang datang menjelma membuatkan saya menjadi lemah tetapi saya sembunyikan. Tahap kesabaran saya suatu ketika sudah sampai tahap maksimum tapi saya pendamkan kerana tidak mahu dilabel anak kurang ajar.
Banyak yang saya belajar dari pengalaman yang saya lalui, tak semua orang dalam dunia ini kita boleh percaya. Itu yang saya silap. Bila kita terlampau baik sangat dengan orang, dipijaknya kepala kita, bila berdepan mulut manis, tapi dibelakang hanya tuhan yang tahu. Bila kita bekerja dengan gigih, inginkan kejayaan, pengorbanan mesti dilakukan. Tapi, perlukah kita menolak ke tepi keluarga dan kawan-kawan disebabkan oleh, “Kalau nak berjaya, kene berkorban. Kerja yang penting, family & kawan-kawan jangan fikir. Semuanya diketepikan dahulu.” Ini sebenarnya satu kepercayaan karut atau dengan kata lain 'ajaran sesat' yang selama ini saya agungkan. Memang tak dinafikan, kalau kita nak berjaya, mahukan perubahan dalam diri, pengorbanan mesti dilakukan tapi bukannya dengan menolak jauh keluarga dan kawan-kawan.

Keluarga merupakan satu 'jana kuasa' yang penting untuk kita berjaya. Memang selama ini saya tersilap kerana terlalu asyik mendengar nasihat tak berguna dari manusia tak berhati perut. Malu saya dibuatnya bila saya ceritakan hal ini kepada keluarga. Pengorbanan manusia yang tak sedar diri memang lagu ni, pentingkan diri sendiri. Ketika saya terlantar di hospital, banyak perkara yang bermain-main difikiran. Mungkin saya banyak berdosa dengan tuhan, emak dan ayah sampai jatuh sakit. Mungkin juga Allah S.W.T nak buka mata saya, bukan melihat dengan bijik mata, tapi melihat dengan mata hati. Apa yang membuatkan saya jadi macam ni? Sampai satu masa rasa macam nak give-up, saya rasa macam orang tak berguna, tapi saya silap sebenarnya kerana saya ada family yang sayangkan saya seadanya.

Sebelum dikejarkan ke hospital, saya masih ingat lagi yang saya cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan keluarga. Bila mama saya call atau whatsapp jawapan saya, “Wan sihat mama atau tak sakit lah mama/mana ada sakit.” Tapi akhirnya saya terpaksa menceritakan hal yang sebenarnya kepada keluarga kerana saya takut dan pada masa yang sama rasa bersalah. Saya tidak mahu mama dan babah risau akan keadaan saya yang semakin kurus dan tak bertenaga. Sebab tu nak sorok! Paru-paru merupakan organ yang sangat penting dalam tubuh badan kita dan tiada pengganti yang lain. Kalau rosak atau tidak berfungsi dengan baik, maka tamatlah riwayat hidup kita. Banyak perkara-perkara yang sememangnya boleh memudaratkan paru-paru. Tak perlu saya sebut disini kerana saya pasti anda tahu jawapannya. Semasa terlantar di hospital, saya masih ingat raut wajah mama. Terpancar aura kesedihan yang ternyata jelas kelihatan. Setiap hari emak saya berulang-alik dari rumah opah di Cheras Baru ke hospital selama hampir sebulan. Sungguh kuat semangat ibu saya demi menjaga makan minum saya di hospital. Pengalaman ini sememangnya sesuatu yang sangat bermakna buat saya sebenarnya. Ketentuan yang Maha Esa saya terima dengan hati yang terbuka. Syukur alhamdulillah, kesihatan saya kini bertambah baik dan saya tidak sabar untuk meneruskan pengajian diperingkat Master bermula tahun hadapan, March 2018. Saya percaya bahawa apa yang berlaku pada diri kita baik yang sempurna mahupun tidak, mungkin ada hikmah disebaliknya. Semuanya telah tertulis. Jangan kita jadikan pengalaman pahit penghalang untuk kita meneruskan kehidupan. Jadikan ia pembakar semangat untuk kita mengecapi impian yang diinginkan.

P/s: Swish swish? This is actually my favorite song from Katy Perry's new album, Witness. "I think it’s a great anthem for people to use whenever someone’s trying to hold you down or bully you." KP

5.11.17

Versailles Part 1

One of my favorite films would be Marie Antoinette (2006) directed by Sofia Coppola. I just love how she directed the film based on her point of interest. A little bit of information here (we all loved history right?) Maria Antonia Josepha Johanna, known as Marie Antoinette (2 November 1755 - 16 October 1793) was the last Queen of France before the French Revolution takes place and that's pretty much about it! After watching this quite interesting film, I just realize that Palace of Versailles is actually a cool place to visit. I've always had a thing for a royal history background based kinda film. The Last Emperor is also one of it.


Back in 2015, I've got a chance to visit this incredibly huge and beautiful garden of Versailles & now becoming obsessed with it! Here is some of the photos from my last visit to The Palace of Versailles plus some of my favorite images of Marie-Antoinette's estate and one of a kind, Petite Trianon. I also did 'comeback' to Versailles because I just fell in love with the surroundings and all of its beauty. The whether is not that hot and not too cold, perfect!


I've heard that if you've already experienced or travelled in certain countries then it's done. For me, you have to experience more of it if you want to understand the beauty and all of its glory. It's good to be back here again in the grand palace when there is not so many people around and to observe every single detail of the paintings, the rooms, the stairs and everything seems to be quite magical. The garden is impeccably beautiful with lots of pre-historic statues-placed at certain angles around the garden and lots of water fountains! Walking all the way through the Grand Canal is pretty amazing! You have to explore at least 2 or 3 days and by then satisfaction is guaranteed.


Honestly, 2 days are good enough starting with the main palace, then walks through the gardens and groves (The Orangerie & The Hundred Steps Stairways- not to be missed) and end's up your journey to the Marie Antoinette's estate. You need to plan your journey here because you don't want to waste your time plus missed any single important 'check points'. They also have this quite handy-map for visitors, good for discovering hidden garden in the gardens. Petit Trianon is one of my favorite because it holds tender memories of Queen Marie Antoinette, who made it her refuge from the pomp and circumstance of the court. It's quite huge as well with its own private garden! It's a good choice to have a picnic here! Again, it's a must-visit palace's if you're in town-Paris.


From the main city, around Zone 1, it takes roughly 45 minutes to reach Versailles via train called RER line C. No free entrance for people like me (tourist), you have to pay like 11 Euro (RM55.00) just to hang out inside the garden ONLY. The main Palace of Versailles around RM60++ if I'm not mistaken. If you want to experience more of it (All main entrance with different fees and student at discounted price) total would be twenty-ish something Euro, around RM100++ (for a single day). For other fees, just simply visit their website. It is not that expensive, simply worth the amount of money you paid. I will definitely coming back for more adventures and with more stunning images from Versailles. Until next time, Love













Christian Dior Couturier du Rêve Part 4 (Grand Finale)

Salam. Berikut merupakan gambar-gambar dipenghujung exhibition Christian Dior Couturier du Rêve yang sememangnya tersangat exclusive kerana ianya diadakan setiap 30 tahun sekali. Exhibition yang seterusnya kene tunggu the next 30 years! Hopefully lepas nie Balenciaga pulak yang buat exhibition. Bila kita mengharapkan sesuatu yang baik, pasti ianya akan menjadi. Percayalah, dugaan yang kita hadapi didunia ini sebenarnya secara tak langsung membuka mata kita untuk melihat dengan lebih jauh dan kehadapan.












2.11.17

Christian Dior Couturier du Rêve Part 3

In order to satisfy my love of architecture and clean-cut design, I wanted my dresses to be "constructed", to be moulded to the contours of the female body, stylizing its curves. Christian Dior