22.9.14

Hijabista Magazine October Issue

Hijabista Magazine October 2014. Grab your copy NOW!
“Saya melihat ramai wanita yang berani untuk berfesyen walaupun berhijab. Bertudung atau berhijab bukanlah penghalang buat mereka untuk kelihatan bergaya dan fashionable. Wanita berhijab itu sememangnya sangat cantik dan sopan di mata yang melihat."

Text by Noor Nazlia Mohd Iqbal
 
Menonton program realiti fesyen, Project Runway mungkin menjadi minat sebahagian besar remaja diluar sana. Sebuah program yang memaparkan rencah kehidupan mereka yang bergelar pereka fesyen barangkali mendorong impian dan cita-cita anak muda untuk bergelar pereka fesyen yang tersohor. Menerusi program tersebut juga, kita dapat melihat kehidupan sebenar menjadi pereka busana.
 
Tidak hanya duduk di meja dan membuat lakaran semata, sebaliknya penyelidikan, suntikan inspirasi dan mengikut trend aliran masa kini juga adalah antara yang perlu diambil kira. Pemahaman mengenai teknik konstruksi pakaian juga sama penting dalam memasarkan koleksi fesyen masing-masing. Semangat yang tinggi juga diperlukan dalam menghasilkan karya terbaik.
 
Aset Bernilai Pereka Fesyen
 
Sama kisahnya dengan pereka fesyen tempatan yang mula mencipta nama, Sandra Azwan berkata kreativiti dan workmanship merupakan perkara terpenting buat individu yang bergelar pereka fesyen. Kreativiti merupakan asset bernilai buat pereka fesyen dan membezakan seorang pereka dengan pereka yang lain. Setiap pereka mahu hasil rekaannya diterima ramai melalui hasil kreativiti dan imaginasi mereka sendiri.
 
Pereka muda ini mungkin boleh dianggap masih hijau dalam dunia fesyen tanah air, namun kemampuannya tidak dapat dipertikaikan. Sandra Azwan merupakan graduan lepasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Mula bergiat aktif selepas tamat belajar pada tahun 2010, rekaan yang dihasilkan lebih kepada made-to-measure atau bespoke.
 
“Pada tahun 2007, saya berjaya menjadi salah seorang peserta akhir untuk Malaysia International Fashion Awards (MIFA8). Bermula dari situ saya berani untuk meneruskan impian saya. If you have a point of view, u’ll get a bit of a chance,” ceritanya mengenai pembabitan awal dalam dunia fesyen.
 
Anak muda yang tidak mudah patah semangat ini sangat mengkagumi rekaan Nicolas Ghesquiere yang merupakan ketua pereka untuk label Balenciaga dan kini menjadi artistic director untuk label Louis Vuitton. “All of his designs for Balenciaga is absolutely stunning! He’s one of the greatest designer I’ve ever known. Sekiranya diberi peluang, he’s the one! It’s a revolution of Fashion,“ tambah Sandra. Sandra mengakui sentiasa menunggu hasil karya Proenza Schouler, Balenciaga, Alexander Wang dan Louis Vuitton.
 
 Hijab Cara Betul
 
Menyentuh soal fenomena fesyen hijab masa kini, Sandra memberitahu dunia fesyen hijab semakin popular dan ramai yang mempunyai kesedaran untuk menutup aurat dan ini merupakn perkara yang baik. “Saya melihat ramai wanita yang berani untuk berfesyen walaupun berhijab. Bertudung atau berhijab bukanlah penghalang buat mereka untuk kelihatan bergaya dan fashionable. Bagi saya, sekiranya seseorang itu memilih untuk berhijab, pastikan berhijab dilakukan atau dipakai dengan cara betul dan sempurna."
 
Bagi yang berhijab, “I’m so impressed with their ability to adapt certain style and make it fashionableenough for themselves,” tambah Sandra lagi. Sandra sempat berkongsi tip untuk pemilihan material bagi fesyen wanita berhijab. “ Material atau fabrik bergantung pada jenis pakaian atau rekaan. Ia juga bergantung pada tahap keselesaan seseorang. Ada yang menyukai material yang tebal, ada yang lebih kepada fabrik yang lembut dan flowy,” ujar Sandra yang berpendapat bahawa wanita berhijab itu sememangnya sangat cantik dan sopan di mata yang melihat.

17.9.14

EH! Magazine October Special Issue!

Fashion Flash
Behind The Scenes...with Sandra Azwan!;-)
Eh! Magazine 15 Years Anniversary October Issue!
 
Eh! Magazine has always been my favorite local magazine. I'm so happy to be featured as one of the designers in this special issue. Special thanks to Eh! Fashion writer, 'Kak Yana' who's always believe in me and my designs. Grab a copy of  your own Eh! Magazine October 2014 issue when its out!
In this picture, i'm trying to be 'Cool' as possible....haha.
'Kanda, jangan tinggalkan adinda' kinda pose!
Happy Anniversary Majalah Eh! Da bomb!
 
 

13.9.14

Sembang Pereka with NONA Magazine

Salam satu Malaysia. Check this out, my latest interview with NONA Magazine October Issue. History saya dan Majalah NONA bermula pada tahun 2011. Thank You NONA Magazine! Love...
 
 Nona October 2014
 
1)Bagaimanakah anda boleh bermula sebagai pereka fesyen?
Semuanya bermula dengan minat yang mendalam. Saya seterusnya tidak melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Kini saya memiliki Diploma dan Ijazah dalam Art & Design, Fashion. Sekiranya kita mempunyai gerak hati untuk melakukan sesuatu, teruskan. Kita mungkin tidak tahu sejauh mana kita boleh pergi.
 
2)Terangkan mengenai jenama Sandra Azwan, bila ia bermula, bagaimana dan juga keistimewaannya?
Label Sandra Azwan bermula sebaik sahaja saya tamat program Ijazah di UiTM Shah Alam. Setiap rekaan yang dihasilkan oleh saya mempunyai 'Signature Touch' atau dengan kata lain memberikan impak kepada personaliti pemakai. Saya cuba lari dari kebiasaan dalam setiap rekaan yang dihasilkan. Saya juga akan pastikan personaliti client akan lebih menyerlah dengan rekaan dari Sandra Azwan.
 
3)Boleh kongsikan cara anda mereka pakaian untuk setiap individu yang mendapatkan khidmat fesyen anda?
Seperti biasa, saya akan berbincang untuk mendapatkan persetujuan dengan client. Seterusnya saya akan memberikan idea dan penjelasan ringkas mengenai rekaan yang bakal dihasilkan dengan menunjukkan lakaran fesyen yang pelbagai. Lakaran fesyen penting kerana ia dapat memberikan penjelasan awal rekaan.
http://bysandraazwan.blogspot.com/2011/02/new-chic.html
NONA March 2011
 
 4)Siapakah pereka fesyen luar negara yang dikagumi? kenapa?
Fashion Designer yang saya cukup kagumi ialah Nicolas Ghesquiere, Proenza Schouler dan Alexander Wang. Pada usia yang cukup muda, mereka telah berjaya menguasai fesyen dunia dengan rekaan- rekaan yang hebat dan 'Super cool'.
 
5)Bagaimana pula dengan pereka tempatan? Kenapa?
Saya begitu kagum dengan pereka- pereka dari UiTM seperti Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat dan Zerry Zamry. Kesungguhan mereka mewarnai industri fesyen tempatan memberikan semangat untuk saya terus memperjuangkan hasil seni saya.
 
6)Setiap pereka memiliki nilai estetik mereka yang tersendiri, bagaimana pula dengan anda?
Ini merupakan perkara terpenting. Saya begitu menitik beratkan 'Signature' rekaan Sandra Azwan, yang pada saya mempunyai keunikan yang tersendiri. Berani untuk menghasilkan rekaan yang artistik, potongan dan cantuman panel- panel unik melalui teknik 'draping' serta bereksperimen dengan jenis- jenis fabrik merupakan kekuatan Sandra Azwan. Setiap rekaan yang dihasilkan juga berkonsepkan 'modern' dan 'Fashion Forward'.
 
http://bysandraazwan.blogspot.com/2012/02/tulle-desire.html
Nona March 2012

7)Apakah tip do's anda donts dalam berfesyen yang anda boleh berikan kepada pembaca majalah nona?
Secara personal, setiap dari kita mempunyai gaya yang tersendiri. Tidak wujud perkataan 'mangsa fesyen' dalam kamus hidup saya. Sekiranya anda bijak menggayakan sesuatu pakaian, secara tak langsung ianya akan membuatkan anda gembira. Tidak perlu pening kepala dalam berfesyen, have fun with it!
 
8)Siapakah personaliti/selebriti yang glamor dimata anda? Kenapa?
Setiap personaliti mempunyai aura mereka yang tersendiri. Saya begitu tertarik dengan kecantikan Fazura. She's so pretty!
 
9)Boleh ceritakan mengenai koleksi terbaru dari Sandra Azwan?
Kekuatan dan kualiti rekaan yang dihasilkan mencerminkan keunggulan rekaan. Koleksi terbaru, Cruise 2014/15- koleksi ready to wear bertemakan 'Geometrical Abstraction' mendapat ilham dari World Cup 2014. Setiap rekaan yang dihasilkan dihalusi dengan mainan jalinan garisan hitam berpanel beserta 'Silhouette' yang lebih santai. Jalinan unik garisan pada setiap rekaan digayakan mengikut 'mood' yang tersendiri; sporty, elegance, girly & cool.
http://bysandraazwan.blogspot.com/2014/09/nona-magazine-september-issue.html
 Nona September 2014
 
10) Sebagai seorang pereka fesyen, apakah item fesyen wajib ada buat wanita? Mengapa?
White Shirt, Skinny Blue Jeans & platform heels. Bagi saya, wanita kelihatan cukup bergaya dengan white Shirt bersama Blue Jeans, timeless!
 
11)Lima tahun dari sekarang, dimanakah jenama ini akan berada?
5 years from now? Terus bergiat aktif mewarnai industri fesyen tanah air. Saya bercadang untuk memperluaskan lagi Jenama Sandra Azwan , bukan hanya untuk wanita sahaja, but also menswear & children's wear.

8.9.14

From New York to Japan!

Fashion Flash
FUN & YOUNG!
Remaja Magazine September issue
 

6.9.14

Dunia Fesyen Sandra?

Salam. A few months ago, I did this interview with Berita Harian and I feel like sharing da news with u guys. Check this out, dunia fashion saya! hehe ;-)

Text by Sarah Ali Shawal
Sarah.aina@bh.com.my

I love my job!;-)
If you want to improve your life and the way that you see yourself, it is important to understand the importance of believing in yourself. Be positive!

Bijak mengolah idea dan kreativiti antara resepi untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya selain kesabaran mendepani cabaran. Hakikat itu diakui pereka muda Sandra Azwan yang kini mewarnai industri fesyen tanah air. Sandra berkata, kerjaya sebagai pereka fesyen bukannya mudah kerana perjalanannya perlu bermula dari bawah bagi menggilap kemampuan sendiri sebelum meletakkan sasaran yang ingin dicapai sebagai fokus utama.

“Sebagai pereka fesyen, jangan mudah patah semangat sebaliknya perlu berani mencuba. Jangan mudah mengambil kata atau kritikan tidak membina dan jadikan setiap kelemahan atau kegagalan hari ini sebagai pembakar semangat pada masa hadapan.”

Coming soon! EH! Magazine Special Edition, 15th Anniversary ( October Issue). 'Behind the scene' photos will be uploaded soon;-)
 
Kene pose skit! hehe... Photoshoot for HIJABISTA Magazine. I'm so excited about this. Coming soon, Hijabista Magazine October 2014 Issue.


Perlu sabar

“Paling penting, kesabaran kena ada kerana kita sering berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan sama ada yang datang untuk membuat tempahan atau sekadar mendapatkan khidmat nasihat,” katanya. Beliau berkata, kebiasaannya pelanggan yang datang akan menyatakan kehendak fesyen pakaian mereka dan ada segelintir yang silap membuat pilihan seperti fesyen yang tidak bersesuaian dengan bentuk badan mereka.

Menjadi tanggungjawab pereka untuk menyatakan pandangan dan nasihat kepada setiap pelanggan demi memastikan setiap rekaan memenuhi cita rasa dan kesesuaian pelanggan.
Quick review from Eh! Magazine August 2014 issue.

Cari inspirasi

“Saya lebih memfokuskan kepada rekaan fesyen yang sederhana dan moden dengan menampilkan elemen panel dalam setiap rekaan. Pereka perlu ada identity tersendiri dalam menghasilkan rekaan yang mampu dipasarkan selain membezakan kita dengan pereka yang lain. Paling penting, rekaan yang menarik sudah pasti menambatkan hati pelanggan, itu sudah pasti menjadi satu kepuasan,” katanya.

Sandra juga tidak menafikan pereka perlu sentiasaa membuat penyelidikan dan mendapat inspirasi dalam membina tema sealiran terkini seterusnya mencari, memilih fabrik sesuai dan menghasilkan koleksi rekaan hebat berdasarkan fabrik terbabit. Sandra akan memastikan lakaran yang sesuai sebelum sesuatu rekaan dipersetujui pelanggan. Beliau ingin berada sebaris pereka fesyen terkenal tanah air.

“Fesyen bidang yang luas kena mencari sesuatu yang baru, bukan tandus dan sekejap, dalam peredaran masa.”
P/s: Untuk bergelar seorang pereka fesyen memerlukan pengorbanan yang besar dan ianya bukan satu tugas yang mudah. Secara peribadi, banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.  Saya juga berpendapat bahawa kemahiran dan cara berfikir yang membezakan diantara satu pereka fesyen dengan yang lain. Minat sahaja tidak cukup malah ianya memerlukan kuasa dalaman untuk terus bergiat aktif. Nobody needs another writer, photographer, designer. The world is full of them. If you’ve got a point of view, you’ve got a bit of a chance.

4.9.14

3.9.14

InTrend Magazine August 2014

The GANG!
InTrend Magazine August 2014 Issue.

From left: Aidit, Sharwita, Tuti, Pipi Razi and Sheena.

1.9.14

Sandra Azwan CRUISE 2014-15

FASHION FLASH
Kuala Lumpur Fashion Week 2014
Ready-to-Wear

Abstract thinking. For more details visit klfashionweek.com

The inspiration behind Sandra Azwan Cruise 2014-15 collection at KLFW2014.

It’s all about looking sharp and feminine with a sense of edginess. Each dresses have its own personifications and attitude; Sporty, Elegance, Girly and Cool. It’s all up to the wearer to choose which style suits them the best. Clearly, there is an art of boldness, color blocking, structured abstraction of geometrical lines combined with a simple silhouette just to make it glamorously wearable prĂȘt-et-porter.

“I always wanted to create a series of looks that together, made an impact on the catwalk and actually wearable on their own. I wanted to create garments that would fit beautifully and perfectly into everyday life, and would be worn through the eyes of the wearer, how and when they wanted. 


As a designer my key focus is on creating a strong modern silhouette with sophisticated tailoring and creative pattern cutting. A big part of my inspiration comes from the graphic lines found in architecture and I have used this to create modern designs based on my artistic point of view.”

For more pictures on the Runway, check this out: Duniafashyon
A Structural Style Cruise- Sandra Azwan via FahionHeavenRants

Sandra Azwan Cruise 2014-15 
By special order. Contact Sandra Azwan for more details.