13.9.14

Sembang Pereka with NONA Magazine

Salam satu Malaysia. Check this out, my latest interview with NONA Magazine October Issue. History saya dan Majalah NONA bermula pada tahun 2011. Thank You NONA Magazine! Love...
 
 Nona October 2014
 
1)Bagaimanakah anda boleh bermula sebagai pereka fesyen?
Semuanya bermula dengan minat yang mendalam. Saya seterusnya tidak melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Kini saya memiliki Diploma dan Ijazah dalam Art & Design, Fashion. Sekiranya kita mempunyai gerak hati untuk melakukan sesuatu, teruskan. Kita mungkin tidak tahu sejauh mana kita boleh pergi.
 
2)Terangkan mengenai jenama Sandra Azwan, bila ia bermula, bagaimana dan juga keistimewaannya?
Label Sandra Azwan bermula sebaik sahaja saya tamat program Ijazah di UiTM Shah Alam. Setiap rekaan yang dihasilkan oleh saya mempunyai 'Signature Touch' atau dengan kata lain memberikan impak kepada personaliti pemakai. Saya cuba lari dari kebiasaan dalam setiap rekaan yang dihasilkan. Saya juga akan pastikan personaliti client akan lebih menyerlah dengan rekaan dari Sandra Azwan.
 
3)Boleh kongsikan cara anda mereka pakaian untuk setiap individu yang mendapatkan khidmat fesyen anda?
Seperti biasa, saya akan berbincang untuk mendapatkan persetujuan dengan client. Seterusnya saya akan memberikan idea dan penjelasan ringkas mengenai rekaan yang bakal dihasilkan dengan menunjukkan lakaran fesyen yang pelbagai. Lakaran fesyen penting kerana ia dapat memberikan penjelasan awal rekaan.
http://bysandraazwan.blogspot.com/2011/02/new-chic.html
NONA March 2011
 
 4)Siapakah pereka fesyen luar negara yang dikagumi? kenapa?
Fashion Designer yang saya cukup kagumi ialah Nicolas Ghesquiere, Proenza Schouler dan Alexander Wang. Pada usia yang cukup muda, mereka telah berjaya menguasai fesyen dunia dengan rekaan- rekaan yang hebat dan 'Super cool'.
 
5)Bagaimana pula dengan pereka tempatan? Kenapa?
Saya begitu kagum dengan pereka- pereka dari UiTM seperti Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat dan Zerry Zamry. Kesungguhan mereka mewarnai industri fesyen tempatan memberikan semangat untuk saya terus memperjuangkan hasil seni saya.
 
6)Setiap pereka memiliki nilai estetik mereka yang tersendiri, bagaimana pula dengan anda?
Ini merupakan perkara terpenting. Saya begitu menitik beratkan 'Signature' rekaan Sandra Azwan, yang pada saya mempunyai keunikan yang tersendiri. Berani untuk menghasilkan rekaan yang artistik, potongan dan cantuman panel- panel unik melalui teknik 'draping' serta bereksperimen dengan jenis- jenis fabrik merupakan kekuatan Sandra Azwan. Setiap rekaan yang dihasilkan juga berkonsepkan 'modern' dan 'Fashion Forward'.
 
http://bysandraazwan.blogspot.com/2012/02/tulle-desire.html
Nona March 2012

7)Apakah tip do's anda donts dalam berfesyen yang anda boleh berikan kepada pembaca majalah nona?
Secara personal, setiap dari kita mempunyai gaya yang tersendiri. Tidak wujud perkataan 'mangsa fesyen' dalam kamus hidup saya. Sekiranya anda bijak menggayakan sesuatu pakaian, secara tak langsung ianya akan membuatkan anda gembira. Tidak perlu pening kepala dalam berfesyen, have fun with it!
 
8)Siapakah personaliti/selebriti yang glamor dimata anda? Kenapa?
Setiap personaliti mempunyai aura mereka yang tersendiri. Saya begitu tertarik dengan kecantikan Fazura. She's so pretty!
 
9)Boleh ceritakan mengenai koleksi terbaru dari Sandra Azwan?
Kekuatan dan kualiti rekaan yang dihasilkan mencerminkan keunggulan rekaan. Koleksi terbaru, Cruise 2014/15- koleksi ready to wear bertemakan 'Geometrical Abstraction' mendapat ilham dari World Cup 2014. Setiap rekaan yang dihasilkan dihalusi dengan mainan jalinan garisan hitam berpanel beserta 'Silhouette' yang lebih santai. Jalinan unik garisan pada setiap rekaan digayakan mengikut 'mood' yang tersendiri; sporty, elegance, girly & cool.
http://bysandraazwan.blogspot.com/2014/09/nona-magazine-september-issue.html
 Nona September 2014
 
10) Sebagai seorang pereka fesyen, apakah item fesyen wajib ada buat wanita? Mengapa?
White Shirt, Skinny Blue Jeans & platform heels. Bagi saya, wanita kelihatan cukup bergaya dengan white Shirt bersama Blue Jeans, timeless!
 
11)Lima tahun dari sekarang, dimanakah jenama ini akan berada?
5 years from now? Terus bergiat aktif mewarnai industri fesyen tanah air. Saya bercadang untuk memperluaskan lagi Jenama Sandra Azwan , bukan hanya untuk wanita sahaja, but also menswear & children's wear.

1 comment:

S. said...

Wahh amazing! Congratulations :D