6.9.14

Dunia Fesyen Sandra?

Salam. A few months ago, I did this interview with Berita Harian and I feel like sharing da news with u guys. Check this out, dunia fashion saya! hehe ;-)

Text by Sarah Ali Shawal
Sarah.aina@bh.com.my

I love my job!;-)
If you want to improve your life and the way that you see yourself, it is important to understand the importance of believing in yourself. Be positive!

Bijak mengolah idea dan kreativiti antara resepi untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya selain kesabaran mendepani cabaran. Hakikat itu diakui pereka muda Sandra Azwan yang kini mewarnai industri fesyen tanah air. Sandra berkata, kerjaya sebagai pereka fesyen bukannya mudah kerana perjalanannya perlu bermula dari bawah bagi menggilap kemampuan sendiri sebelum meletakkan sasaran yang ingin dicapai sebagai fokus utama.

“Sebagai pereka fesyen, jangan mudah patah semangat sebaliknya perlu berani mencuba. Jangan mudah mengambil kata atau kritikan tidak membina dan jadikan setiap kelemahan atau kegagalan hari ini sebagai pembakar semangat pada masa hadapan.”

Coming soon! EH! Magazine Special Edition, 15th Anniversary ( October Issue). 'Behind the scene' photos will be uploaded soon;-)
 
Kene pose skit! hehe... Photoshoot for HIJABISTA Magazine. I'm so excited about this. Coming soon, Hijabista Magazine October 2014 Issue.


Perlu sabar

“Paling penting, kesabaran kena ada kerana kita sering berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan sama ada yang datang untuk membuat tempahan atau sekadar mendapatkan khidmat nasihat,” katanya. Beliau berkata, kebiasaannya pelanggan yang datang akan menyatakan kehendak fesyen pakaian mereka dan ada segelintir yang silap membuat pilihan seperti fesyen yang tidak bersesuaian dengan bentuk badan mereka.

Menjadi tanggungjawab pereka untuk menyatakan pandangan dan nasihat kepada setiap pelanggan demi memastikan setiap rekaan memenuhi cita rasa dan kesesuaian pelanggan.
Quick review from Eh! Magazine August 2014 issue.

Cari inspirasi

“Saya lebih memfokuskan kepada rekaan fesyen yang sederhana dan moden dengan menampilkan elemen panel dalam setiap rekaan. Pereka perlu ada identity tersendiri dalam menghasilkan rekaan yang mampu dipasarkan selain membezakan kita dengan pereka yang lain. Paling penting, rekaan yang menarik sudah pasti menambatkan hati pelanggan, itu sudah pasti menjadi satu kepuasan,” katanya.

Sandra juga tidak menafikan pereka perlu sentiasaa membuat penyelidikan dan mendapat inspirasi dalam membina tema sealiran terkini seterusnya mencari, memilih fabrik sesuai dan menghasilkan koleksi rekaan hebat berdasarkan fabrik terbabit. Sandra akan memastikan lakaran yang sesuai sebelum sesuatu rekaan dipersetujui pelanggan. Beliau ingin berada sebaris pereka fesyen terkenal tanah air.

“Fesyen bidang yang luas kena mencari sesuatu yang baru, bukan tandus dan sekejap, dalam peredaran masa.”
P/s: Untuk bergelar seorang pereka fesyen memerlukan pengorbanan yang besar dan ianya bukan satu tugas yang mudah. Secara peribadi, banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.  Saya juga berpendapat bahawa kemahiran dan cara berfikir yang membezakan diantara satu pereka fesyen dengan yang lain. Minat sahaja tidak cukup malah ianya memerlukan kuasa dalaman untuk terus bergiat aktif. Nobody needs another writer, photographer, designer. The world is full of them. If you’ve got a point of view, you’ve got a bit of a chance.

No comments: