23.12.12

Hijabista dan Fashion bukan perkara baru di Malaysia.

Salam satu Malaysia. Menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya baru-baru ini dan bulan-bulan yang lepas, saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya berkenaan isu ‘fashion bertudung’ di Malaysia amnya. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ramai wanita-wanita di Malaysia yang beragama islam bertudung/menutup aurat dan ianya memang perkara biasa. Tidak perlu sekiranya saya menerangkan disini mengapa mereka bertudung/berhijab. Apa yang ingin saya kongsi ialah pandangan saya mengenai wanita yang berhijab dan fashion yang mereka gayakan. Bagi anda yang berhijab diluar sana, saya pasti anda lebih bijak tentang hal ini. 

Setiap kali sekiranya saya berpeluang untuk keluar bersama teman-teman rapat, menonton wayang, karaoke, shopping dan sebagainya, saya melihat wanita di Malaysia yang bertudung kini memilih untuk bergerak selari dengan arus permodenan fesyen. Mereka tidak gentar untuk kelihatan bergaya. Apa yang saya mampu katakan disini ialah saya cukup berbangga dengan mereka. Usia bukan penghalang untuk kelihatan cantik, kanak-kanak seusia 8 tahun sudah pandai untuk mempelajari teknik-teknik ‘khas’ cara pemakaian tudung atau saya memanggil cara menutup sempurna kepala menggunakan printed shawl yang diolah modern dengan lilitan-lilitan canggih lagi berseni. Ini yang membuatkan saya teruja setiap kali berdepan dengan anak-anak kecil seusia 8 ke 10 tahun yang cukup bijak serta kelihatan bergaya and totally blew me away. I’m so impressed with their ability to adapt certain style and make it fashionable enough for themselves.

 Mereka bukan sahaja berniat untuk menutup aurat tetapi pada masa yang sama untuk kelihatan cantik dan saya rasa ianya tidak salah. Ramai diantara kita yang melihat bahawa ada sesetengah mereka yang bertudung ini, penggayaan mereka seperti kekurangan sesuatu atau dengan kata lain ianya tidak sempurna. Bagi saya, sekiranya anda memilih untuk berhijab, pastikan ianya dilakukan atau dipakai dengan cara yang betul + sempurna dan bukan sekadar untuk menutup kepala/rambut. Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya kerana ada yang mempersendakan mereka yang berhijab dengan lilitan-lilitan canggih ini tadi dan secara tidak langsung perkataan fesyen (bagi yang berhijab) itu telah disalah tafsir. Sebagai seorang manusia biasa, kita sememangnya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan saya percaya langkah kita untuk mengejar kebaikan itu akan tercapai sekiranya niat kita bersih. 
Ramai peminat-peminat fashion diluar sana yang tidak tahu bahawa label ‘Sandra Azwan’ bukan sahaja menjanjikan rekaan untuk wanita yang tidak bertudung dan disini juga saya menegaskan bahawa label saya juga bukan menggalakkan wanita untuk tidak bertudung. Saya berasa sedikit terkilan dan sedih apabila ada diantara mereka yang melontarkan kata –kata seperti ‘kalau nak pakai baju Sandra mana boleh pakai tudung, semuanya seksi terdedah sana sini’. Untuk pengetahuan anda, ada diantara customer/client tetap saya yang berhijab dan saya tidak ada sebarang masalah dengan perkara ini kerana, sekiranya anda berhijab ianya bukan satu masalah besar bagi saya. Rekaan yang saya buat untuk mereka yang berhijab ini semuanya ‘by special order’ atau dengan kata lain ‘made upon request’ direka khas buat mereka yang berani untuk mencari kelainan dalam berfesyen.Wanita yang berhijab itu sememangnya sangat cantik dimata yang melihat. Thank You.
...................................................................................................................................................................
Peluang yang baik ini why not try ubah pandangan wanita islam tentang hijab. Dulu Syira pun sama mcm yg lain bertudung berfesyen..tapi makin lama..kita kena sedar aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam. Syira Lokman

Nak mereka baju apa pun untuk kaum muslimah, setiap inci apa yg Islam titik beratkan mesti ikut. Tidak salah nak berfashion boleh asalkan x keterlaluan & melanggar hukum. Najihah Fara

Hopefully bila ramai designer yg lebih peka dengan tuntutan islam, semakin ramai yang akan menutup aurat dengan sempurna. Fashion itu cool, tapi lagi cool kalau tampil cantik dan tetap ikut frasa2 ayat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Cik Gojes

 Design untuk muslimah itu perlulah tutup aurat yg sebetulnya, bukan setakat just tutup tapi ketat and jarang ~ or yang "skin" colour punya kain seperti tidak memakai apa2. Cik Nurul Zaty

Berfesyen tidak salah andainya diletakkan pada tahap pemikiran yang betul mengikut syarat serta syariat. Seperti bertudung kepala dari niat asal untuk menutup aurat tetapi bila lilit-lilit dah tak memenuhi syarat pula. Fesyen bukan sekadar ikutan tetapi harus juga datang dari hati sendiri yang ikkhlas untuk menutup aurat. Yang Baik

Apa yg menarik kat penulisan ini mmg benar. Bebudak sekolah rendah pund sudah pandai mempelbagai gaya tudung.. siap pakai rayban tau..memang kene gayanyer..siap dgn clutch.. bila sy tnya.. 'umur braper ni ?' - 8 tahun. Ikhram

Malaysian designers seriously need more exposure to the masses. Masih ramai lg yg xtahu tentang pencapaian & kejayaan pereka2 tempatan. I think all fashion designers should exploit our country's diversity more...i mean...each races or cultures have it's own preferences in design or colour swatches......as for the hijabis....nothing's impossible actually....maybe those designs that're too form-fitting or too sheer will be controversial but other than that.... i think it's okay...we have all sorts of alternatives like inner, extender...etc. Krunch2SA

21.12.12

I D E A L I S : EH! Magazine January 2013

Leather Jacket, RM650.00 | Gold sequin top, RM280.00 | Leather & tulle  high-waisted skirt, RM360.00 | contact : info@sandraazwan.com
Apa yang saya lakukan ini semuanya atas minat dan dorongan dari pelbagai pihak. Saya mahu membuktikan yang saya mampu untuk memberi dan menghasilkan yang terbaik dan saya juga akan terus memperjuangkan hasil seni saya.
Identiti atau 'trademark' dalam rekaan? (pakaian wanita/lelaki , fesyen pakaian yang bagaimana menjadi identiti rekaan) 
Sandra Azwan sentiasa mencari idea-idea baru dan segar dalam berkarya kerana ianya mencerminkan kekuatan dan kualiti sesuatu rekaan yang dipersembahkan. Saya cuba lari dari kebiasaan dan ini semua dapat dilihat dari segi pemilihan fabrik, potongan rekaan, dan cara sesuatu rekaan itu dihasilkan. Ini merupakan perkara terpenting yang diambil kira supaya hasil rekaan itu dapat meninggalkan impak yang tersendiri. Saya juga berpendapat bahawa setiap rekaan yang dihasilkan oleh saya seharusnya mencerminkan personaliti si pemakai dan seterusnya menjadikan ianya unik, elegan dan eksklusif.
Behind the scenes! Thank you so much EH! Magazine and special thanks to Kak Yana!;-)
Shift dress|leather and tulle details, RM 520.00 | click 'Belt it Up!'
Untuk bergelar seorang pereka fesyen memerlukan pengorbanan yang besar dan ianya bukan satu tugas yang mudah. Secara peribadi, banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dan saya berharap impian saya selama ini akan tercapai. Saya juga berpendapat bahawa kemahiran dan cara berfikir yang membezakan diantara satu pereka fesyen dengan yang lain. Minat sahaja tidak cukup malah ianya memerlukan kuasa dalaman untuk terus bergiat aktif. Nobody needs another writer, photographer, designer. The world is full of them. If you've got a point of view, you’re got a bit of a chance.

20.12.12

A R T for L I F E

It's a work of art! Be the first to see it. some of my unpublished works.






© Sandra Azwan-Life with Sandra. Which one is your favorite?

17.12.12

Sheraton, Zaman Diploma Sri Iskandar & Fashion Department


Meja saya dalam studio..
Salam satu Malaysia. Hari nie nak share this story, masa mula-mula dapat tawaran belajar dekat UiTM dulu. Post kali nie agak sedikit panjang dan kalau nak diikutkan ada banyak lagi, tapi macam biasalah, kene edit sikit cite nie, kalau tak panjang giler dan melalut (yang this one pun rasa macam panjang giler dan melalut!) haha semoga terhibur dan semoga anda dapatlah sedikit gambaran macam mane saya belajar dulu. Gambar-gambar yang disertakan bersama post kali nie pun kualiti tak berapa bagus dan rasa macam sungguh aku tak handsome sekali! Zaman baru nak matang kot, hal-hal berkaitan kehandsoman diri tak ambik peduli sangat. Tengoklah gambar-gambar saya yang tak handsome nie;-P
Kawan satu batch. Time nie ada dinner department buat dekat Cameron Highlands. Sungguh kelakar!hehe
(ada intro.) Kebolehan dan kebijaksaaan seseorang merupakan satu anugerah terhebat kurnian-Nya. Minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang selalunya datang dari naluri masing-masing. Saya percaya bahawa minat dan kebolehan seseorang individu itu lahir hasil daripada kepercayaan dan sokongan yang diberikan dari individu sekelilingnya. Masih segar diingatan saya sewaktu tamat sahaja SPM 2003, terlalu lah banyak sangat bende yang bermain-main diminda. Mampukah saya untuk menyambung pelajaran atau terus bekerja? Maaf sekiranya ayat-ayat yang ditulis semacam novel melayu jiwang! TAK BOLEH CONTROL!

Sokongan dari keluarga saya membuatkan hajat dihati untuk terus sambung belajar diperingkat university membuak-buak tapi kene tunggu result SPM dulu la kot yer! Selama menunggu keputusan SPM (lebih kurang 3 bulan jugak lamanya) saya mengambil keputusan untuk bekerja sekejap atau dengan kata lain nak cari duit poket. Untuk tempoh 3 bulan tu saya bekerja di Sheraton Langkawi Beach Resort (FnB crew)! Tak rasa macam bekerja langsung dengan suasana yang best giler. Rasa macam on vacation adelah , spending my next 3 months in this amazing 5 STAR hotel!
Posing maut dengan my friend, Nadia! Photoshoot toile -my final year collection. Yang actual design tak siap lagi so gune tual je la...no choice!
Disini jugak nak dimaklumkan bahawa saya tidak terpilih untuk sesi PLKN sebab dah check online memang tak terpilih. Tak tau kenapa tak terpilih sebab anak askar kot! hehe…lega jugak sebab at least dapat continue dengan kerje part-time nie! Ok, settle dengan Sheraton, moment yang ditunggu-tunggu telah pun tiba….result keluar that’s it! Thank god, keputusan memberangsangkan!

Result spm dah keluar , isi borang UPU then tunggu keputusan dari mana-mana university yang membolehkan saya untuk terus sambung belajar. Alhamdulillah, berjaya jugak untuk sambung pengajian dekat UiTM. Masa baca surat tu, seronok giler tapi kene datang sesi temuduga dulu. Nak masuk sambung belajar pun kene ade sesi interview jugak ke…bukan mintak kerje je ke? Muka peliks!
tengah syok mewarna nie...
Sesi ‘INTERVIEW’ yang saya kene hadiri nie sebenarnye diadakan untuk mengenal pasti tahap kebolehan seseorang student tu dibidang mana yang sheshuai. Masa kene interview dengan ahli panel yang ada time tu, tak tersebut pun bidang fashion nie sesuai dengan saya, photography adelah. Haa? Time ahli panel tu sebut ‘photography’ time tu rasa macam sungguh tak masuk sekali dengan naluri dihati ku ini. Tak nak la sambung belajar dalam bidang photo nie sebab bunyi macam bosan. Dalam hati time tu sabar jela. Then, surat tawaran pon sampai. Dipendekkan cerita, saya ditempatkan untuk sambung pengajian dalam bidang Art and Design (diploma) dekat UiTM Sri Iskandar, Perak. End of the story.
Masa dekat Sri Iskandar dulu, rajin sungguh stay dekat bilik dieorang...with Din and Johan
First time sampai dekat Sri Iskandar tu excited pun ade, rasa semacam pun ade, rasa tak best pun ade. Niat nak dapatkan Diploma in Art and Design tu semakin berkobar-kobar sebab memang minat giler dengan course nie, sounds interesting to me. Kalau buat diploma in art and design nie belajar sampai habis pasal art and design jeke atau ade bende lain. Itu yang menjadi persoalan dihati saya kerana time tu tak tau lagi apa yang bakal menanti.

Dekat seminggu lebih BARULAH dapat banyak info sikit dari senior plus dengan minggu mesra siswanya dan macam-macam lagi. Barulah dapat imagine sikit apa yang bakal dipelajari dekat UiTM Sri Iskandar nie. Masa minggu mesra siswa tu, rambut terpaksa dibotakkan plus kene pakai baju batik selama seminggu. Nampak sungguh tak handsome! Pakai baju batik bukan saiz kita memang a big no no okay! Rasa gelebeh memang tak syok!
Obsess dengan draping! Yang this one masa dekat UiTM Shah Alam, part 4!
Semester 1 dan 2 wajib belajar tentang art history ,basic art, fundamentals art dan sewaktu dengannya, kelas drawing, agama islam bagai, then on semester 3 student semua kene hadiri satu lagi sesi interview bagi memilih ‘field’ mana yang berkenan dihati. Time tu memang clear habis! Ooooo, macam nie ghupenya! 

Setiap student WAJIB kene pilih 1 department. Time tu memang gerenti la saya tak akan pilih department photo kan! Department yang available untuk dipilih time tu macam department fine art, seramik, fashion dan ade lagi yang lain. Bukan nak cakap department photo nie tak bagus, cuma it’s not me. Alhamdulillah, saya tekad untuk memilih department fashion sebab tiba-tiba hati tergerak untuk pilih bidang nie. Kalau nak diikutkan, zaman kecik-kecik dulu memang minat giler pun. Kalau tak percaya cuba try baca this entry. Senior-senior yang ade time tu like Rizman, Wan Ruzaini , Zerry Zamry, bile tengok dieorang buat kerja dalam studio, rasa macam best. Studio fashion itu seakan-akan memanggil –manggil namaku…Sandra…Sandra……
Cuba cari dimana saya?
Masa sesi interview dengan lecturer-lecturer dari jabatan fesyen nie, rasa nervous sangat… excited pun ade  jugak sebab rasa macam confident dapat masuk department FASHION. Sebab apa saya rasa confident? Sebab dah buat preparation yang sehabis mungkin- sketches prepare banyak jugakla, pagi petang siang malam asyik duk melukis jer kerja! Apa yang saya buat nie semuanya untuk nak impress kan lecturer yang ada supaya saya dapat masuk jabatan. Time nie dapat lihat semua bertukus-lumus menghasilkan work yang terbaik, kalau tak buat bagus-bagus for sure lecturer-lecturer yang menilai tak hingin nak ambik masuk department kan? Kene bekerja keras sikit la.

Dapat tau je nama dah keluar, excited habis terus call mama sampai menangis! Call mama guna public phone sebab kedit habish! Menangis sebab rindu sebenarnya! Orang lalu lalang dekat area public phone ‘FSPU’ tu sume muka macam pelik. *Mamat nie dah kenape?  
Gambar tengah 'berlakon' tu masa saya part 4, UiTM Shah Alam....dalam bengkel sedang bekerja menyiapkan baju.
Time belajar tu sebenarnya susah jugak. Tak ada bende yang senang dalam dunia nie. Tapi, walau apa pun rintangan yang datang, tetap kene habiskan study. Bunyi course nie macam senang, kacang tanah kacang buncis….tapi tak sebenarnya. First time pegang machine jahit yang ada dalam bengkel tu, menggigil jugak. Untuk nak membiasakan diri dengan machine jahit industry nie, lecturer time tu suruh press or tekan je pedal kat bawah tu macam bawak kereta. Tak jahit apa pun, just tekan je pedal. Time tu paling takut nak jahit invisible zipper atau zip sorok. Asyik buat bende yang sama, lama-lama gerenti boleh jadi pro. Bagilah segala jenis zipper pun, pejam mata jer jahit! Kalau pejam mata jahit invisible zip tu, gerenti tangan kau berdarah! Tak baik cakap besar kan? Ok, insaf japs!

Dekat 3 tahun belajar di Sri Iskandar nie sebenarnya banyak mendewasakan saya. Ok, dipendekan cerita, perkara yang paling menggumbirakan saya ialah bila saya dapat masuk this competition called MIFA8 (2007). First time join competition then  terpilih memang excited habis sebab at least orang luar dapat lihat potential saya as a designer. 
Then, dari situlah bermulanya langkah saya untuk terus memperjuangkan minat saya dimata umum dan seterusnya saya mengambil peluang untuk sambung pengajian diperingkat Degree (UiTM Shah Alam) dan berakhir dengan jayanya, 'November 2010'. Saya bangga sebenarnya belajar dekat UiTM  sebab saya rasa tak semua dapat peluang nie. Peluang yang ada kalau disia-siakan nanti rugi, menangis tak sudah. Apa-apa pun UiTM the best! Terima kasih kerana sudi membaca hasil nukilan ini. World Peace!;-P

*Post 'terpanjang' buat penutup 2012

Wedding Dress by Sandra Azwan








Exclusive Wedding Dress by Sandra Azwan starts from RM2000 and above. Location: JAKEL KL
Email: info@sandraazwan.com

9.12.12

it's Henry Golding!

Henry Golding in Sandra Azwan. Black and Chrome PU leather Jacket, RM850.00 by special order.


Photos courtesy of ohbulan.com