29.2.12

with Natasha Hudson!

The sun shines around us, gives us light, gives us many great days….but in the end the sun that we own is in us…our heart should shine everyday to create the best light in our soul…we are happiness within us…….Natasha Hudson
Natasha Hudson yang sungguh comel! Feel free to check this out: I'm in Prison with kakak Natasha! hehehe
We can’t have everything in the world but we can surely work for it…Natasha Hudson
More pictures will be uploaded soon.Peace

28.2.12

Belt it up!

Simple Slim Down Secret: Belt It!
Sleeveless Belted Shift Dress, Sandra Azwan. Price upon request.

25.2.12

Blok G3,Arca, Pink Short Dress, Ketua Juri &Miss World?

Salam dan hello! Sejak dari kecil lagi, saya sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap dunia seni ,tetapi ianya lebih kepada seni lukisan dan sesuatu yang bersifat seni halus. Masih segar dalam ingatan saya, saya sanggup menghabiskan masa dengan menghasilkan objek-objek pelik atau dengan nama lain, Arca yang dihasilkan dari serpihan-serpihan kaca, besi, kayu, lilin, kotak cornflakes,kulit kayu, kulit kerang, kulit buah, kulit binatang yang dikeringkan (segala macam kulit telah saya gunakan)hanya untuk memuaskan hati saya yang terlampau taksub dengan karya-karya bercorak abstract .

Sekiranya 'arca' saya (sewaktu itu) hidup dan boleh bercakap, beginilah keadaanya! In this picture, Julien Hakym.

Sewaktu itu, saya dan keluarga menetap di Kem Sungai besi, Kuala Lumpur (kuarters askar) dan saya memilih untuk menjalankan tugas saya (menghasilkan objek-objek pelik ini) diatas bumbung kuarters askar di blok saya. Kalau saya tidak silap, Blok G3( 4 tingkat). Diatas bumbung blok G3(tangki air) itulah saya banyak menghabiskan masa lapang saya setelah kerja sekolah selesai.(kalau tak nanti mama marah) Diatas bumbung blok G3 itulah terkumpulnya karya-karya seni saya.(macam muzium) Saya memilih untuk menjalankan tugasan diatas bumbung kerana suasananya yang sepi dan tenteram, tanpa sebarang gangguan.
Masa kecil dulu, saya seorang yang agak pemalu dan kalau boleh saya tidak mahu manusia lain melihat saya bekerja menghasilkan objek-objek itu kerana dikhuatiri saya akan ditertawakan. Saya hanya percaya kepada seorang individu ini untuk mengkritik dan melihat hasil karya saya. Siapakah beliau itu? Untuk pengetahuan anda semua, setiap arca atau hasil seni yang dihasilkan oleh saya tadi, saya akan persembahkan kepada individu ini untuk dikritik kerana saya merasakan bahawa seseorang perlu untuk memberikan pendapat tentang hasil karya saya itu tadi, kerana saya tidak mahu ianya sekadar arca abstract syok sendiri.

Individu yang saya maksudkan ialah mama saya sendiri. Beliau yang banyak menyokong dan memberi komen-komen positif untuk setiap karya seni yang saya hasilkan. Saya percaya dengan setiap ayat-ayat yang terpacul dari mama saya walaupun saya tahu yang sebenarnya mama hanya melayan karenah anaknya yang sedikit pelik ini. Kalau tak nanti mungkin saya akan merajuk lalu terus naik keatas bumbung blok G3 dan sampai kesudah saya tidak akan turun! Tak mungkin rasanya, kerana saya bukan budak yang kuat merajuk, sikit-sikit tu adalah. Saya tidak akan sekali-kali menunjukkan karya saya kepada ayah kerana beliau sememangnya tiada masa untuk benda-benda seumpama ini. Suatu hari, sewaktu saya sedang leka menunjukkan arca kepada mama (yang dihasilkan dari kotak, kertas-kertas surat khabar yang digunting halus dan disaluti dengan lilin cair-menghasilkan effect ‘spider-web’) saya terkejut dengan kelibat ayah saya yang tiba-tiba muncul dan membelek-belek ‘arca’ saya dengan reaksi muka pelik.

Mungkin ayah saya sedang cuba untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan.(Confirm tak paham!) Tanpa sebarang komen, ayah saya berlalu pergi sambil melemparkan senyuman ikhlas kepada saya. Mungkin ayah terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan bagi saya itu sudah cukup membuatkan saya gembira. Ingatkan ayah akan mengutuk dan memarahi saya, tetapi andaian saya tersilap. Senyuman itu tadi memberikan tanda yang cukup positif. Relief sekejap. Selain dari menghasilkan objek-objek pelik dari barangan terbuang, saya juga seorang yang gemar melukis.(saya pasti anda sudah tahu! hehe) Hampir setiap buku-buku teks pinjaman dari sekolah menjadi mangsa. Sewaktu cikgu sedang sibuk mengajar dihadapan, saya akan memulakan hobi saya ini dengan menghasilkan doddle kecil disetiap ruang kosong buku teks yang membolehkan saya melukis. Tapi saya still memberikan tumpuan kukuh pada pelajaran!hehe

Lukisan dan Sandra azwan memang tidak boleh dipisahkan. Ianya sudah terbentuk dan lahir dari hati terus ke jari. (kelakar sungguh ayat ini) Seni? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan seni itu? Sewaktu saya baru berumur 10 tahun saya masih tidak memahami maksud seni itu sendiri malah saya mencipta maksud ‘seni’ itu sendiri (untuk memuaskan hati saya)kerana bagi saya seni itu selalunya lahir dari hati, ianya sesuatu yang indah, ada masanya ianya tidak kelihatan, ianya wujud dari cara seseorang itu berfikir, dan sebagainya. Rumit sangat kalau nak explain dekat sini. Saya bukan seorang cendekiawan yang mampu merungkai maksud tersirat perkataan ‘seni’ itu, tetapi saya rasa tersangat gembira dapat melakukan sesuatu yang diangggap hasil seni yang lahir dari hati dan sudut pandang saya yang tersendiri. 

Setiap individu yang lahir didunia ini mempunyai pandangan mereka terhadap perkara ini, (seperti mama saya) kerana mungkin melalui sudut pandang ibu saya, ianya lebih kepada kasih sayang ibu kepada anaknya- kasih sayang yang ikhlas. So sweet! Bagaimanakah saya mula meminati dunia fesyen pula? Jawapan untuk soalan ini memang susah nak jawab sikit. Walaupun saya seorang yang pemalu, tetapi saya sebenarnya tidaklah ‘selembik’ yang mungkin dari anda ada terfikir akan perkara itu. Sewaktu saya kecil dahulu, saya sebenarnya seorang individu yang tegas dan selalunya serius. Setiap perkara yang saya lakukan, saya akan lakukan dengan bersungguh-sungguh dan saya rasa saya seorang yang memang pandai untuk hidup berdikari. Kalau boleh semua benda nak buat tanpa sebarang pertolongan dari orang lain. Gigih betul budak Sandra azwan nie! Berbalik kepada soalan tadi, saya sebenarnya tidak terfikir untuk melibatkan diri didalam dunia fesyen seperti yang saya lakukan sekarang, mungkin kerana sewaktu saya kecil dahulu pendedahan terhadap dunia fesyen ini (zaman saya dulu) tidaklah sehebat zaman sekarang. 

Bayangkan dengan zaman sekarang yang serba canggih dan moden, budak seawal umur 9 tahun sudah pandai dan bijak untuk mengkritik collection dari fashion designer terkemuka. Pendedahan untuk dunia fesyen zaman saya, rasanya bermula dengan menonton pertandingan ‘Miss World’. Dari situ saya sudah menunjukkan minat yang agak mendalam dengan kecantikan wanita sehingga kepada pakaian yang diperagakan. Sewaktu itu, saya hanya berminat (dari jauh sahaja) dan tidak terlintas difikiran saya bahawa suatu hari nanti saya akan bergelar seorang fashion designer. Mungkin sewaktu itu tidak tercapai lagi diakal ku ini!(ayat melayu skema giler) Walaupun saya seorang yang agak pemalu,(pemalu lagi.....) tetapi saya mempunyai ramai kawan!( mostly kawan-kawan perempuan-anak askar!) 

Saya hanya akan menghabiskan masa bermain Rounders, guli, baling selipar, kumpul kad-kad saiz kecil Ultraman/Satria Baja Hitam/Gaban dan yang sewaktu denganya, hanya dengan kawan lelaki sahaja. Bagaimana pula dengan kawan wanita? Hello….main masak-masak tak mainlah! It is so not me! Yang bestnya, saya…..nak tulis pun macam tak sanggup. Ok, tarik nafas! Ok, dengan kawan-kawan perempuan pula (budak-budak kecik itu tadi) saya akan menyuruh mereka memakai dress (gaun comel) dan selalunya mereka akan memakai gaun berwarna pink! Pink Short Dress! Macam dah takde warna lain untuk budak perempuan waktu zaman saya dulu. 

Berbalik pada cerita tadi, saya mengarahkan mereka untuk pakai secantik yang mungkin, kemudian mereka akan memperagakan dihadapan saya kerana saya merupakan ‘Ketua Juri’ untuk pertandingan Miss World blok G3!!! Macam tak percaya kan? Semua itu sudah saya praktikkan sewaktu kecil dulu! Selalunya pemenang akan dipilih berdasarkan gaya personality yang tersendiri dan juga jenis gaun yang dipakai. Kalau pakai gaun kecik pendek warna selain pink akan menang kerana saya tidak suka akan warna pink. Kelakar giler! Sekiranya gadis-gadis kecil itu tadi tiada dress atau pakaian yang sesuai untuk diperagakan, saya sendiri akan bertindak selaku fashion designer, mencipta ‘dress’ untuk mereka yang tiada pakaian itu tadi. (dress itu hanya untuk hari raya, mak dieorang tak bagi pakai! Sungguh kasihan) Sekali lagi, memang macam susah nak percaya kan? Tetapi ianya betul-betul terjadi! Meremang sekejap!

The one and only, Julien Hakym..again!

Untuk pengetahuan semua, saya akan menggunakan bahan-bahan yang cukup mudah untuk dijadikan pakaian dan selalunya saya akan menggunakan Selimut, cadar, langsir dan sarung bantal( jenis panjang yang mempunyai lubang dihujung) kepunyaan mama saya!!! ( kene buat senyap-senyap tanpa pengetahuan mama-kalau tak habislah kene marah! Betul tak? Bijak…bijak) Sekiranya saya bertindak selalu ‘fashion designer’ untuk hari tersebut, tugas selaku ketua juri akan diserahkan kepada kakak saya yang memang supporting giler. Memang tak adil la kalau saya ketua juri, tak boleh nanti  tak aci-dieorang cakap

Kecik-kecik sudah pandai draping dengan menggunakan sarung bantal dan selimut. Saya hanya akan menggunakan kain yang plain-kalau ada corak bunga-bunga saya tidak akan sentuh! Kecik-kecik sudah pandai memilih!Selaku pengurus majlis, selalunya peserta yang menyertai pertandingan itu (ada juga peserta dari blok G4 dan G5) mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong! Cuba anda teka hadiah apa yang saya berikan kepada pemenang? 









 Arca Pelik Sandra Azwan! 
(Selalunya pemenang akan berasa sungguh gumbira kerana saya ada selitkan/masukkan gula-gula)Sekian. Terima kasih kerana sudi untuk membaca.

24.2.12

Splash of Colour!

The Inspiration. 
 Here is a selection of pictures which I've used as inspiration for my new blog header. These pictures (from Harper's Bazaar & Vogue magazine) have put a big smile on my face. Such a lovely colour combination. So inspiring! 
Fashion's new bold brights are a rainbow of tropical shades...so be bold!






23.2.12

My new BLOG header!


Say hello to my cute little imaginary friends! Fyi, each one of them has its own names;-P

Hello Malaysia and the rest of the world! Another quick update from me. So, what do you think of my new blog header? Do you guys like it? The thing is, I’m in love with fashion illustration and I don’t mind spend my time doing it. It’s in my blood, in my heart and soul. For more fashion illustrations/drawings from me, click here. Thank you for your lovely support! Peace

20.2.12

It's Nubhan!

Hello semua. OK, untuk post hari nie, saya nak share dengan anda semua gambar2 bersama dengan Nubhan. Kalau saya tak silap, Photoshoot nie dibuat khas untuk KLiK Magazine dan rasanya dah keluar last year or maybe last month, i'm not really sure la.....hehe. Untuk pengetahuan anda, yang berambut panjang itu (Mr. Syuib) merupakan manager Nubhan and he's one of my best friends! Setiap kali dapat bertemu dengan Mr. Syuib, rambut beliau akan dipuji terlebih dahulu. I'm so jealous of his hair!;-P Gambar masa fitting dengan Nubhan boleh click disini. Thank you for visiting my blog.Peace
Black and Dark Brown PU Leather Jacket, Sandra Azwan.




17.2.12

Rozita Che Wan in Sandra Azwan

Salam semua. Kali nie sandra nak kongsi dengan anda gambar Rozita Che Wan bersama 2 orang anaknya. Masih  ingat dengan post ini (click)? Sebenarnya taklah baru sangat, dah lama rasanya! Cuma menunggu waktu yang sesuai untuk disiarkan disini. Enjoy! Rozita Che Wan in Sandra Azwan, exclusively for Media Hiburan.
Purple Glazed Python Zippered Top,RM 500.00,Sandra Azwan-Made to order|H&M belt                    





Lovely!

16.2.12

Tulle & Desire

Short Tulle Dress With French Seam Details. As seen in Nona Magazine March 2012 Issue. Price upon request. Contact Sandra Azwan for more details.
It's all about technical strength. Something hard with something softer and more fluid is how Sandra Azwan puts it.;-P


15.2.12

Life with Sandra NEW LOOK!

 Salam dan hello semua. Walaupun sibuk dengan kerja, akhirnya saya berjaya untuk menyiapkan header terbaru untuk blog ini. Untuk pengetahuan semua, tahun 2012 ini sememangnya membuka satu lembaran baru untuk saya dan banyak perkara yang saya ingin realisasikan. Saya harap semuanya akan berjaya dan wish me luck!;-)

 Bagi anda yang pertama kali melawat blog saya ini, header lama untuk blog 'Life with Sandra' boleh click disini. Tiba-tiba dapat semangat untuk merajinkan diri melukis!
Life with Sandra NEW LOOK! Under construction.;-P
Why do you make things so complicated! Eeermmm...

14.2.12

MNTFB 2011: And the winner goes to.......


Salam satu Malaysia dan hello semua. Saya pasti ramai diantara anda yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Malaysia’s Next Top Female Blogger 2011, special contest dari saya. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pencarian exclusive yang pertama dari saya dan melalui pencarian istimewa ini, saya melihat ramai blogger-blogger wanita diluar sana  mempunyai pandangan mereka yang tersendiri terhadap dunia blogging dan ramai yang berpotensi untuk berjaya dan maju pada tahun-tahun berikutnya. Pemilihan yang dilakukan bukan hanya bersandarkan pada popularity semata-mata, tetapi ianya dilihat lebih kepada cara seseorang itu berfikir dan bagaimana  mereka cuba untuk menarik minat pembaca. Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut serta didalam contest ini dan saya cukup terharu dengan sambutan yang diterima. Terima kasih sekali lagi! Berikut merupakan pemenang bertuah untuk tahun 2011. Congratulations to all the winners and thank you for your support!

Main Prize: Namee Roslan
“I've already obtained bunches of a big heart readers who loves most of my post, so I take it as a Yes. Although my blog just reached the age of four months,  I'm satisfied with the overall performance. (Followers, daily visitors, comments on post). Actually we need at least a year experience to achieve the success as a feasible Top Female Blogger.”

1st Prize: Nisa Kay
“Bagi saya, rasa yakin dan gembira berkongsi itu lebih penting daripada mengejar populariti semata-mata. Saya tidak mahu matlamat blogging saya berubah hanya kerana dikaburi wang ringgit, tapi saya ingin kekal dalam dunia blogging untuk jangka masa yang lama. SHARING IS CARING.”


2nd Prize: Tyra Ahmad
"I may not look like The Next Malaysia's Top Female Blogger 2011 , I may not have 5000++ followers , but I just want people to know that we do not have to impress people by doing something that does not reflect ourselves ."

Malaysia’s Next Top Female Blogger: TOP 30! click

12.2.12

ilovethem

Best Friends Forever!
When things strike me as funny, I can't hide it inside! 
Some people laugh through their noses, not at all attractive to my way of thinking.
Sometimes, you just can't help feeling the urge to laugh. Control sekejaps!
With Liyana Mohtar!
with Julien Hakym, Shahnaz Bahar and Liyana Mohtar(sedang bersembunyi disebalik bantal)