23.12.12

Hijabista dan Fashion bukan perkara baru di Malaysia.

Salam satu Malaysia. Menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya baru-baru ini dan bulan-bulan yang lepas, saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya berkenaan isu ‘fashion bertudung’ di Malaysia amnya. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ramai wanita-wanita di Malaysia yang beragama islam bertudung/menutup aurat dan ianya memang perkara biasa. Tidak perlu sekiranya saya menerangkan disini mengapa mereka bertudung/berhijab. Apa yang ingin saya kongsi ialah pandangan saya mengenai wanita yang berhijab dan fashion yang mereka gayakan. Bagi anda yang berhijab diluar sana, saya pasti anda lebih bijak tentang hal ini. 

Setiap kali sekiranya saya berpeluang untuk keluar bersama teman-teman rapat, menonton wayang, karaoke, shopping dan sebagainya, saya melihat wanita di Malaysia yang bertudung kini memilih untuk bergerak selari dengan arus permodenan fesyen. Mereka tidak gentar untuk kelihatan bergaya. Apa yang saya mampu katakan disini ialah saya cukup berbangga dengan mereka. Usia bukan penghalang untuk kelihatan cantik, kanak-kanak seusia 8 tahun sudah pandai untuk mempelajari teknik-teknik ‘khas’ cara pemakaian tudung atau saya memanggil cara menutup sempurna kepala menggunakan printed shawl yang diolah modern dengan lilitan-lilitan canggih lagi berseni. Ini yang membuatkan saya teruja setiap kali berdepan dengan anak-anak kecil seusia 8 ke 10 tahun yang cukup bijak serta kelihatan bergaya and totally blew me away. I’m so impressed with their ability to adapt certain style and make it fashionable enough for themselves.

 Mereka bukan sahaja berniat untuk menutup aurat tetapi pada masa yang sama untuk kelihatan cantik dan saya rasa ianya tidak salah. Ramai diantara kita yang melihat bahawa ada sesetengah mereka yang bertudung ini, penggayaan mereka seperti kekurangan sesuatu atau dengan kata lain ianya tidak sempurna. Bagi saya, sekiranya anda memilih untuk berhijab, pastikan ianya dilakukan atau dipakai dengan cara yang betul + sempurna dan bukan sekadar untuk menutup kepala/rambut. Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya kerana ada yang mempersendakan mereka yang berhijab dengan lilitan-lilitan canggih ini tadi dan secara tidak langsung perkataan fesyen (bagi yang berhijab) itu telah disalah tafsir. Sebagai seorang manusia biasa, kita sememangnya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan saya percaya langkah kita untuk mengejar kebaikan itu akan tercapai sekiranya niat kita bersih. 
Ramai peminat-peminat fashion diluar sana yang tidak tahu bahawa label ‘Sandra Azwan’ bukan sahaja menjanjikan rekaan untuk wanita yang tidak bertudung dan disini juga saya menegaskan bahawa label saya juga bukan menggalakkan wanita untuk tidak bertudung. Saya berasa sedikit terkilan dan sedih apabila ada diantara mereka yang melontarkan kata –kata seperti ‘kalau nak pakai baju Sandra mana boleh pakai tudung, semuanya seksi terdedah sana sini’. Untuk pengetahuan anda, ada diantara customer/client tetap saya yang berhijab dan saya tidak ada sebarang masalah dengan perkara ini kerana, sekiranya anda berhijab ianya bukan satu masalah besar bagi saya. Rekaan yang saya buat untuk mereka yang berhijab ini semuanya ‘by special order’ atau dengan kata lain ‘made upon request’ direka khas buat mereka yang berani untuk mencari kelainan dalam berfesyen.Wanita yang berhijab itu sememangnya sangat cantik dimata yang melihat. Thank You.
...................................................................................................................................................................
Peluang yang baik ini why not try ubah pandangan wanita islam tentang hijab. Dulu Syira pun sama mcm yg lain bertudung berfesyen..tapi makin lama..kita kena sedar aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam. Syira Lokman

Nak mereka baju apa pun untuk kaum muslimah, setiap inci apa yg Islam titik beratkan mesti ikut. Tidak salah nak berfashion boleh asalkan x keterlaluan & melanggar hukum. Najihah Fara

Hopefully bila ramai designer yg lebih peka dengan tuntutan islam, semakin ramai yang akan menutup aurat dengan sempurna. Fashion itu cool, tapi lagi cool kalau tampil cantik dan tetap ikut frasa2 ayat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Cik Gojes

 Design untuk muslimah itu perlulah tutup aurat yg sebetulnya, bukan setakat just tutup tapi ketat and jarang ~ or yang "skin" colour punya kain seperti tidak memakai apa2. Cik Nurul Zaty

Berfesyen tidak salah andainya diletakkan pada tahap pemikiran yang betul mengikut syarat serta syariat. Seperti bertudung kepala dari niat asal untuk menutup aurat tetapi bila lilit-lilit dah tak memenuhi syarat pula. Fesyen bukan sekadar ikutan tetapi harus juga datang dari hati sendiri yang ikkhlas untuk menutup aurat. Yang Baik

Apa yg menarik kat penulisan ini mmg benar. Bebudak sekolah rendah pund sudah pandai mempelbagai gaya tudung.. siap pakai rayban tau..memang kene gayanyer..siap dgn clutch.. bila sy tnya.. 'umur braper ni ?' - 8 tahun. Ikhram

Malaysian designers seriously need more exposure to the masses. Masih ramai lg yg xtahu tentang pencapaian & kejayaan pereka2 tempatan. I think all fashion designers should exploit our country's diversity more...i mean...each races or cultures have it's own preferences in design or colour swatches......as for the hijabis....nothing's impossible actually....maybe those designs that're too form-fitting or too sheer will be controversial but other than that.... i think it's okay...we have all sorts of alternatives like inner, extender...etc. Krunch2SA

34 comments:

AZRUL AZMI said...

This is nice!!!!

CaDLyNN said...

SA! cant wait to see design2 utk muslimah from u!!!!

publish it here beb..please...

sYiRa LoKMaN said...

peluang yang baik ni..tp why not try ubah pandangan wanita islam tentang hijab...Dulu Syira pun sama mcm yg lain bertudung berfesyen..tapi makin lama..kita kena sedar aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam..cuba try reka baju yang longgar dari atas sampai bawah n jgn lupa,stoking :)
lagi tenang hati n jiwa yang melihat..
Syira pun baru mula nak berubah jd lebih baikk..
I know i have little knowledge about Islam,but i really want to learn and share about it :)...

najihahfara said...

nak mereka baju apa pun untuk kaum muslimah, setiap inci apa yg Islam titik beratkan mesti ikut. tak salah nak berfashion boleh asalkan x keterlaluan & melanggar hukum. Btw adore with your design so much :)

cik gojes :) said...

keep it up sandra azwan ! hopefully bila ramai designer yg lebih peka dengan tuntutan islam, semakin ramai yang akan menutup aurat dengan sempurna. fashion itu cool, tapi lagi cool kalau tampil cantik dan tetap ikut frasa2 ayat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita :)

NadyaBubble said...

I hope, you dapat hasilkan lebih banyak rekaan untuk hijabers. And jangan lupa update di blog. Buktikan pada orang, yang you juga mampu hasilkan rekaan untuk perempuan bertudung ;)

Cik NurulZaty said...

yes, finally sandra~
actually sy pun dah lama tggu sandra nak release design for muslimah or yang berhijab~

btw, sandra, harap design untuk muslimah tu perlulah tutup aurat yg sebetulnya, bukan takat just tutup tapi ketat and jarang kan~ or yang "skin" colour pnya kain. mcam x pakai apa kan. hehe mcm yg sy mention kt twitter aritu tu kan.

mana tau, sandra boleh design futuristik punya baju muslimah.~
long,loose and covered.


"covered and futuristic"
could be the best theme!

pnjang pulak sy membebel~

all the best sandra! :)


Namee Roslan said...

omg Sandra ! tersangatlah cantik ur drawing ni!! rasa macam nak nangis sebab cute gila !!! :D

ILI NΔDD said...

Wow . This is what I've been waiting for from you as a hijaber and personaly your fan . Well done Sandra ! :D Keep up the intention fr hijabers like us ! Would love to see more from your collection :-)

Annuar Mohammed Ali said...

wuhuu.. finally someone bring islamic wear onto another level. edgy + hijabista. can't wait to see it!

iKhRam said...

saya fikir.. apa lagi yg nak ditunggu..

create satu transformasi..
design utk golongan berhijab..
dan saya akan menyokong dari belakang..

tp apa yg menarik kat penulisan ini
mmg benar
td saya g kenduri kawen
bebudak sekolah rendah pund ah pandai mempelbagai gaya tudung.. siap pakai rayban tau..

memang kene gayanyer..
siap dgn clutch..
bila sy tnya.. 'umur braper ni ?' - 8 tahun..

TINA ROSLI said...

Assalamualaikum

cantik. dalam Islam pon dibenarkan berfesyen selagi menutup aurat. tak salah pon nak berfesyen

Izz Hazwani said...

berharap supaya rekaan SANDRA AZWAN tidak mengecewakan Muslimah yang menutup aurat :)

Nana Eddy said...

yeay! Dah lama nak tangok desingn sandra utk muslimah... I think I mention this last year kan? Sorry hadn't been visiting as much here... but all the best, sandra! nanti gtaw isu hijabista mana design sandra keluar!

yangbaik said...

berfesyen tidak salah andainya diletakkan pada tahap pemikiran yang betul mengikut syarat serta syariat. Seperti bertudung kepala dari niat asal untuk menutup aurat tetapi bila lilit-lilit dah tak memenuhi syarat pula. Fesyen bukan sekadar ikutan tetapi harus juga datang dari hati sendiri yang ikkhlas untuk menutup aurat.

kelipkelipchumel said...

best!!akhirnya sandra azwan menghasilkan rekaan utk muslimah berhijab.cool drawing too.rekaan yang super slesa + sesuai dengan iklim m'sia + cool design + loose + stylo = super best.

Mama Kembar 3 said...

take it as a challange dear, design something mind-blowing but menutup aurat & ikut syariat. I think nak buat fashion design yang macam tu is harder because there are sooo many things to consider from head to toe, kan? Good luck sandra :-)

Sue said...

i looooooove your designs! it's so creative,simple yet gorgeous keep sewing yah !

myravea said...

Keep it up Sandra, all da best!

Ur drawing sangatlah cantik. Bikin cemburu buta di sini. huwhuw

Schajar McFlurry said...

Art is something abstract and subjective. So as Fashion. It has no boundary or lines which make it limited until certain degrees only.

So, spread your wings and grab all the oppurtinities given. Make the best out of it! Make a change to the hijabista world!

Goodluck Sandra Azwan! :)

parul behl said...

If you are planning to visit India, so don't forget to visit their capital New Delhi, and book Delhi escorts while your tour in capital. India is known for beautiful girls everywhere in all regions specially in Delhi

krunch2sa said...

malaysian designers seriously need more exposure to the masses. masih ramai lg yg xtahu tentang pencapaian & kejayaan pereka2 tempatan. i think all fashion designers should exploit our country's diversity more...i mean...each races or cultures have it's own preferences in design or colour swatches......as for the hijabis....nothing's impossible actually....maybe those designs that're too form-fitting or too sheer will be controversial but other than that.... i think it's okay...we have all sorts of alternatives like inner, extender...etc.

cik izars said...

like this post :)
setuju dgn SA,.,
nak berfesyen boleh asalkan "menutup" aurat dan yang sewaktu dgn nya..

Amanina said...

can't wait.. nk tgk hijab tuu

Hans said...

terbaik bro
sila hasilkan rekaan muslimah
bagus untuk semua :-)

E'in said...

betul... berhijab tp care pemakaian kena betul... huhu

Ann Ishak said...

tak ramai designer yang mampu menghasilkan rekaan yang betul2 memenuhi ciri2 muslimah yang betul, berharap sangat design you mampu memenuhi setiap ciri2 tu. best of luck

Cik Jannah said...

kalau ada yang pakai baju yang tak menepati syarak bukan saja dia je berdosa. sekali yang buat tu terlibat. so, SA, cepat hasilkan satu baju yang cantikkkk dan menepati syarak !

Robbie said...

Fesyen muslimah kalu tgk makin bkembang dan semakin menampakkan ciri2 yg lebih fresh kpd gadis2 muslimah dluar sne...dsamping menutup aurat, muslimah jga boleh tampil bergaya dan berkeyakinan kalo fesye yg dgayakan bersesuaian dan selesa dgn diri mereka.

Everyone is talking about Levi's® #GoForth. What's that about? http://bit.ly/12PDKu2

sophie said...

saya lebih suka melihat wanita bertudung yang mengenakan pakaian yang ringkas dan sempurna...sempurna maksudnya aurat ditutup dengan elok mengikur syariat islam dan tidak semata mata tutup kepala sahaja...ringkas maksudnya..tidak menggunakan pakaian yang berlapis lapis sbhg cth: teeshirt atau blouse lengan pendek dikenakan inner ketat atau leeging....berfesyen..fesyen juga...tapi biar ringkas dan sempurna..

ps: dah lama x jenguk blog sandra...sangat cantik drawing itu :)

Hanida Moss said...

Hai Sandra! Baru teroka blog Sandra! Will always dropping here in future! ;)

Malaysian Designer boleh! =D

ShopaholicBlinx said...

fallin inlove with your drawing..

ye saya setuju dgn entry SA ni.. saya sebagai wanita bertudung kadangkala kite perlu choosy di dalam memilih pakaian dan fesyen. bagi saya biarlah fesyen itu kene dengan tempatnye.. ade juga segelintir kite yang menjadi mangsa fesyen dengan menyarungkan berlapis2 baju namun tudung itu masih tidak melabuh ke paras dada.

saya suka kan rekaan SA yang unik dan berimej futuristik. di harap SA akan dapat sponsor utk artis2 muslimah ke majlis2 anugerah dengan mengekalkan signature SA sendiri justeru menaikkan SA ke 1 lagi tahap sebagai pereka muslimah.


*hope 1 hari nanti klo ade event boleh mintak SA buatkan baju utk saya... hehehe ;P

Amanina said...

memang cantik design baju muslimah azwan :)

ANWAR KHAN said...

All the collection is gorgeous.Liked the floral pants cool! Even the nail paint is also fine.
LA Fashion