2.11.12

Cameron, English-Style Inn,Ladang Teh Sesak, Sign-Board Senget

Salam satu Malaysia buat semua. Sempena Hari Raya AidilAdha beberapa hari yang lepas, saya membawa keluarga bercuti sekejap dekat atas bukit di Cameron Highlands. “Tak payah pergi jauh-jauh, dekat Malaysia nie pun banyak tempat-tempat best,” my mum said. Sebenarnya betul jugak apa yang my mom cakap tu, at least budget terkawal la sikit! Itu yang penting sekali. Then, my dad dengan rela hati nak jadi driver. Tak terfikir langsung pun sebenarnya nak pergi Cameron Highlands nie, tiba-tiba rasa macam nak sedut ‘fresh-air’ dari kawasan tanah tinggi, of course lah Cameron Highlands menjadi pilihan dihati, sejukkkk plus abah yang drive! “Cakap je kat mana nak pergi, abah drive,”ayat yg saya nantikan !

Sejuk mata memandang. I'm in love with this place! Sedang explore lokasi bermalam.
Ini bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki disini, tapi still nak buat macam first –time datang! Sampai je di Cameron nie, kami stay dekat this nice English-style inspired chalet yang terletak di lereng bukit something! Memang cantik tempat nie, selamat booked awal, kalau tak melepas ke tangan orang lain. Kalau sampai sahaja disini, ladang Teh dan Strawberry merupakan perkara terpenting. Kalau takde 2 bende nie, Cameron Highlands akan hilang serinya. Ayah saya masa kiteorg sampai pun macam sedikit keliru sebab tidak kelihatan langsung 'Papan Tanda' yang mengatakan disini terletaknya Ladang Teh or Sungai Palas Tea Centre! 

Sign-Board yang susah nak jumpe. Dengan kedudukannya yang senget menyebabkan ianya sukar untuk dilihat oleh pemandu.

I’m not the one yang suka bertanyakan arah laluan. Kalau dah terdesak sangat, baru nak terkial-kial bertanya. Apa yang peliknya ialah, dah dapat direction untuk ke ladang Teh tu pun still lagi confused. Rupa-rupanya ‘Sign-Board’ Sungai Palas Tea Centre itu memang tidak kelihatan di atas Jalan raya. Kedudukan ‘Sign-Board’ tu macam ‘senget’ atau ianya sengaja ‘disengetkan’ kedudukannya? Ini yang menjadi persoalan. Bayangkan kami sekeluarga dah nak hampir give-up sebab tak jumpe ladang teh Sungai Palas! At least jumpe jugak. Ramai orang dekat situ yang confused and ask me the same question, ”Adik, ladang Teh dekat mane yer?” Naik tension dapat soalan tu! 

Turun je dari kereta, Julien terus posing. View lereng bukit tu memang cantik giler! Scary jugak.
Rupa-rupanya ladang teh Sg.Palas yang kiteorang cari tu kat depan mata, cuma tak perasan kerana sign-board senget!Jalan masuk nak menghala ke Tea Centre tu pun macam tak ter-urus sikit. Buang masa mencari! Susah jugak nak masuk dalam kawasan ladang teh tu, seakan-akan tersembunyi dari pandangan orang ramai. Secara peribadi, saya rasa kawasan ladang teh di Cameron Highlands nie, sepatutnya kereta luar tidak dibenarkan masuk. Ini untuk mengelakkan dari berlakunya huru-hara dan JAM teruk. Bahaya kalau jam dekat kawasan lereng-lereng bukit nie.

Balingan magic dedaun teh. 

Seingat saya dulu, dalam tahun 2004, ade kereta( land-rover) yang beroperasi menghantar dan mengambil penumpang untuk ke check point tertentu. Cara ini saya rasa sememangnya lebih selamat dan dapat mengelakkan dari berlakunya JAM. Jam nie selalunya dekat atas jalan raya, nie tak, atas bukit jalan sempit! Kalau nak elak berlakunya jam nie, awal-awal pagi lagi dah kene gerak dari hotel. Kami keluar dari chalet tu dalam pukul 9.24 pagi, so still awal lagi dan masuk ke kawasan ladang teh tu pun still tak banyak lagi kereta.

Masa nak gerak balik dan keluar dari ladang teh tu ada masalah sikit. Time tengah hari semua kereta dari luar nak masuk dalam ladang teh tu sampai jammed dekat 2-3 jam! Popular betul ladang teh Cameron nie. Mat salleh yang datang kebanyakannya berjalan kaki dan bagi saya lebih senang kalau berjalan kaki di Ladang Teh nie. Kesian pulak bagi sesiapa yang membawa tok wan, nenek, mak cik, tok cik, tak kan la nak bagi dieorg berjalan, semput la jawabnya. Lepas ambik gambar cepat-cepat, kami terus keluar dari situ tanpa membeli sebarang produk 'BOH' sebab kalau nak beli Teh kene beratur sepanjang-panjangnya! Takpelah, kite beli Teh dekat kedai lain la, jawab ayah. Masa nak keluar sambil menyusuri jalanan sempit ladang teh, kami terkandas seketika. 

Waktu kereta-kereta  terkandas, ramai mengambil peluang untuk keluar dari kereta dan bergambar bersama dedaun teh yang tumbuh mekar disekeliling.
Sambil menunggu kereta bergerak seperti biasa, saya mengambil peluang untuk bergambar bersama dedaun teh. Tetapi, dikawasan ini... dedaun teh-nya kelihatan layu, kusam dan kekeringan. Kalau boleh nak turun sampai kebawah!

Tapi tak lama sangat sebab kami dah nak keluar dari situ. Bagi yang baru nak masuk tu, kesian dekat dieorang. Jam teruk giler atas bukit tu. Muka semua macam tension je dalam kereta masing-masing. Kawan saya cakap, hari cuti standard la. Persoalannya ialah, tak kan setiap hari cuti perkara ini dianggap normal? Tak bosan ke management dieorg dengan perkara yang sama berulang kembali. Abah cakap next time no more ‘ladang teh’! Hajat dihati nak melawat la sekejap strawberry farm, disebabkan kereta yang terlalu banyak, abah just stop dekat this one shop……not a strawberry farm, tapi strawberry ade dijual disitu. Its okay la dari tak beli langsung kan? Then kiteorg break sekejap dekat hotel, at night beli-beli barang sikit dekat the famous ‘Pasar Malam’. Nak parking dekat area pasar malam tu pun menjadi masalah. Thank god abah dapat parking 'VIP' dengan selesa didalam balai Polis dekat dengan pasar malam tu, hehe. Malam tu jugak kawan Julien ajak kiteorg karaoke @Equatorial Cameron Highlands! Kalau nak bercuti, pastikan percutian itu dirancang supaya ianya berjalan dengan lancar. Bercuti untuk menenangkan fikiran, bukan untuk merunsingkan fikiran. Peace

Julien Hakym & mama.

8 comments:

Nur Intan Syafinaz said...

Nice!
Sejuk lagi tak dekat atas tu? Lama dah tak pergi sana. hehe
On thing I notice. En Sandra! You are so kurus~~ haha :p Go and eat banyak2

Rozuan Ismail said...

seronok dapat ke cameron. I/ve never been there

Anisa Anuar said...

selalu tertanya kalau pergi cameron best buat pe...mcm best je gi ladang boh tu

Aku Ibu Muda said...

hi dear...long time tak singgah sini...

cameron highland mmg macam ni.. kalau u nk ke strawberry farm yg aman damai x sesak dgn org dll... kena ke tanah rata... area kg sedia kalau x silap...

ladang teh tu pulak, standard mmg mcm tu... hihihii..kt CH ni kita kena kluar awal pg kalau nk elak jem teruk... btw kita dh nk blk, org baru nk dtg...

krunch2sa said...

cameron punye buah2 / veggies kalo dh bwk turun dh x rase mcm kat atas....lebih suka enjoy all it's products on the spot ^^

Blonde hair, Blue jeans said...

pretty cool! :)

Low Couture said...

chic! beautiful house

Ann Ishak said...

cantik betul hotel uolsss stay tu, hotel ni dekat Brinchang or Tanah Rata