25.2.12

Blok G3,Arca, Pink Short Dress, Ketua Juri &Miss World?

Salam dan hello! Sejak dari kecil lagi, saya sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap dunia seni ,tetapi ianya lebih kepada seni lukisan dan sesuatu yang bersifat seni halus. Masih segar dalam ingatan saya, saya sanggup menghabiskan masa dengan menghasilkan objek-objek pelik atau dengan nama lain, Arca yang dihasilkan dari serpihan-serpihan kaca, besi, kayu, lilin, kotak cornflakes,kulit kayu, kulit kerang, kulit buah, kulit binatang yang dikeringkan (segala macam kulit telah saya gunakan)hanya untuk memuaskan hati saya yang terlampau taksub dengan karya-karya bercorak abstract .

Sekiranya 'arca' saya (sewaktu itu) hidup dan boleh bercakap, beginilah keadaanya! In this picture, Julien Hakym.

Sewaktu itu, saya dan keluarga menetap di Kem Sungai besi, Kuala Lumpur (kuarters askar) dan saya memilih untuk menjalankan tugas saya (menghasilkan objek-objek pelik ini) diatas bumbung kuarters askar di blok saya. Kalau saya tidak silap, Blok G3( 4 tingkat). Diatas bumbung blok G3(tangki air) itulah saya banyak menghabiskan masa lapang saya setelah kerja sekolah selesai.(kalau tak nanti mama marah) Diatas bumbung blok G3 itulah terkumpulnya karya-karya seni saya.(macam muzium) Saya memilih untuk menjalankan tugasan diatas bumbung kerana suasananya yang sepi dan tenteram, tanpa sebarang gangguan.
Masa kecil dulu, saya seorang yang agak pemalu dan kalau boleh saya tidak mahu manusia lain melihat saya bekerja menghasilkan objek-objek itu kerana dikhuatiri saya akan ditertawakan. Saya hanya percaya kepada seorang individu ini untuk mengkritik dan melihat hasil karya saya. Siapakah beliau itu? Untuk pengetahuan anda semua, setiap arca atau hasil seni yang dihasilkan oleh saya tadi, saya akan persembahkan kepada individu ini untuk dikritik kerana saya merasakan bahawa seseorang perlu untuk memberikan pendapat tentang hasil karya saya itu tadi, kerana saya tidak mahu ianya sekadar arca abstract syok sendiri.

Individu yang saya maksudkan ialah mama saya sendiri. Beliau yang banyak menyokong dan memberi komen-komen positif untuk setiap karya seni yang saya hasilkan. Saya percaya dengan setiap ayat-ayat yang terpacul dari mama saya walaupun saya tahu yang sebenarnya mama hanya melayan karenah anaknya yang sedikit pelik ini. Kalau tak nanti mungkin saya akan merajuk lalu terus naik keatas bumbung blok G3 dan sampai kesudah saya tidak akan turun! Tak mungkin rasanya, kerana saya bukan budak yang kuat merajuk, sikit-sikit tu adalah. Saya tidak akan sekali-kali menunjukkan karya saya kepada ayah kerana beliau sememangnya tiada masa untuk benda-benda seumpama ini. Suatu hari, sewaktu saya sedang leka menunjukkan arca kepada mama (yang dihasilkan dari kotak, kertas-kertas surat khabar yang digunting halus dan disaluti dengan lilin cair-menghasilkan effect ‘spider-web’) saya terkejut dengan kelibat ayah saya yang tiba-tiba muncul dan membelek-belek ‘arca’ saya dengan reaksi muka pelik.

Mungkin ayah saya sedang cuba untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan.(Confirm tak paham!) Tanpa sebarang komen, ayah saya berlalu pergi sambil melemparkan senyuman ikhlas kepada saya. Mungkin ayah terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan bagi saya itu sudah cukup membuatkan saya gembira. Ingatkan ayah akan mengutuk dan memarahi saya, tetapi andaian saya tersilap. Senyuman itu tadi memberikan tanda yang cukup positif. Relief sekejap. Selain dari menghasilkan objek-objek pelik dari barangan terbuang, saya juga seorang yang gemar melukis.(saya pasti anda sudah tahu! hehe) Hampir setiap buku-buku teks pinjaman dari sekolah menjadi mangsa. Sewaktu cikgu sedang sibuk mengajar dihadapan, saya akan memulakan hobi saya ini dengan menghasilkan doddle kecil disetiap ruang kosong buku teks yang membolehkan saya melukis. Tapi saya still memberikan tumpuan kukuh pada pelajaran!hehe

Lukisan dan Sandra azwan memang tidak boleh dipisahkan. Ianya sudah terbentuk dan lahir dari hati terus ke jari. (kelakar sungguh ayat ini) Seni? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan seni itu? Sewaktu saya baru berumur 10 tahun saya masih tidak memahami maksud seni itu sendiri malah saya mencipta maksud ‘seni’ itu sendiri (untuk memuaskan hati saya)kerana bagi saya seni itu selalunya lahir dari hati, ianya sesuatu yang indah, ada masanya ianya tidak kelihatan, ianya wujud dari cara seseorang itu berfikir, dan sebagainya. Rumit sangat kalau nak explain dekat sini. Saya bukan seorang cendekiawan yang mampu merungkai maksud tersirat perkataan ‘seni’ itu, tetapi saya rasa tersangat gembira dapat melakukan sesuatu yang diangggap hasil seni yang lahir dari hati dan sudut pandang saya yang tersendiri. 

Setiap individu yang lahir didunia ini mempunyai pandangan mereka terhadap perkara ini, (seperti mama saya) kerana mungkin melalui sudut pandang ibu saya, ianya lebih kepada kasih sayang ibu kepada anaknya- kasih sayang yang ikhlas. So sweet! Bagaimanakah saya mula meminati dunia fesyen pula? Jawapan untuk soalan ini memang susah nak jawab sikit. Walaupun saya seorang yang pemalu, tetapi saya sebenarnya tidaklah ‘selembik’ yang mungkin dari anda ada terfikir akan perkara itu. Sewaktu saya kecil dahulu, saya sebenarnya seorang individu yang tegas dan selalunya serius. Setiap perkara yang saya lakukan, saya akan lakukan dengan bersungguh-sungguh dan saya rasa saya seorang yang memang pandai untuk hidup berdikari. Kalau boleh semua benda nak buat tanpa sebarang pertolongan dari orang lain. Gigih betul budak Sandra azwan nie! Berbalik kepada soalan tadi, saya sebenarnya tidak terfikir untuk melibatkan diri didalam dunia fesyen seperti yang saya lakukan sekarang, mungkin kerana sewaktu saya kecil dahulu pendedahan terhadap dunia fesyen ini (zaman saya dulu) tidaklah sehebat zaman sekarang. 

Bayangkan dengan zaman sekarang yang serba canggih dan moden, budak seawal umur 9 tahun sudah pandai dan bijak untuk mengkritik collection dari fashion designer terkemuka. Pendedahan untuk dunia fesyen zaman saya, rasanya bermula dengan menonton pertandingan ‘Miss World’. Dari situ saya sudah menunjukkan minat yang agak mendalam dengan kecantikan wanita sehingga kepada pakaian yang diperagakan. Sewaktu itu, saya hanya berminat (dari jauh sahaja) dan tidak terlintas difikiran saya bahawa suatu hari nanti saya akan bergelar seorang fashion designer. Mungkin sewaktu itu tidak tercapai lagi diakal ku ini!(ayat melayu skema giler) Walaupun saya seorang yang agak pemalu,(pemalu lagi.....) tetapi saya mempunyai ramai kawan!( mostly kawan-kawan perempuan-anak askar!) 

Saya hanya akan menghabiskan masa bermain Rounders, guli, baling selipar, kumpul kad-kad saiz kecil Ultraman/Satria Baja Hitam/Gaban dan yang sewaktu denganya, hanya dengan kawan lelaki sahaja. Bagaimana pula dengan kawan wanita? Hello….main masak-masak tak mainlah! It is so not me! Yang bestnya, saya…..nak tulis pun macam tak sanggup. Ok, tarik nafas! Ok, dengan kawan-kawan perempuan pula (budak-budak kecik itu tadi) saya akan menyuruh mereka memakai dress (gaun comel) dan selalunya mereka akan memakai gaun berwarna pink! Pink Short Dress! Macam dah takde warna lain untuk budak perempuan waktu zaman saya dulu. 

Berbalik pada cerita tadi, saya mengarahkan mereka untuk pakai secantik yang mungkin, kemudian mereka akan memperagakan dihadapan saya kerana saya merupakan ‘Ketua Juri’ untuk pertandingan Miss World blok G3!!! Macam tak percaya kan? Semua itu sudah saya praktikkan sewaktu kecil dulu! Selalunya pemenang akan dipilih berdasarkan gaya personality yang tersendiri dan juga jenis gaun yang dipakai. Kalau pakai gaun kecik pendek warna selain pink akan menang kerana saya tidak suka akan warna pink. Kelakar giler! Sekiranya gadis-gadis kecil itu tadi tiada dress atau pakaian yang sesuai untuk diperagakan, saya sendiri akan bertindak selaku fashion designer, mencipta ‘dress’ untuk mereka yang tiada pakaian itu tadi. (dress itu hanya untuk hari raya, mak dieorang tak bagi pakai! Sungguh kasihan) Sekali lagi, memang macam susah nak percaya kan? Tetapi ianya betul-betul terjadi! Meremang sekejap!

The one and only, Julien Hakym..again!

Untuk pengetahuan semua, saya akan menggunakan bahan-bahan yang cukup mudah untuk dijadikan pakaian dan selalunya saya akan menggunakan Selimut, cadar, langsir dan sarung bantal( jenis panjang yang mempunyai lubang dihujung) kepunyaan mama saya!!! ( kene buat senyap-senyap tanpa pengetahuan mama-kalau tak habislah kene marah! Betul tak? Bijak…bijak) Sekiranya saya bertindak selalu ‘fashion designer’ untuk hari tersebut, tugas selaku ketua juri akan diserahkan kepada kakak saya yang memang supporting giler. Memang tak adil la kalau saya ketua juri, tak boleh nanti  tak aci-dieorang cakap

Kecik-kecik sudah pandai draping dengan menggunakan sarung bantal dan selimut. Saya hanya akan menggunakan kain yang plain-kalau ada corak bunga-bunga saya tidak akan sentuh! Kecik-kecik sudah pandai memilih!Selaku pengurus majlis, selalunya peserta yang menyertai pertandingan itu (ada juga peserta dari blok G4 dan G5) mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong! Cuba anda teka hadiah apa yang saya berikan kepada pemenang? 









 Arca Pelik Sandra Azwan! 
(Selalunya pemenang akan berasa sungguh gumbira kerana saya ada selitkan/masukkan gula-gula)Sekian. Terima kasih kerana sudi untuk membaca.

17 comments:

said...

Pelik tapi berharga takpe.. ^__^ suke tengok doodle sandra azwan, unik! XD

cimöt said...

inspiring how ur fashion designer life begins..

i do love arts too since child..tp non of my family yg ade minat yg sme..but my mum realize i do love drawing, buat kad besday handmade n mcm2 lg laaa..tp arca2 tu takde laaa..hehehe..

Ali Power said...

lu style la bro. ;)

Sizzling Suzai said...

Woww..sungguh artistik skali ktika zmn kecil awk yerr. hehe..bab mein sorg2 atas bumbung tuh mmg sgt gigih and thats it! u've proved it sandra n i should congrats it. wish u had a blasting career yarr..amin. ^^

Cik Rongoks said...

best baca citer time kecik2 dulu ^_^

Marliyana Mk said...

wowwww..so unique!

:)

Kifli Mally said...

another inspiration u spread to us...ur the only FD yang sngt independent start dari level 0 until ke level pro...

yes banyak lagi masa yang perlu kita tempuhi di masa akan datang tapi aku yakin dengan minat yang ada ianya takkan pupus didunia smpi bila2 ianya akan kekal :)

Umar said...

speechless baca. tak sangka dah ada gaya seorg designer dari kecil lg! way to go Sandra A.! :D

laskar pelangi said...

wah! tak sangka kan:)
sekarang pun dah jadi fashion designer:) tahniah SA sbb dah termakbul doa untuk jadi seperti itu:)
kasut tu dalam gambar..perghhh! kalau jalan dalam hujan..serius kaki xbasah gamaknya..hehehe:)

kiranya SA dari kecik lg dah kreatif:) semoga berjaya tau SA:))

julien hakym said...

cantik coat blue tu nk pinjam nanti boleh utk program astro i nanti :-p
gambar meletoppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!

ascil.punye.lah said...

nak arca satuuu bole?=)

myra abdullah said...

hehe..begitu ceritanya,sandra time kecik-kecik..hihihi

anem** said...

This is very sweet!! :D

Anyyss Shuhaimi said...

really nice experience.
macam tak percaya pun ada.
mungkin orang yang mempunyai hobi/minat sebegitu dianggap pelik kerana tak ramai yang sebegitu.
Kalau ramai yang ada minat macam sandra, mesti tak pelik kan?
pelik itu unik! :)

anNaqia said...

teringin sangat nak tengok arca pelik Sandra Azwan yang time kecik-kecik dlu. ^_^

dyla atsuya said...

wow,inik sangat-2..
btw,canteq kasut 2..hehe

Syazwan Che Deraman said...

aku percaya.

nak tengok macam mana orang tu bila dah besar nanti, tengok macam mana cara dia membesar.

semoga terus sukses.