15.8.11

Mood Raya!

Sekali-sekala kalau dapat bergaya macam pendekar melayu best jugak!

Salam semua! Bercakap soal Hari Raya memang semua sudah tak sabar dan saya sendiri sememangnya tak sabar nak balik berhari raya di Pulau Langkawi (rumah my sister and her husband la). Baju raya untuk tahun ini? Malas nak pakai baju 'sendiri' terpaksalah membeli, kali nie nak ala-ala bollywood style! Untuk pengetahuan semua juga, saya bukan jenis yang suka memakai dari atas ke bawah (complete look) baju melayu+ samping+songkok! Apa yang paling penting disini ialah pada hari tersebut, ianya merupakan hari yang paling meriah & bermakna dalam hidup saya. Yeye, nak raya! ;-P

P/s: Teringat waktu zaman tecik2 dulu berhari raya dengan kawan-kawan yang sebaya dengan saya. Sungguh menyeronokkan sekali!;-P

10.8.11

Join me on facebook!

Salam and hello everyone! Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Bagi anda semua yang sudah tahu akan kewujudan my exclusive FB group dan kepada anda juga yang baru sahaja menyertai , I would like to say thank you for joining, and welcome to the group. Bagi sesiapa yang berminat untuk berkongsi dan ping-pong your latest entry on your blog, come and join us

This is actually a great place for me to meet new friends/bloggers and if I’m online, come chat with me! Btw, everyone needs to feel appreciated and loved and somehow connected to other people. Fyi, I’ve made some fantastic friends online and it’s U! Join us NOW, it will be fun! Love to have you there! Have a nice day.
Thank you! Feel free to share it if you like it!;-P

6.8.11

Salam Ramadhan

Salam satu Malaysia. Hello semua.......disini Sandra ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam di Malaysia dan saya pasti ramai yang tak sabar-sabar dah nak beraya,betul tak? Bercakap pasal raya, tahun ini, Insyaallah Sandra akan  beraya di Langkawi dan sememangnya saat-saat ini yang ditunggu-tunggu kerana sudah agak lama tidak berkunjung ke sana (rumah kakak tercinta bersama suami dia) Jadi, ini merupakan peluang yang dicari-cari selama ini sebab pada masa yang sama bolehlah bercuti dengan aman tanpa sebarang gangguan. Yeay....it's goin ' to be a blast! Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.;-)
P/s: Hari pertama berpuasa, selepas berbuka bersama anak-anak buah (termasuklah si Julian Hakim) di rumah Opah, kami semua dengan tidak sabarnya terus buat bising di depan rumah Auntie Ani bermain mercun dan bunga api! So high school + macam budak-budak! Lepas tu terus kene marah dengan Atok.....dush!;-P