24.7.11

Ermmmm....

The Lovely people!;-)
Salam satu Malaysia! Saya pasti, ada dikalangan anda yang telah menonton Sejuta Impian di TV3 dan untuk pengetahuan semua, saya tidak berjaya untuk mendapatkan dana berkenaan. Yang pastinya, saya tidak bersedih atau berkecil hati kerana bagi saya, yang paling penting sekali ialah keberanian untuk mencuba dan fyi, bukan senang untuk berjaya  masuk ke peringkat seterusnya tu...hehe! Mungkin nasib tidak menyebelahi saya dan pandangan juri juga kebanyakannya positif dan itu sudah cukup 'menggumbirakan' hati saya. Biarlah orang nak cakap apa pun. I just have to keep moving forward!;-)
"I believe that there is an explanation for everything, so, yes, I believe in miracles!"


Untuk pengetahuan semua juga, entry mengenai program 'Sejuta Impian' nie, sudah saya postkan di blog ini beberapa bulan yang lepas. Dan bagi sesiapa yang belum tengok lagi entry tu, bolehlah click disini! Terima kasih diatas sokongan yang diberikan kerana ia secara tidak langsung memberikan semangat untuk saya terus berjuang ! Yeay..

P/s: Nervous giler!Terima kasih semua..;-)

23.7.11

WordLESS saturday!

There's nothing to regret. Everything in life, which happened, is meant to be happen!Peace

22.7.11

Project No.9?

Segala impian mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya kita sendiri berfikiran positif dan kurangkan berfikiran negatif! 


If you want to make your dreams come true, the first thing you have to do is wake up!!


Berbekalkan semangat, usaha dan doa, insyaallah...dream and it will happen! 'Sandra, it's not the end of the world la'..;-)

“I try to challenge myself to exceed my boundaries, to make my label original and recognizable. And keep on having fun with fashion!” Sandra Azwan
Hello semua! Jangan lupa untuk menyaksikan kemunculan saya di Sejuta Impian TV3, 24 Julai ini (Ahad)! Jeng..jeng..jeng...;-P

There is only one thing more painful than learning from experience, and that is not learning from experience. ~Laurence J. Peter
*Photos courtesy of Sandra Azwan.

15.7.11

Rozita Che Wan in Sandra Azwan! Coming soon......

Hello, just a quick post untuk hari ini! To tell you the truth, I'm so excited to meet her! Cun tak RCW nie?
The one and only, Rozita Che Wan. She's so pretty! Stay tuned for more action! Have a nice weekend.;-)



Purple Glazed Python Zippered Top,RM 500.00,Sandra Azwan-Made to order|H&M belt

My latest photoshoot session with Rozita Che Wan exclusively for.........
Keep on viewing 'Life with Sandra' for more updates! Peace

14.7.11

My Top 5 Most-Visited Websites!

Hello semua!Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda websites yang menjadi pujaan dihati Sandra Azwan and it’s all about fashion -lah! Websites yang disenaraikan ini sememangnya merupakan sumber-sumber terhebat dan apa yang paling penting sekali ialah kualiti, gaya, mutu dan keunggulan yang terbukti menarik-penuh dengan informasi yang berguna! Semoga terhibur. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda disini.




P/s: Well these are my top 5 sites (InFashion) for now and forever. Check them out! and feel free to check this out: My Top 5 Fashion Bloggers!;-)

11.7.11

The Perfect Fit?

I've always maintained that most men already have their own sense of style. But every now and then everyone needs to make some adjustments!Enjoy;-P
Salam satu Malaysia dan hello semua! Alhamdulillah, kita bersua lagi didalam ‘Life with Sandra’ dan kali ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan kaum adam diluar sana. (*ayat ini seakan-akan skrip rancangan TV! haha) Entry hari ini saya melihat ianya lebih bersifat santai, easy brezzy and straight to the point! Oklah, saya pasti ramai dikalangan kita (kaum lelaki) dewasa kini, begitu berhati-hati dalam soal berpakaian + penampilan diri dan kita semua (termasuklah saya sendiri) tidak dapat lari dari memikirkan,mengkritik, membuat andaian dan macam-macam lagi tentang hal ini.
Apa yang pasti ialah, ianya membuktikan bahawa naluri dan kehendak fesyen dalam diri masing-masing itu ternyata wujud sama ada kita sedar ataupun tidak. Persoalannya, sejauh manakah kita mengambil serius perihal ini atau anda tidak mengambil berat tentang hal ini kerana anda berpendapat ianya langsung tidak memberikan apa-apa makna kepada diri anda? atau sebaliknya? Cuba kita hayati maksud yang tersirat disebalik ayat-ayat ini, semoga terhibur:

A) ‘Kalau baju tu ok, aku pakai la. Kalau tak Ok, buat apa aku nak pakai!’

B) ‘Orang lelaki nak berfesyen apanya! Bende-bende nie semua hal orang perempuan.’

C) ‘Tak payah la nak ambik serius sangat hal nie, buat pening kepala aku je. Banyak lagi bende lain aku nak fikir.’

D) ‘Fesyen pelik-pelik nie untuk orang yang pelik-pelik je. Cuba ko tengok kat luar sana tu, ada ke orang ‘lelaki’ nak sangat pakai macam tu?’

E) ‘Aku suka pakai T-Shirt dengan jeans je! Kalau pakai shawl lilit-lilit dekat tengkok tu buat semak la aku tengok! Aku bukannya dekat London!’

F) ‘Kemeja nie dah naik lusuh sebab aku suka sangat pakai.’

'I believe in adventure in clothing but I do not believe in spandex superhero costumes.' Giorgio Armani

G) ‘Aku tak suka membazir beb! Setakat nak beli baju2 nie, aku beli yang mana aku suka dan yang paling penting murah! Setakat nie lah, baju yang paling mahal pun aku beli dekat PADINI je beb.’

H) ‘Jadi lelaki nie kene la bergaya sikit, tak nak la nampak selebet jer beb. Mat rempit pun stylo giler sekarang! Kalau boleh jangan la pakai t-shirt koyak sana, koyak sini. Tak macho la beb!’

I) ‘Buat apa nak susah-susah, ambik je baju mana-mana yang ko suka dan pakai! Ambik seluar jeans pastu pakai, settle! Kalau labuh sangat seluar jeans ko tu, sentengkan la sikit.’

J) ‘Kalau keluar dengan aweks je aku bergaya lain macam sikit beb! Biasalah, nak tarik perhatian si dia.’
‘Hari nie nak pakai baju warna apa pulak? Semalam dah pakai warna hitam, hari nie nak pakai warna biru pulak aa.’

K) ‘Geram betul la, baju ‘favorite’ aku ade dekat kedai dobi lagi! Sepatutnya aku pergi ambik malam semalam!’

L) ‘Stoking aku nie tak match la dengan warna kasut nie!’

M) ‘Setiap kali hari sabtu, aku gerenti akan pakai jaket nie,ish….ada orang perasan ke tak? Ahh, lantak la…baju aku, bukan baju dieorg!’

N) ‘Beb, ade orang pakai baju same dengan ko la!’

and the list goes on!;-P
Men have to have the courage to be sexy and to be attractive. Sometimes men hide themselves. I guess they're afraid that they can't be sexy because they're men! Ermm, is it true?

Tidak dinafikan, ada segelintir dari kita yang sangat anti dengan perkataan FASHION dan selalunya suka sangat berfikiran negatif. Post saya kali ini bukan bermaksud ingin menyinggung atau mengguris perasaan mana-mana pihak, kerana saya sendiri ada mengalami 2-3 perkara yang disebutkan diatas. Lelaki zaman sekarang saya pasti kebanyakannya sungguh advance apabila bercakap pasal gaya dan personaliti nie dan saya juga percaya,lelaki-lelaki di Malaysia amnya, mereka lebih gemarkan sesuatu yang tidak terlalu menonjol dan menjerit sangat atau dengan kata lain suka pada sesuatu yang bersifat sederhana dan simple sahaja. Betul tak? Anda setuju?
Btw,style is something extremely personal. No one, especially me, should tell you how to dress. If you feel confident with your shirt untucked, then by all means don’t untuck!;-P
©Ann Demeulemeester|Spring/Summer 2012 Men’s Collection. visit Ann Demeulemeester


Men want the same thing from their underwear that they want from women: a little bit of support, and a little bit of freedom. ~Jerry Seinfeld

10.7.11

S U R F A C E

S U R F A C E feeds me! August 2011 issue

Salam satu Malaysia dan hello semua! Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua one of my favorite magazine after Vogue, and it’s called S U R F A C E! Untuk pengetahuan semua, artikel-artikel yang terdapat didalam majalah ini kebanyakannya berkisar tentang ideas in design, interior, fashion vs architecture and the list goes on. Segala maklumat yang terdapat didalam S U R F A C E ini sememangnya memberikan informasi + inspirasi! So, for those of you yang sentiasa dahagakan idea-idea segar lagi bernas  and what so ever, grab a copy of S U R F A C E magazine now! S U R F A C E, one of a kind…..

Let's take a picture! Snap snap and snap! Hope you enjoy these pictures as much as I enjoyed putting them up.
;-) Daripada kita membaca magazine yang dipenuhi dengan gosip-gosip artis tempatan yang tiada penghujungnya, why not S U R F A C E? Peace







Surface Magazine|available at all major bookstores across Malaysia. visit surfacemag.com

9.7.11

Project No.9

Hello! Stay tuned for more pictures from me.

6.7.11

Oh so Chic!

Looking for Fashion Illustrator?Sandra Azwan is specialised in high-end and glamorous fashion illustrations. You know who to contact now!Peace;-P
My latest fashion illustration for OhSoChic|Online shop. 
Please be patient.The site is still under construction!;-)

5.7.11

Made to Order

Made to Measure. Contact Sandra Azwan for more details.Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila e-mail kan kepada saya. Terima Kasih. © SANDRA AZWAN