4.9.11

Selamat Hari Raya!

Berjalan dengan laju sekali! Raya tahun nie pakai simple je.
Salam lebaran……Selamat hari Raya maaf zahir dan batin buat semua.Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat mereka-mereka yang sudi untuk menghantar kad raya kepada saya. Ada yang bersaiz kecil dan ada juga yang bersaiz besar. Terima kasih yer! Pada tahun ini saya beraya di Pulau Langkawi dan ini merupakan kali pertama saya menyambut raya disana dan suasananya teramatlah meriah sekali. Syukur kepada Allah s.w.t dengan segala limpah kurniaan-Nya.Amin.
 Bercakap soal raya nie, bagaimana pula dengan anda? Meriah tak? 
Dah macam maskot terbaru untuk Pizza Artisans! Sampai je di Pulau nie, terus pekena Pizza Artisans! Memang sedap! Kalau anda makan disini, anda akan merasakan bahawa diri anda baru sahaja turun dari kapal layar mewah! Location: Perdana Quay, Telaga Harbour Park.
Untuk pengetahuan anda juga, hari ini merupakan hari terakhir percutian raya saya dan pada waktu ini saya sudah selamat sampai di KL dan kembali untuk bekerja seperti biasa. Rasa macam sekejap sangat masa tu berlalu dan ada sedikit perasaan tak puas untuk bercuti. Saya pasti anda juga rasa macam tu jugak kan? Tapi, nak buat macam mana kan…..redha jelah!;-P 
Dengan adik saya, Julien Hakym!
Kunjungan saya ke Pulau Langkawi nie sebenarnya terlalu singkat sangat dan sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang tak berkesempatan untuk dilawati. Mungkin lain kali kot jalan-jalan kat sana lagi sekiranya masa mengizinkan. Pada hari raya pertama, setelah selesai mengunjungi rumah saudara mara, saya bersama mama dan Julian sememangnya tak sabar giler nak naik cabel car dekat Oriental Village tu. Bayangkanlah, orang sibuk berhari raya, kami sibuk nak pergi naik kereta kabel! 
Air terjun tertinggi di Langkawi & berusia 510-490 million years! First time tengok rasa macam nak pengsan!;-P
Sewaktu kami sampai di Langkawi( pada hari pertama), cuaca sedikit tidak menentu. Asyik hujan dan hujan. Time tu rasa macam hasrat dihati nak naik cabel car terpaksa dilupakan kerana sekiranya ada bunyi guruh/kilat sikit, gerenti cabel car tak jalan(x dapat beroperasi)! Masuk je 1 Syawal, cuaca kembali cerah dan kami cepat-cepat ke Oriental Village untuk melepaskan hasrat yang terpendam tu. Alhamdulillah sangat. Kalau nak tengok gambar-gambar menarik yang berjaya di capture kan diatas cabel car tu nanti dan tempat-tempat yang saya lawati, keep on viewing ‘Life with Sandra’. Terima kasih.;-)
anda berani?

34 comments:

Lieyda said...

wah best nye. btw, happy eid mubarak dear :)

Nikisa Izas said...

bestnya g langkawi...:)

Aida Azryn said...

tak berani. huhu.. >.<

Nur Intan Syafinaz said...

Tak berani!!! I'm really afraid of heights!!!

Diyana Abd Rahman said...

kampung kt langkawi??
best nye.
jeles! ==.

miszlullaby said...

selamat hari raye :D

Sizzling Suzai said...

SELAMAT HARI RAYA mr.sandra..haiyooo masih dpt kad raya ka..sungguh bertuah la anda..huhu =) neway, wish u hd a wondeful celebration n vacation too... ^^

FIRDAUS HUSAIN said...

salam aidilfitri..

JJ Roa Rodriguez said...

Didnt understand any but just simply seeing the pics, i know that this post is saying something wonderful.

Have a great week ahead!

JJRod'z

Ain SSB said...

Ya Allah, lawanye laaa air terjun tu! Mesti best beraya kat Pulau Langkawi! :D

Kalau nak tahu macam mana raya Ain di England ni, jemput la singgah ke blog Ain! hehe ;D

u.m.i.e said...

selamat hari raya SA :)

yup mmg best nak cable car 2 even ada rasa gayat tapi puas ! :)

u y u n said...

SELAMAT HARI RAYEE SANDRAA!!! ;)i pun xpuasss cutii raye. nk cutii setaonnn boleh? ihihihi slmt mule bekerje! ;)

::FAIZ FARISH:: said...

nice pic

imah said...

selamat hari raya!!

raya tahun nih rase imah rase malas nak jalan2 beraye umah org ^^ hehehe..

Jue said...

pixas2 yg lawa Sandra! and ur word on the pizza, make me drooling...harus cuba kalau p sana nanti!

Aman Ibrahim said...

Selamat Hari Raya Sandra~
nak duit raya boleh? hahahha..

MOMOCHAN said...

Berani! jom main lari2 kat atas jambatan tu? HEHHE >.<

ahh rindu Langkawi :)

CaDLyNN said...

Selamat Hari Raya Sandra!

Mama Kembar 3 said...

bestnya sandra berjalan sakan time raya. Mama pun dah naik cable car tu, the view from the top is simply breathtaking kan? rasa cam nak pegi lagi jer :-)

putput said...

selamat hari raya sandra:D have a great raya!^^

Nurulbadiah Lai said...

awk..selamat hari raye ye

Lizzie Yasmin said...

Raya this year macam biasa, sama jer mcm thn sebelum nie. Tak pernah rasa kehebatan RaYA sebenar.. huhhuhu.. Selamat Hari Raya Azwan

Peah Ros said...

Selamat hari raya :)

Seronoklah pergi langkawi. Saya selalu pergi langkawi, tapi atas urusan kerja. Tak buleh nak berseronok T__T

El-Janna said...

beraye di langkawi?? awsome!! waterfall?? cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

.diannorhayati. said...

okeyyy. jeles da ni T.T

raye tahun ni kene keje. wuuuu...

ila ni said...

wiheuwww~ pizza artisan memang da boom! kenapa tak pernah pergi pon air terjun tu aaa tensenn~~ er.. selamat hari raya!

Rtp Farra Arisha said...

love the scenery of waterfall..seronok sangat2 kan klo dpt mandi air terjun :)) hehe.

selamat hari raya!

Tehakhairy said...

Whoaa. Seronoknyaa :D

fai said...

sandra minal aidzin wal faidzin, mohoon maaf lahir dan bathin.

cik mot said...

xpernah lg pegi langkawi.. baru tadi cakap pasal langkawi dgn ayah.. then tibe2 baca blog dari anda ttg langkawi.. waa.. bestnyer.. hopefully, one day mot dapat pegi sane jgk.. hehe.. btw.. selamat hari raya!

*rainyscream* said...

ahaha..best best naik keta cabel. pernah yg kat genting je. langkawi next time plak.~ ehe

meaw said...

gambar bawah sekali yang jambatan gantungkan?

eqbalzack said...

salam azwan,
selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin...

a.d.a.M.i.a said...

uishhhh memangggggggg xbrani la (",) teNgok jeR puN dah kecut lutut gayat