11.7.11

The Perfect Fit?

I've always maintained that most men already have their own sense of style. But every now and then everyone needs to make some adjustments!Enjoy;-P
Salam satu Malaysia dan hello semua! Alhamdulillah, kita bersua lagi didalam ‘Life with Sandra’ dan kali ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan kaum adam diluar sana. (*ayat ini seakan-akan skrip rancangan TV! haha) Entry hari ini saya melihat ianya lebih bersifat santai, easy brezzy and straight to the point! Oklah, saya pasti ramai dikalangan kita (kaum lelaki) dewasa kini, begitu berhati-hati dalam soal berpakaian + penampilan diri dan kita semua (termasuklah saya sendiri) tidak dapat lari dari memikirkan,mengkritik, membuat andaian dan macam-macam lagi tentang hal ini.
Apa yang pasti ialah, ianya membuktikan bahawa naluri dan kehendak fesyen dalam diri masing-masing itu ternyata wujud sama ada kita sedar ataupun tidak. Persoalannya, sejauh manakah kita mengambil serius perihal ini atau anda tidak mengambil berat tentang hal ini kerana anda berpendapat ianya langsung tidak memberikan apa-apa makna kepada diri anda? atau sebaliknya? Cuba kita hayati maksud yang tersirat disebalik ayat-ayat ini, semoga terhibur:

A) ‘Kalau baju tu ok, aku pakai la. Kalau tak Ok, buat apa aku nak pakai!’

B) ‘Orang lelaki nak berfesyen apanya! Bende-bende nie semua hal orang perempuan.’

C) ‘Tak payah la nak ambik serius sangat hal nie, buat pening kepala aku je. Banyak lagi bende lain aku nak fikir.’

D) ‘Fesyen pelik-pelik nie untuk orang yang pelik-pelik je. Cuba ko tengok kat luar sana tu, ada ke orang ‘lelaki’ nak sangat pakai macam tu?’

E) ‘Aku suka pakai T-Shirt dengan jeans je! Kalau pakai shawl lilit-lilit dekat tengkok tu buat semak la aku tengok! Aku bukannya dekat London!’

F) ‘Kemeja nie dah naik lusuh sebab aku suka sangat pakai.’

'I believe in adventure in clothing but I do not believe in spandex superhero costumes.' Giorgio Armani

G) ‘Aku tak suka membazir beb! Setakat nak beli baju2 nie, aku beli yang mana aku suka dan yang paling penting murah! Setakat nie lah, baju yang paling mahal pun aku beli dekat PADINI je beb.’

H) ‘Jadi lelaki nie kene la bergaya sikit, tak nak la nampak selebet jer beb. Mat rempit pun stylo giler sekarang! Kalau boleh jangan la pakai t-shirt koyak sana, koyak sini. Tak macho la beb!’

I) ‘Buat apa nak susah-susah, ambik je baju mana-mana yang ko suka dan pakai! Ambik seluar jeans pastu pakai, settle! Kalau labuh sangat seluar jeans ko tu, sentengkan la sikit.’

J) ‘Kalau keluar dengan aweks je aku bergaya lain macam sikit beb! Biasalah, nak tarik perhatian si dia.’
‘Hari nie nak pakai baju warna apa pulak? Semalam dah pakai warna hitam, hari nie nak pakai warna biru pulak aa.’

K) ‘Geram betul la, baju ‘favorite’ aku ade dekat kedai dobi lagi! Sepatutnya aku pergi ambik malam semalam!’

L) ‘Stoking aku nie tak match la dengan warna kasut nie!’

M) ‘Setiap kali hari sabtu, aku gerenti akan pakai jaket nie,ish….ada orang perasan ke tak? Ahh, lantak la…baju aku, bukan baju dieorg!’

N) ‘Beb, ade orang pakai baju same dengan ko la!’

and the list goes on!;-P
Men have to have the courage to be sexy and to be attractive. Sometimes men hide themselves. I guess they're afraid that they can't be sexy because they're men! Ermm, is it true?

Tidak dinafikan, ada segelintir dari kita yang sangat anti dengan perkataan FASHION dan selalunya suka sangat berfikiran negatif. Post saya kali ini bukan bermaksud ingin menyinggung atau mengguris perasaan mana-mana pihak, kerana saya sendiri ada mengalami 2-3 perkara yang disebutkan diatas. Lelaki zaman sekarang saya pasti kebanyakannya sungguh advance apabila bercakap pasal gaya dan personaliti nie dan saya juga percaya,lelaki-lelaki di Malaysia amnya, mereka lebih gemarkan sesuatu yang tidak terlalu menonjol dan menjerit sangat atau dengan kata lain suka pada sesuatu yang bersifat sederhana dan simple sahaja. Betul tak? Anda setuju?
Btw,style is something extremely personal. No one, especially me, should tell you how to dress. If you feel confident with your shirt untucked, then by all means don’t untuck!;-P
©Ann Demeulemeester|Spring/Summer 2012 Men’s Collection. visit Ann Demeulemeester


Men want the same thing from their underwear that they want from women: a little bit of support, and a little bit of freedom. ~Jerry Seinfeld

27 comments:

el-janna said...

great^^^ mmg poyo la klau lelaki xmo berfesyen^^

rara pinkmafia said...

wow nice,tp if tunang rara pakai mst dh tak nice,ada tak outfit utk org yg badan besar SA?

Aiman Ariffin said...

haha well said Azwan. I totally agree with you bro. Believe in your own sense of style and PERFORM :)

cik najihah said...

sokong..
penah jugak buat pasal entry macam ni..
nyway every1 have their own rite to decide on what they shud wear..
everything on us

Zinnirah Humaira said...

true enough, the senses of fashion is a very personal option for men.. :D

btw sandra, i luv the opinion and how u think of it. yang 'N' tuh macam pernah terjadi kat saya jek? keh3

TinaSofea said...

me love..yeah..telahpun korbankn segalanya XD

meaw said...

i like fashionnnnnnnnn!

Ain SSB said...

Salam Sandra, I agree with you. And I personally love a guy who can styled himself and confidence of what he's wearing. And I think there's nothing wrong for a guy to fussed about how his appearance looks either! :)

i'm ezza haniza said...

wowwww.........awesome .. :)

Jj Rodriguez said...

good post...

JJRod'z

Tyra Vader said...

This post is funny ;P

ikan said...

i did love striking colour outfit . esp shoes

einz miszmessy said...

whoa...sape kata boys takleh berfashion....????

einz miszmessy said...

whoa...sape kata boys takleh berfashion....????

Aku Ibu Muda said...

jarang lah rasanya nk jumpa boys yg suka fesyen ni

::FAIZ FARISH:: said...

nice

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

suke tgk lelaki yg gemar berfashion & mengeksperimen dlm fashion...menda cm tu yg bile kn patik belajar utuk berfashion sikit2...

Nava.K said...

wonder how many of these fashion statements are practical to be worn on the streets?

Angeluskiella said...

Great post!! I like it !!!
They look soooooo fashion!

Muacks!!!

http://angeluskiella.blogspot.com/

iKhRam said...

hahaha
kadang2 jgn tak percaya
semua klasmate perempaun saya siap tnya pasal fesyen dan berebut nak mintak pendapat tentang warna baju apa yg sesuai degn mereka time nak bersanding nnt

walhal saya adalah seorang lelaki. lelaki k

CommonLife said...

I most definietly love all the shooes! First 3 are so niiiiice!

FauzeeWong said...

Kan? I'm totally with you on this. I wish every man could be more adventurous when came to dressing up. Switch up their style, make it more updated and be more open minded.

Make a statement with clothes...

auzack said...

btoi3...org laki skunk neh ckp je feshen 2 cam pompuan...tp bile da tgk sume owg bfeshen...mula la mncri2 tmpat mnyorok...xyah nk hipokrit la...

Namee Roslan said...

fashions are wide. tp lelaki selalu ignore fashion dan rasa tak perlu and tak penting. wore same boxer tiap2 hari pun rasa cool. euuwww...totally euwww. hahaha.

Aman Ibrahim said...

Aman suka fashion and style but still belum bersedia nak mencuba yg extreme, sekadar simple style jer mampu buat masa nih hahaha..

FAUZI NOR said...

realllly nice entry!!!!

Lelaki perlu befesyen okey.

hehehhehee

ghost writer said...

uh!sapa yang mau memakai dengan pakaian begini di luar sana.aku fikir ia cuma layak untuk kostum dalam pembikinan filem gothic..

mungkin aku memahami fesyen dari sudut yang lain.