31.5.11

Salah guna terma ‘Haute Couture’

Salam satu Malaysia. Hello semua, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua article terbaru dari  Fashion Guru|Mr. Faizal Hamid yang memperkatakan tentang isu ‘Haute-Couture’. Bagi anda semua yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu hasil kupasan Faizal Hamid ini, bolehlah baca disini.Jangan lupa untuk membeli majalah GLAM|June 2011.
The moment when it all begins to take shape: The muslin Toile-This one by Ungaro.

text by Faizal Hamid via GLAM|retorik

Ketika ini, ‘haute couture’ mungkin terma fesyen yang paling disalah guna pakai. Maksud asalnya kini sering kali diambil mudah hinggakan supermarket pun boleh menyebutnya dalam mempromosi pakaian jualan mereka. Ini membuatkan interpretasi couture masa kini dilihat sebagai tidak semestinya hand-sewn atau high-fashion- walhalnya dalam erti sebenarnya begitu bertentangan sekali.


Masa remaja saya, majalah fesyen menjadi peneman setia. Tidak pernah gagal menatap Vogue setiap bulan, saya teringatkan sebuah isu September, edisi Amerika dengan Linda Evanglista di muka depan. Masih saya ingat foto-foto dalamnya yang penuh fantasi dengan paparan couture indah, hebat pembuatan dan mutu.
Pada saya, haute couture adalah mengenai construction. Oleh itu, saya cukup menghargai semua kerja tangan yang halus serta teliti dan segenap proses penghasilan perincian pakaian couture-baik seni sulaman ataupun draping. I would love to be able to afford luxury of creating couture, but you can do so much before raising the price astronomically.


Bila kita memperkatakan tentang technicalities of construction, hanya couture sahaja yang boleh membuatkan anda muncul dramatic, mungkin kelihatan agak berat tetapi apabila bergerak, anda akan rasa ringan seperti tidak memakai apa-apa. Ajaib bukan? Ini bukan luar biasa menerusi teknik couture yang tepat dan teliti.Pereka fesyen yang menjadi inspirasi kepada saya adalah Elsa Schiaparelli. Saya kagum pada rekaannya yang radikal di era 30-an. Karl Lagerfeld juga salah seorang couturier yang saya gemari berdasarkan kerjayanya yang prolific serta evergreen. Lagerfelf mengaplikasikan teknik-teknik couture yang sedia ada dengan mengolahnya dalam gaya kontemporari.


Cristobal Balenciaga pula pada pandangan saya, pereka yang paling besar pengaruhnya dalam fesyen. Dia begitu terperinci dalam aspek konstruksi reka bentuk koleksi pakaian serta memberikan penekanan pada streamlines shapes. Rekaan Balenciaga sedikit theatrical tetapi itulah yang menjadikannya genius. Tidak keterlaluan jikalau saya katakan, dialah yang mengubah aliran fesyen menjadi apa yang kita lihat hari ini.

As for me, I always design clothes to be worn. Idea saya untuk berkarya datang dari pelbagai inspirasi, mungkin daripada karya seni,filem, muzik, fesyen jalanan, budaya serta apa jua yang berlaku di sekeliling. Fesyen sepatutnya menjadikan kita lebih ceria apabila memakainya, ia perlu wearable walaupun avant-garde. Jika ia tidak boleh dipakai, baju tersebut jatuh dalam kategori kostum.


Anda pasti telah menonton dokumentari Valentino dalam The last Emperor bukan? Ia cukup memberi inspirasi kepada saya, menyuntik motivasi untuk terus gigih dalam industri ini. Saya tidak fikir ramai di luar sana faham akan kepayahan yang harus ditempuhi oleh seseorang pereka untuk mengecap kejayaan. Ramai yang ingat segala-galanya cuma mengenai glamor dan keseronokan padahalnya ia sebenarnya lebih dari itu.

Pada saya, couture secara ringkasnya adalah mengenai customsation- the ability to get things that specifically fit your body. Siapa yang tidak mahu memiliki adi busana mewah yang dihasilkan eksklusif mengikut potongan badan kita?Tetapi melihatkan industri kita sekarang, ramai pula berpendapat yang untuk kekal relevan, couture perlu kerap diadaptasikan ke dalam ready–to-wear.


FAIZAL HAMID
Perunding fesyen berkelulusan MA in Environmental Arts (Fashion) dari Syracuse University, New York. Pensyarah di Jabatan Fesyen, UiTM Shah Alam. Penulis fesyen bebas, berpengalaman bekerja di New York dan Paris, di bawah penyeliaan pereka antarabangsa.

22 comments:

meaw said...

faizal hamid, baru je baca sal dia kat metro 30/5 ......

meaw said...

ekceli, sebelum dipanggil interview ke u mana2 sandra prepare apa je?cuba kongsi bersama, portfolio yang terbaik cane? sketching lak cane?

SyahmiFikri said...

serius style doe rekaan nie.. huhuu

ShopaholicBlinx said...

yup. for me haute couture itu ade standard nye tersendiri, very exclusive and artistic... nowadays adeje ready-to-wear di gelar haute couture...misused la...dan tidak sesuai.. :)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Dengan bakat yang Sandra ada, Mak Dara pasti Sandra akan menjadi fashion designer yang terkenal suatu hari nanti.. Insyaallah...

Ayuzenchtra said...

betul sandra. sejak kebelakangan ni terminologi haute couture sering disalah gunakansecara melampau-lampau.. di luar sana mereka gunakan untuk menunjukkan yg mereka-mereka itu mampu menghasilkan adi busana mewah seperti itu walhal dari segi kualiti mcm ha__am,rasa mcm nak cmpk je buku couture tu ktmuke dorg.kpd yg bbtul menjiwa i makna yg sebenarnya akan faham betapa tigginya darjat HAUTE COUTURE tu dalam dunia fashion... jadi buatla sedikit revision sebelum menggunakan ape-ape terminologi tersebut.

Madam Sooyaree said...

Hehehe.. teringat my Hard Rock Cafe t-shirt I bought in Bahamas... The design is a bit different than the rest of HRC t-shirts, but then siap tulis haute couture! I mean come onnnn... t-shirt pun haute couture ke? :P

GreenAppleKu.com said...

Bila dah terkenal nanti, jangan lupa pada kami semua yer Sandra..sob3..

TINA said...

Assalamualaikum

azwan ni minat bab fesyen ni dah lama la sampai ada majalah yg lama2

Hapiz Mutalib said...

mane beli GLAM tu? merata kl cari dah x jmpe lagi.

Nikisa Izas said...

suka entry kali nih Sndra:)

Ejat said...

style yg mencetus inspirasi..ilikeit..:)

Gades Merah Jambu said...

satu haper tak pham S.A ckp ap..
hehe..
nsib baik tak amek cz fashion designer..
klu tak,awal2 dah kne tndg dgn fakulti :P

SYAFIQAHSALEH said...

hi si sponsor..thanks wish :D

tomato said...

baru je research pasal houte courter smlm .. hee

アヌム ちゃん said...

all da best sandra :)

RedVixen said...

teringat pulak... memei suhaiza sebut perkataan couture jadik bunyi "kosher"

Pink Frogy said...

just update abt party, klu still interest pls let me know

jaa64 said...

yeah....memang nice, sukaa :)

Sarah Khan said...

salam ;)

wow! this is impressive! selalu tengok america's next top model and dari situ belajar untuk kenal pereka fesyen terkenal seluruh dunia.

and malaysia tak kurang hebatnya ;)

i am so into it.

syazwiena khan said...

u really somebody in this world !
hope can be ur model and start to know ur world ! so eager..

btw , thanks for ur wish :)

einz miszmessy said...

wow...berkongsi ilmu...i loike2~huhu