14.5.11

Be inspired!

Hello....nama saya Sandra Azwan! Feel free to check this out: Being versatile & fashionable is not enough?

Salam dan Hello semua…..Kali nie saya nak berkongsi pendapat dengan anda semua tentang ‘sumber inspirasi’ dan saya pasti, ramai diantara kita semua mempunyai ‘sumber rujukan’ yang tersendiri dan yang tidak ternilai harganya, sebagai contoh, sekiranya anda merupakan seorang ibu/mama, pastinya anak-anak anda merupakan inspirasi atau pencetus idea baik dalam segala hal.

 "I like to think of myself as a plastic surgeon with a knife." Alexander McQueen

Tidak kurang juga dengan sesetengah blogger yang menggunakan ‘ikon’ mereka atau lebih kepada pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan bergelar blogger! Bagi saya sendiri, tidak salah sekiranya kita mengambil tapi bukan meniru idea dari mana-mana 'sumber', dan harus diingat bahawa kita sepatutnya mengolah dan menggunakan kepandaian yang ada untuk menjadikan cerita @ idea itu tadi menjadi milik kita. Play with your imagination!

Plato's Atlantis, Spring/Summer 2010. "This collection (from Alexander McQueen) predicted a future in which the ice cap would melt...the waters would rise and......life on earth would have to evolve in order to live beneath the sea once more or perish.......Humanity[would] go back to the place from whence it came." This amazing picture from the book: Alexander McQueen|Savage Beauty. More pictures will be uploaded soon! U will be amazed!

Kewujudan dunia blog ini dilihat lebih kearah ‘perkongsian’ maklumat, pengalaman dan bermacam-macam lagi. Dengan kewujudan blog yang pelbagai ‘genre’ , saya melihat ianya merupakan satu persaingan/perkongsian yang sihat dan merupakan part-time job yang sungguh menghiburkan! Sebagai seorang pereka fesyen, saya sememangnya memerlukan banyak maklumat tentang dunia ‘fashion’ dan ianya merupakan perkara yang memang tidak dapat disangkal lagi. Bermain dengan idea merupakan perkara yang tersangat menyegarkan dan mungkin juga membosankan bagi sesetengah mereka yang lebih gemar menyarungkan ‘cat suit’ a.k.a copycat!

Oklah, berkaitan dengan MNTFB 2011, (JOIN NOW!!) ramai yang bertanyakan kepada saya bila tarikh tamat contest ini. Jawapannya ialah, saya sendiri tidak pasti lagi kerana saya memerlukan sekurang-kurangnya 100 blogger wanita atau lebih untuk menyertainya. Sekiranya target saya untuk contest ini berjaya, saya akan maklumkan kepada anda semua dengan secepat yang mungkin. Bagi  blogger wanita yang berminat, banyak lagi masa untuk menyertai contest ini dan anda semua tidak perlu risau. Apa yang paling penting disini ialah, keberanian anda untuk menyuarakan pendapat  yang tersendiri sebagai seorang blogger wanita di Malaysia dan sekiranya luahan hati anda itu menarik, tersendiri, mempunyai sudut pandang yang berbeza, anda mungkin bakal dinobatkan sebagai Malaysia’s Next Top Female Blogger 2011, special contest anjuran saya ini. Siapakah yang bakal tersenarai diantara TOP 30 finalist?

Disini juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger-blogger ‘Handsome’ : Nazim Nasri, Citer Jo, Azrul Azmi dan Rozuan Ismail yang sudi untuk promote contest ini buat tatapan followers/pembaca blog mereka.Nanti kita buat segmen khas untuk blogger lelaki pulak! Ok tak? Selamat mencuba dan semoga berjaya! Terima Kasih semua.

Your imagination is your preview of life's coming attractions. Albert Einstein

30 comments:

Rozuan Ismail said...

oo.Alexander Mac Queen is your idol right?memang tak salah untuk kita mengambil idea atau inspirasi dari idola kita.tapi janganlah tiru 100%.sekadar mengambil idea mereka dan kita olah mengikut imaginasi kita sendiri.

TinaSofea said...

kite sbg org artistik melihat melalui pelbagai perspektif dan we r inspired by wats around us.susah nk ckp dr mane idea dtg but the one who will always keeps us going are the one close to us,family,friends :D

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

S.A mmang berbakat.. i loike bace ur entri..

Gades Merah Jambu said...

be inspired!
ouh yeay!
hehe :)

♥ norlida ♥ said...

nak join tp takde idea lak! tp xpe..once i dh dapat idea i'll join it..MNTFB 2011, wait 4 me =)

Tyraa Lee said...

awesome ! chaiyok sandar azwan . (:

Aisya J said...

this post is beautiful! how you share all of this to us readers is just amazing! :') definitely inspiring :)

akmal ariffin said...

sandra azawan ialah inspirasi saya.. :)

Jo Qusary said...

Aaaa... err, saya hensem? hehehe...

eyjalukman said...

sumber inspirasi tu penting kan ?
lau tak , takde benda yg bole jd pembakar smangat nk berjaya .
nk join tp belek2 gambar lagi . haha nk tnya , gmbr kena full ke tk ?

AimanAriffin said...

Am happy and proud to see a Malaysian talking about the freedom of fashion in ur blog post.

Keep up the good work. Instead of merely being a usual blogger might as well be an inspirational bloggers :)

Oh pls do buat segmen khas untuk lelaki. that would be interesting haha

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

I am inspired!
tks Sandra =)

puterinuraqiliah said...

the illustration...awesome!
making someone as an idol is good but kalau smpi nak meniru tu...I dont think so ianya bagus. bak kata seseorg ni.. just be urself. in the same time, try new things n be realistic. imaginations are coolll!

Izz Latif said...

~aiseh~
U ada buat contest apa??
terlepas dahh...
(^^)
huhu
btw, love ur works!

www.izzlatif.blogspot.com

:.f@f@u.: said...

memang terbaik .. sangat unik ..

alia zarfullah said...

Kalau bab fashion u inspirasi i :)

miszlullaby said...

'If you do not hope, you'll not find what is beyond your hopes.'

Good luck Sandra ^__^

Anif Abdullah ® said...

__Idea yang superb memang boleh dicetus oleh pemikiran orang yang biasa2 base on gud reference dat he/she needs .Does it really work?yes.. tapi cara olahan cetusan itulah yang menjadikan kita superb and you are ____ :)

nur hidayah said...

awesome n unique..:)..like3!

farahcheese said...

im waiting for the more of ya hahah nice words sandra...;p

Jue said...

ikon itu penting
spy kita tahu point kat mn we should start followed by how we should lead them
u can do it sandra!

anastasheeka said...

Mcqueen memang berbakat. Too bad hes gone terlalu awal.

Cik NuRuN said...

be inspired !
and yeahh ! u r my inspire ^_^

SizZLing SuZai said...

bile pg PESTA BUKU je slalu g rak2 bku2 seni ni fashion, designs or typo or whatever it is but the prob is................i JUST CAN SLIP ON the pages there as IT IS ALL TOO EXPENSIVE for me!! huhuuuu..sedih cannot afford it LOL~ so, ksimpulannye sy sgt jeles ngan anda! HAHAHHAHA =D

Mizz D O L L Y said...

Hye Sandra! :)
Sy ternampak u punye blog kat salah sorg my follower.. Tertarik dengan nama u, so i decided untuk BW kat ur blog.. Siyes fall in lurve with ur page n ur fashion :) Then i tak nak pk panjang, trus je follow u..
n tak sangka u follow me back! Thank you sandra! u realy know how to please people.. ='))

Hanis MY said...

SA is a superb designer! love everything if it invloves dresses...owh tak tutup lagi eh... nak cuba la!..

Pink Frogy said...

sumber inspirasi.. buat kita lebih bermakna.. sedikit petunjuk jalan dalam melangkah kehidupan..

Hurun Akita @ Ciktika said...

wahhh....designer....nice sandra.... ^_^

AZRUL AZMI said...

jalan catwalk here.... sihat Alhamdulillah....

mommy akmal said...

siyes..1st time djengah sini terus jatuh cinta kat blog nih!! keep up da good work!