4.2.11

The Hours

Open-minded business people!;-P

Salam dan hello semua…..terlebih dahulu, seperti biasa saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian anda wahai bloggers dan pembaca semua kerana kesudian anda untuk mengunjungi blog saya ini. Untuk pengetahuan anda, walaupun saya sedikit sibuk dengan kerja-kerja seharian saya, alhamdulillah saya berjaya juga untuk meluangkan masa bersama-sama Kak Zura, Kak Mag dan Julian untuk sesi bergambar bersama-sama yang julung-julung kalinya diadakan. Seawal jam 7.00 pagi, saya bersiap-sedia bersama Julian menunggu ketibaan Kak Zura & Kak Mag membawa kami ke lokasi untuk mengadakan sesi bergambar bersama-sama. Kami semua bertolak ke lokasi yang telah ditetapkan-Putrajaya seawal jam 8.30 pagi. Kita semua sedia maklum bahawa pemandangan yang terdapat di Putrajaya sememangnya mengasyikkan dan pastinya membuatkan saya terpesona dengan keindahan kawasan dan pembangunan yang terdapat disana. Ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi kerana terdapat banyak lokasi yang menjanjikan panorama terindah dan sesuai untuk dijadikan tatapan buat anda semua. Kegilaan untuk bergambar sememangnya merupakan ‘my obsession’ yang tidak boleh dinafikan lagi dan peluang yang ada tidak saya sia-siakan. Saya bersama Julian, Kak Zura dan Kak Mag meluangkan masa bersama disana dengan penuh keseronokan yang tak tercapai dek akal. Sungguh mengujakan sekali dan pancaran terik matahari tidak sedikitpun mematahkan semangat kental kami untuk teruskan sesi bergambar dan bagi saya, lighting itu penting! Gambar-gambar yang terhasil ini sebenarnya mempunyai maksud yang teersendiri. Terdapat banyak yang tersurat dan tersirat hasil daripada raut wajah, pandangan tepat kearah kamera, pergerakan dan bermacam-macam lagi. Oleh kerana terdapat banyak sangat gambar sehingga tak tahu nak pilih yang mana satu, more pictures will be uploaded soon! Tunggu....Enjoy!

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.

The sense of smell can be extraordinarily evocative, bringing back pictures as sharp as photographs of scenes that had left the conscious mind. "Kak Zura, ada ikan duyung la kat dalam tasik buatan nie."

The happiest memories are of moments that ended when they should have.

The difference between false memories and true ones is the same as for jewels: it is always the false ones that look the most real, the most brilliant. ~Salvador Dali

To look backward for a while is to refresh the eye, to restore it, and to render it the more fit for its prime function of looking forward.

It's a wrap!

11 comments:

AZRUL AZMI said...

wah2... seronoknye bergambar... sakan nohh...

Nana Eddy said...

cantik gambar... looks like you had fun :)

ierayahaya said...

best nye snap-snap pict.. u need to have different expression. semua mcm lebih kurg je.. haha~

Anonymous said...

lepas ni kita pergi cari tempat yg menarik lagi hehehe

cheers!
k.zura

John@CommonLife said...

haha I love that second pic, it looked funny :)

Amanina Sofea said...

thx juga sbb sudi jd follower sye..
mmg best photoshot kt ptrajaya..

Maryam Fatanah said...

bestnyer bergambar ! weeee

AiDa said...

Wow..i love putrajaya...:)
singgah & folo ur blog...salam perkenalan..;)

CaDLyNN said...

putrajaya mmg cantik~

ErikaToh said...

"The difference between false memories and true ones is the same as for jewels: it is always the false ones that look the most real, the most brilliant." ~Salvador Dali

I love the quote very much!^^ What a lovely and fun outing with some friends~ Nice! :D

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

begambo sakan ohh depa2 ni...