8.2.11

7-Feb-1986

In childhood, we yearn to be grown-ups. In old age, we yearn to be kids. It just seems that all would be wonderful if we didn't have to celebrate our birthdays in chronological order.In this picture, with Shahnaz Bahar.

Masih segar diingatan saya ketika berumur 11 tahun, sambutan hari jadi selalunya hari yang ditunggu-tunggu oleh saya. Pada hari tersebut, saya melihat mama dan babah seolah-olah tidak mempedulikan saya dan saya beranggapan bahawa semestinya mereka tidak menyedari bahawa hari tersebut merupakan tarikh hari jadi saya. Pada waktu tengah hari, hasrat dihati ingin memberitahu mama bahawa hari tersebut merupakan 'my birthday' terbantut tatkala mendengar mama dan babah terpaksa menghadiri satu majlis keramaian pada waktu petang.

Yang peliknya, lebih kurang dalam pukul 5.30 petang mama dan babah tergesa-gesa ke dapur dan pada waktu yang sama kakak saya menyuruh saya membeli sesuatu dikedai dan pada waktu itu saya berasa tersangatlah sedih kerana tiada sesiapa pun didalam rumah yang menyedari bahawa hari tersebut merupakan hari yang begitu bermakna buat saya. “Takpelah, mungkin mama dengan babah terlalu sibuk dengan kerja”, dan untuk menyeronokkan hati yang sedih ini, saya ada membeli sebungkus muffin yang berharga RM1.50 sebab nak sambut birthday sorang-sorang @ dengan kata lain nak merajuk!

Sewaktu balik dari kedai, saya sedikit pelik kerana mama dengan babah masih lagi berada didalam rumah dan setahu saya mereka ada satu majlis yang perlu dihadiri. Mungkin mama pergi lewat sikit sebab nak masakkan makan malam untuk kami. Setiap kali saya ke dapur, tempat pertama yang akan saya tuju ialah freezer dan pada hari tersebut, mama memarahi saya kerana setiap kali ke dapur mesti nak bukak freezer tanpa sebarang tujuan. Saya berasa tersangatlah hairan. Kenapa nak bukak peti ais pun kene marah?

From left: James! Ramen noodles with braised beef brisket and served with beef meat ball soup and Katrina, spicy seafood spaghetti aglio olio. Simply delicious! SOCIAL@KL-GTower Kuala Lumpur.

Red bean soup with ginko nuts and sesame ice cream.Gulp!

Comel!


Birthdays are good for you. Statistics show that the people who have the most live the longest!;-P

(bersambung) Pelik betul mama pada petang itu. Selepas bersembahyang magrib berjemaah dengan keluarga, mama menyuruh kami menghidangkan lauk-pauk untuk makan malam dan pada kali ini pula, mama melarang saya masuk ke dapur! Selalunya saya merupakan individu yang paling penting dalam menghidangkan juadah untuk makan malam pada hari tersebut. Kenapa semua manusia didalam rumah ini berkelakuan pelik dan untuk pengetahuan semua, tidak terdetik dihati saya yang mereka semua telah merancang sesuatu.

Sewaktu saya sedang leka menjamah makanan, yang pada hari itu bagi saya sangat special, dari belakang saya terhidu bau yang cukup familiar…bau lilin yang sedang menyala diatas kek! Saya lantas menoleh dan alangkah terkejutnya saya kerana melihat kek yang bersaiz sederhana dibawa terus di depan saya. Senyuman diwajah mama, babah, abang, kakak dan Julian jelas terpancar dan hasrat dihati saya telah kesampaian. Patutlah mereka semua melarang saya ke dapur dan membuka peti ais kerana ada satu kejutan menanti!

Hari tersebut merupakan detik terindah dan sememangnya tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ingat jugak dieorang dekat birthday aku nie! Bila usia sudah meningkat, sambutan hari jadi nie kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Semalam saya menyambut ulang-tahun kelahiran saya yang ke-25 secara sederhana sahaja. Pada waktu petang, saya bersama teman rapat, Shahnaz Bahar ke satu lokasi menarik untuk makan-makan yang terletak di GTower.

Yang bestnya, pada pukul 8.45malam, Kak Zura, Kak Zuwita dan En .Azman bertandang kerumah dengan membawa Cup Cake comel yang mempunyai lilin-lilin kecil sedang menyala dari luar rumah masuk kedalam dan dengan pantas saya meniup lilin-lilin kecil itu. Sudah agak lama tidak meniup lilin, kali ini diatas Cup Cake! Terima kasih Kak Zura, Kak Zuwita dan En. Azman. Sungguh sedap sekali Cup Cake tu……;-P

Vrom...vrom....;-P

Thank you Kak Zura, Kak Zuwita and En. Azman for these lovely cupcakes!;-) I'm so happy! Saya sangat gumbira!;-)

18 comments:

Farra Rossie said...

wahhh!! cool birthday ever! i love that cupcakes and your story too. Happy Birthday buddy =)

Natasya Aisya said...

wow~cute cupcakes...anyway happy belated day..may ALLAH bless u always

Fairus Bin Mamat said...

WOW.. HAPPENING.. SELAMAT HARI JADI..

CaDLyNN said...

happy bday sandra azwan!semoga panjang umur dn murah rezeki :)

Maryam Fatanah said...

happy birthday and may Allah bless always...hahah..sedeyh gk cter birthday tuh..same happens to me when i was at that age either

atie said...

Happy Birthday Sandra Azwan!cupcakes tu sgt menawan..
Good luck in your future life!!

manggosteen said...

hapy besday !

Ieda Al-Habsyi said...

cupcakes yang comel! epy belated bufday! :)

zati said...

happy belated burfday, btw cupcake tu comel :)

Nazim Nasri said...

happy birthday :))

kelipkelipchumel said...

suka baca stori sambut ur birthday masa umur 11thn tu.very childish lg kn time tu.siap majuk beli mufin nk pujuk hati.ehehe..manesss...n 1st time tgk mcm nk ada senyuman on ur face (sblm ni mcm xde).hepi belated birthday to you..

kelipkelipchumel said...

sowi,my previous comment tu silap when i said 1st time tgk u mcm nk senyum.ehehe...sbb ada upenya gmbr u snym entri yg sblm2 ni.sy xprasan da...maap..

ErikaToh said...

A one, a two, a one, two, three, hit it!^^

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Sandra Azwan,
Happy birthday to you~ ♥

Make a wish and may all your dreams come true~ All the best to you! Have a blast on your birthday, Sandra! XoXo~ ;)

Piah Becok said...

happy besday!!!!!!! mabruk life forever, insyaAllah

WatercolorPony said...

God bless !
But did u HAVE to post the cup cake pic!?!

Zyash said...

Ala cOmel'y siap ngajuk2 nak bli kek sendiri...tang 2 sedih jap..terase je alami...hehe..kalau x mamam la kek muffin 2 sensOrg. Happy Belated besday.Give away RM1.00 setiap seorg dengan Churp2

Schajar McFlurry said...

wah... nice bufday...
happy birthday t0 you... may all ur wishes c0me true...
=)

cimOt said...

alahai sweetnyer ur family..

siyesly,on my 21st besday baru merasa di-celebrate..huhuhu..terharu sgt..b4 ni tak pernah pon..just lovely wishes..