25.1.11

Things are getting interesting

Envy is a waste of time!

Hello semua. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana kesudian anda untuk meluangkan masa di blog saya ini dan terima kasih juga kepada anda yang tidak jemu-jemu untuk memberikan pendapat-pendapat yang bernas lagi membina. Saya juga berasa cukup terharu apabila membaca komen-komen yang diberikan, dan ini sememangnya membuatkan saya lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk anda semua wahai pembaca yang setia. Untuk pengetahuan semua dan juga bagi mereka yang pertama kali disini, saya menjadikan blog ini sebagai tempat untuk saya berkongsi pengalaman, inspirasi, idea dan banyak lagi. Bagi mereka yang tidak senang hati dengan blog ini, saya tidak memaksa anda untuk meluangkan masa disini kerana blog ini merupakan luahan hati dan perasaan saya. Bagi mereka yang menyokong, saya ingin mengucapkan sekali lagi berbanyak-banyak terima kasih.Apa yang akan saya perkatakan ini mungkin kedengaran sedikit pedas tetapi saya terpaksa juga untuk melontarkannya. Bukan bermaksud ingin meninggi diri, berasa hebat atau ….. tetapi sejak kebelakangan ini saya ada menerima pendapat/komen yang berbaur tidak puas hati atau dengan kata lain cuba untuk menjatuhkan semangat saya. Mengapa? Untuk mereka-mereka yang tidak puas hati atau apa sahaja masalah anda, jangan jadikan blog saya ini sebagai tempat untuk anda mengadu hal-hal ketidakpuasan hati dan sebagainya kerana kredibiliti saya sedikit pun tidak akan tercalar dek komen tidak bernas anda itu. Berhentilah menjadi orang seperti itu kerana ianya tidak menguntungkan dan ianya dilihat sia-sia sahaja. Disini juga bukan bermaksud saya tidak boleh menerima pandangan umum secara terbuka atau dengan kata lain cepat melatah, malah saya alu-alukan sangat pendapat atau kritikan (terdapat pelbagai jenis kritikan) tetapi janganlah dijadikan medan untuk menyuarakan pendapat berbaur sampah. Saya tidak ada sebarang masalah dengan kritikan-kritikan yang membina itu kerana, ini sedikit sebanyak dapat membantu saya memperbaiki gaya, mutu dan keunggulan blog ini. Terima kasih.

Strike a pose!

P/s: Thank you for joining me in my journey and allowing me to share in yours. I appreciate this kindness tremendously! Peace

28 comments:

syieranuar said...

just ignore those craps! u know who u are,aight? all the best sandraa! :)

Fanzi Ruji said...

all the best! i like them pics.

Bob Merley said...

These people won't stop. They will always be there. Because there is no cure for stupidity :)
act like they don't even exist.
my fav quote:
"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind" -- Dr. Seuss

Peace :)

CaDLyNN said...

abaikan je komen tak membina~ goog luck!

ila ni said...

duhh.. memang ramai yang tak tau limit dalam dunia blog. masing-masing ingat kebebasan menulis itu = kebebasan menghentam.

apa pun sandra, ambek yg positif dan teruskan berkarya. bakat itu anugerah yang tak ternilai. takkan kurang sesen pun walau dikutuk orang yang tak puas hati.

best of luck!

atie said...

erm...keep it up frenz..its ur property n i like it so much!who cares rite?huhu

Alyza said...

ignore je komen2 yg menyakitkan ati tu...diaorg jeles la tu...org yg jeles ni slalu nye mmg tak puas ati ngan org lain...so wat tak tau je...

all the best to u... (^_^)v

Maryam Fatanah said...

abaikan jer dorang tuh..anyway..i really lpovve your photo kat post ni..seriously nice..kat mana amek ni??

AZRUL AZMI said...

betul3... kita boleh je nak komen org tapi tgk diri dulu la... tapi biasenya org yang suke komen org ni tak sedar diri...
kalau pun kita sedar yang kita ni ada kekurangan tertentu dari aspek tertentu, tak salah pun nak komen org, tapi niat kita tu untuk sama2 nak baiki diri la... bukan nye jadi mulut lonkang kat blog org...

saiful farisin said...

forward je... :)

fai said...

intersting photo swan. any way are you busy? never visiting my blog again, hiksssss

virulent lolita tan benihime said...

terima kasih pd anda juga kerana menginspirasi kami..hehehe..ur artful mind for our curiousity desire..:D

Alienor said...

I love these pictures ! O.O

SANDRA AZWAN said...

SyieraNuar: I'm not going to talk about this anymore! That's it..;-)
Thanks babe..;-)

SANDRA AZWAN said...

Fanzi: Thank's dude..;-)

SANDRA AZWAN said...

Bob merley: I am patient with stupidity but not with those who are proud of it.

SANDRA AZWAN said...

Cadlynn: Komen yang tidak membina dilihat mencerminkan perwatakan individu2 terbabit!;-)

SANDRA AZWAN said...

ila: kebebasan untuk menghentam bukan jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara. Saya setuju dengan apa yang anda perkatakan...;-)

SANDRA AZWAN said...

Atie: Totally!!;-)

SANDRA AZWAN said...

Alyza: Lagi kita buat tidak tahu, itu yang membuatkan perasaaan mereka semakin bergelodak....whateverlah kepada si polan itu tadi! ;-P

SANDRA AZWAN said...

Maryam: Bukit Jalil!

SANDRA AZWAN said...

Azrul: Berkemungkinan besar individu terbabit mengalami satu penyakit kronik. Jalan penyelesaiannya ialah pukul beramai-ramai! -jUST KIDDING! ;-p

SANDRA AZWAN said...

Saiful: Yup....sebenarnya saya tak nak cakap pun pasal bende nie...just nak bagi warning je...apapun, terima kasih kerana keperihatinan anda semua terhadap isu 'remeh' ini..;-)

SANDRA AZWAN said...

Fai: Sedikit bUSY....jangan khuatir Fai, saya akan sentiasa melawat blog anda..;-)

SANDRA AZWAN said...

Virulent Lolita: That is so sweet! terima kasih! ;-)

SANDRA AZWAN said...

Alienor: Thanks Alie for ur undying support!! Love u so much! Muaahh

ErikaToh said...

Sandra, be strong!!! Ini semua hanya dugaan dan cobaan je. You can get through it and be a survivor!!!

"The mountain never bows to the wind no matter how much it hauls" ;)

SANDRA AZWAN said...

Erika: The thing is,i dont even care about what 'those' people are saying about me.....but still, sometimes it hurts my feelings la....“Through the Pain, Life Must Go On”;-P