31.8.10

Twigglet Vlog 17:Malaysia entry #3- Rafil Thazali shoot for Sandra Azwan



Behind the scenes , strapless short dress -also available in black/violet(click) Made to order. Price upon request, contact Sandra Azwan for more details. Thanks to Sarah Roberts for this video.

30.8.10

Sandra Azwan dan Hari Raya

Comb, glass beads and horn, 2nd half 19th century / Collection Fashion Museum Province of Antwerp (MoMu) and Pair of mittens, Chantilly lace, Geraardsbergen, 2nd part 19th century / Collection Fashion Museum Province of Antwerp (MoMu) via Coute Que Coute website.On dummy-Fatimah Songket, RM800. Beaded Cuff Bracelet via Ten Thousand Villages.

Salam and hello my lovely readers. First of all, I would love to say ‘thank you’ from the bottom of my heart for always keep on viewing my blog page without having this kind of ‘wasting your time’ feelings, and at the same time for commenting on my blog post. It’s an honored for me to read all of your lovely comments because it means a lot to me. For the past few days, I only update my blog by posting pictures with a simple write-up. Well, the thing is, I don’t have time to really concentrate on what I’m going to share with all of you in my blog page. Fyi, in ‘life with Sandra’, it’s not just about keep on posting my greatest possession in life, but it is more to choosing and writing the right contents and also what makes it special before you read it. Not to be missed, to all of my international bloggers and readers thank you for your support and I do appreciate it.

Frida Gustavsson by Andreas Sjodin for Vogue Nippon June 2010 and Tanya Dziahileva by Danil Golovkin for Harper’s Bazaar Russia July 2010 via fashion gone rogue. Black & Crimson Bead Necklace and Agate Treasures Cuff Bracelet via Ten Thousand Villages.

Talking about ‘Raya’ and all the sweet memories when I was a little boy a.k.a kanak-kanak, sungguh mencuit hati dan perasaan! There are lots of unexpected things happen unexpectedly to me while celebrating Hari Raya together with my friends and family members. Waktu ketika bersahur dan juga apabila kami sedang berbuka puasa bersama keluarga dan sanak-saudara sentiasa bermain dilubuk fikiran. Kalau nak diikutkan, terlalu banyak perkara yang saya ingin berkongsi bersama-sama anda semua, tetapi saya pasti anda tentu akan berasa bosan! Well, the same old things la…..hehehe. Oh, dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53 buat seluruh warganegara Malaysia. Merdeka, merdeka, merdeka! Oklah, berbalik kepada perbincangan kita sebentar tadi, siapa yang tidak berasa gembira tatkala Hari Raya menjelma melainkan anda terpaksa bekerja dipagi hari raya atau yang berada diperantauan dan sebagainya. Cukup menyedihkan sekali tatkala mendengar lagu air mata syawal nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza yang kedengaran sayu sekali. Oh lord! Anda mungkin berasa sedih tetapi apakan daya, just deal with it and tabahkan hati.

Baju kurung bercorak polka dot black and white? Alana Zimmer by Txema Yeste for Marie Claire Italia August 2010 via fashion copious. Bicycle Chain Bracelet, Embossed Silver Cuff Bracelet, Brass Disk Pendant Necklace, Made in Nepal © Ten Thousand Villages.

Untuk pengetahuan anda, ramai juga yang bertanyakan pendapat saya menerusi email, what’s in and what’s out for Raya 2010 untuk kali ini. Fyi, tiada yang in and out dihari raya, apa yang penting sekali ialah let us move forward! Berfesyen dihari raya merupakan ekspresi dalam diri anda untuk kelihatan cantik, bergaya, kacak and also what makes u look hot! (satu cadangan: Pakai persalinan berwarna merah menyala!) Tiada halangan yang terperinci untuk anda ikuti. Anda bebas untuk mengenakan persalinan-persalinan baru yang mungkin bercorak bunga pelbagai warna atau senada, corak geometri, sentuhan manik-manik halus beserta batu kristal sedempak, olahan pelbagai jenis kain lace dan pelbagai lagi. Bagi lelaki pula, berbaju melayu dengan pelbagai panggilan ( cekak musang, teluk belanga, musang berjanggut? ooops, silap) atau mungkin berjubah sudah cukup untuk anda kelihatan segak bergaya persis orang-orang melayu lama yang tidak sampai setengah hari. (riwayat hidup baju melayu dihari raya) Ramai diantara kita (lelaki) yang gemarkan persalinan lengkap bersamping bak pahlawan melayu lama. Sungguh versatile dan tampak authentic sekali. Salute!

Bagaimana pula dengan pilihan hati saya untuk bergaya dipagi syawal? Cukuplah sekadar menyarungkan hanya top (baju melayu cekak musang. Musang sememangnya cukup popular sekali: cekak musang, musang pulut, musang berjanggut, musang berantai?) beserta jeans ZARA atau mungkin berjubah hitam. Masih segar diingatan saya ketika bershopping mencari baju raya bersama family ( sewaktu kecil). Mama ada membelikan saya sepasang baju melayu bercorak ‘snake skin’ berwarna hijau. So Alexander McQueen Spring/Summer 2010! Mungkin ketika itu corak ‘snake skin’ kelihatan begitu drastic sekali buat penampilan saya membuatkan pandangan orang ramai saling tak tumpah! Mana tidaknya, saya dan adik (Julian Hakim) memakai persalinan yang sama. Cukup mengujakan sekali!

p/s: Pejam celik-pejam celik, RAYA!!!

28.8.10

2010 Raya calling! 'Balik Kampong' fashion trends for men


Which one do you prefer the most for 'balik kampong' fashion trends and style choosen by me?

Granny?

This is so dramatic. Love the pose and it looks so high fashion + weird! Normal is boring.

27.8.10

Pretty in pink




Note: Some of the images shown above (before edited by me) come from Johanna Nurm, Fashion Gone Rogue and kattaca. Would you like to know more?

26.8.10

Alyah: 'Kau Bisu' (muted) Music Video Preview!

Behind the scenes (click)

My current mood

Violet atau purple sekalipun, berkemungkinan besar membuatkan penampilan anda tampak segar dan oh....ya, muda! Segelintir dari anda (lelaki) mungkin tidak berani untuk mencuba warna ini kerana menganggap ianya membuatkan anda kelihatan lembik lesu! Sungguh cetek pemikiran anda jikalau berpendapat sedemikian rupa. Jangan sesekali menyarungkan warna ini 'from head to toe' kerana ianya akan membuatkan orang disekeliling ketawa kecil.......ahh, pedulikan tawa kecil itu.....ternyata nuansa ini bikin aku 'look hot'!

Padanan warna biru cair atau pekat membuatkan penampilanmu setenang air dilautan. Setenangnya air dilautan, jangan dicabar mood dan perasaanku kerna ianya mampu membuatkan munculnya ombak sederas tsunami! Ish..ish..ish.....ayat!

Warna kuning semestinya membuatkan penampilan anda tampak lain atau juga mungkin janggal. Memang tidak dinafikan bahawa warna ini bukan menjadi pilihan ramai kerana ianya mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri. Bagi anda yang berani berfesyen, just go for it!

Black?

Note: Images (before edited by me) from excellent male model, model hommes & the fashionisto

22.8.10

Strapless Short Dress






Strapless short dress and belt, Sandra Azwan. Made to order, price upon request. Contact Sandra Azwan for more details.

21.8.10

Victor & Rolf : The Dolls

Bedtime Story, Autumn/Winter 2005/06


Hyères, 1993


Blue Screen, Autumn/Winter 2002/03


No, Autumn/Winter 2008/09


The Red Shoes, Spring/Summer 2004


Russian Doll, Autumn/Winter 1999/2000.

© by Victor & Rolf via CouteQueCoute

18.8.10

Behind the scenes 'Kau Bisu' by Alyah



Alyah mencari futuristik dan memilih Sandra Azwan! Harian metro, Rabu 18 ogos 2010



Hair and make-up, Bosco the greatest!

Alyah in one of my 'future hybrid' collection.


Alyah is wearing a little black dress with chain details by Yana ( stylist for this music video) Look at her hair, it is so dramatic! Love it...... Feel free to check all these 'Fabulous' post from me: 'KAU BISU' official music video, MTV Media Screening-Kau Bisu, @ 3am with Alyah!

Pengkritik & Fashion Victim?

© by Saverio Cardia

Dilabel ‘fashion victim’ sedikit sebanyak menggugat kredibiliti seseorang untuk tampil bergaya dikhalayak ramai. Apa yang membuatkan seseorang itu dilabel mangsa fesyen? Apa yang membuatkan terlintasnya difikiran anda untuk mengklasifikasikan seseorang itu sebagai ‘fashion victim’? Adakah anda layak untuk menggelarkan seseorang itu dengan kata-kata sinis sehingga membuatkan individu terbabit kehilangan confident untuk menjejakkan kaki keluar rumah? Sungguh kejam sekiranya anda berpendapat bahawa andalah sebagai ‘sumber rujukan utama’ untuk kelihatan bergaya walhal, anda hanyalah seorang ‘observer’ yang hanya pandai mengkritik mambabi buta tanpa usul periksa.


Lanvin Resort 2011.© by Lanvin

Ada diantara kita yang selalu manjadi ‘si pengkritik tegar’dan sememangnya golongan ini dilihat suka untuk memberikan pandangan yang berunsur jelas negatif terhadap gaya seseorang itu sebagai contohnya, dikalangan kawan-kawanya sendiri yang menjadi subjek utamanya. Ada sahaja yang tidak kena sehinggakan kawan kepada si pengkritik itu naik rimas tahap dewa-dewi jula-juli bintang 3 dengan perangainya yang seolah-olah ‘Anna Wintour’versi Malaysia! Setakat memberikan pandangan yang positif, ini tersangatlah dialu-alukan, tetapi ianya dilihat lebih kepada persepsi negative yang melibatkan psikologi individu terbabit. Apabila dilemparkan kata-kata seperti, “kamu Nampak hodoh apabila mengenakan seluar jeans” atau “ berkemeja light-pink membuatkan kamu kelihatan seperti M.Daud Kilau” dan blah…blah….blah…..sungguh tidak relevant statement yang dilemparkan oleh si pengkritik!


Prim magazine.© by Kattaca

Jika dilihat dari perspektif yang pelbagai, golongan yang dilabel ‘mangsa fesyen’ ini selalunya bukan hanya dari aspek pemakaian mereka sahaja, tetapi ianya dilihat memfokuskan kepada jenis-jenis penggayaan yang tertentu seperti gaya rambut/potongan, make-up: jenis solekan dan sehinggakan gaya seseorang itu berjalan juga mampu membuatkan individu yang terbabit dilabel ‘fashion victim’ dek kerana terlalu taksub dengan gaya ‘cat-walk’ model-model terkenal antarabangsa! Mungkin juga seseorang itu dilabel ‘mangsa fesyen’ kerana gaya uniknya dilihat terlalu advance sehingga tak tercapai dek akal. Let me ask you something, adakah anda merasakan bahawa Lady Gaga =Fashion victim? or she’s an artist with a great + amazing style? Walaupun bukanlah peminat fanatik si Lady Gaga, tetapi ianya dilihat sebagai pencetus fenomena unik yang tersendiri.


© by Saverio Cardia


© by Saverio Cardia

Selalunya, para pengkritik ini mempunyai perwatakan yang agak menarik dengan kata lain, mempunyai pakej yang lengkap. Mempunyai paras-rupa yang cantik, menawan or handsome bukanlah satu ‘golden ticket’ untuk anda bebas mengkritik cara berpakaian kawan-kawan anda (melainkan ianya memang teruk betul) yang rata-ratanya tidak berapa kisah tentang pemakaian dan ketrampilan mereka. Mungkin dengan pendapat dan idea-idea bernas dapat membuka mata mereka terhadap apa yang dimaksudkan dengan ‘berfesyen’ dan ‘bergaya’. Tidak elok sekiranya kita mengkritik seseorang itu dengan kata-kata yang kurang enak didengar tanpa bertapis terlebih dahulu. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang ternyata kaya dengan budi pekerti beradab sopan, tidak salah sekiranya kita mahu melontarkan secebis pandangan, biarlah dengan cara yang betul dan beradab. Untuk pengetahuan anda, tidak wujud perkataan ‘mangsa fesyen’ didalam kamus hidup saya kerana setiap individu bebas untuk berpakaian dan berfesyen- as long as you feel good in your own skin. That’s all….

Skin.Graft Spring/summer 2011.© by Skin.Graft

P/s: Jika anda mempunyai sebarang persoalan, emailkan kepada saya. Mungkin saya akan paparkan soalan anda beserta jawapan diblog ini. If you have any question, feel free to email me at sandraazwan@gmail.com Keep on viewing ‘Life with Sandra’. Terima Kasih. Thank you. Merci beaucop.