10.12.10

Penjagaan menyeluruh itu penting?

Hello…..Rupa paras selalunya menjadi batu pengukur gaya dan ciri-ciri 'tersurat' seseorang individu itu....secara amnya. Disini bukan bermaksud jika seseorang itu tidak kelihatan ‘handsome’ bagi yang lelaki dan ‘beautiful’ bagi wanita -di mata orang ramai , maka individu yang berkenaan tidak akan langsung kelihatan bergaya dan memiliki ciri-ciri yang tertentu. Jika anda mempunyai rupa paras yang dapat mencairkan hati sesiapa pun yang memandang, tetapi pada dasarnya anda seorang yang pengotor, selekeh, selebet dan sebagainya, tidak guna juga kerana anda sememangnya telah menipu diri anda sendiri walaupun ianya tidak langsung diketahui oleh umum. Ramai diantara kita yang mengambil jalan mudah di dalam aspek-aspek penjagaan diri dan kawasan sekeliling, ini termasuklah dari segi penjagaan wajah sehinggalah kepada sudut tersorok di dalam rumah.

Konsep penjagaan diri (dalaman dan luaran) yang menyeluruh merupakan satu kepentingan yang tidak boleh dipandang remeh kerana ianya menggambarkan contoh dan sifat anda kepada umum. Sebagai contohnya, jika rakan anda berkunjung ke rumah, berkemungkinan besar untuk mengadakan ‘sleepover party’ atau ‘just want to say hello’, kita selalunya mahu menggambarkan yang diri kita seorang yang pembersih dan dengan kata lain, seorang yang perfectionist, walhal baju dan seluar selalunya di lucutkan betul-betul di pintu masuk rumah dan dengan hanya menggunakan kaki, dikuis sedikit ke tepi. Oh ya, mungkin kerana terlalu letih bekerja sehingga tidak mampu untuk menuju ke bilik untuk menukar pakaian! Sungguh puitis sekali penceritaannya. Ini tidak mungkin berlaku ke atas diri anda( dan saya, of course la) kerana saya tahu, anda yang membaca blog ini merupakan individu yang sayang kepada diri anda dengan kata lain, menitik beratkan penjagaan diri yang menyeluruh, gaya dan tingkah laku di dalam pelbagai aspek. Is it true?

Saya terfikir untuk berkongsi dengan anda semua perihal ini kerana saya juga tidak mahu menipu diri saya sendiri. Sebagai seorang insan yang bergelar manusia, kita sememangnya tidak mungkin dapat lari dari permasalahan-permasalahan kecil yang jika dibiarkan boleh mengganggu emosi dan hidup kita. Next-Bilik tidur merupakan satu kawasan dimana kita semua menggunakannya mengikut kepentingan dan cita rasa masing-masing. Ada yang hanya tidur di bilik tidur-di atas katil (untuk pengetahuan umum, saya lebih selesa tidur di ruang tamu-bilik tidur kini hanya untuk menyimpan baju, beg, dan sebagainya-ooops) dan ada juga yang menggunakannya untuk ‘study’ dan macam-macam lagi. Adakah ianya salah atau ianya menggambarkan ciri-ciri tertentu yang mungkin saya tidak tahu? ataupun ianya langsung tidak ada kene-mengena dengan personaliti seseorang ?

Apa yang paling penting sekali ialah, ini semua bergantung kepada tahap keselesaan kita ketika berada di rumah yang sememangnya undang-undang ditentukan oleh diri kita sendiri. Bagi saya dan mungkin sesiapa sahaja, untuk mengecapi tahap keselesaan yang menyeluruh, pastikan bilik air, kamar tidur, dapur, ruang tamu, stor dan sebagainya berada di dalam keadaan yang terkawal. Jika tidak, hati semestinya tidak akan tenteram. Perkara sebegini dilihat berlaku ke atas diri saya sendiri, oleh kerana terlalu sibuk menyiapkan rekaan, studio atau tempat saya bekerja dilihat agak ‘sedikit’ tidak terkawal, dengan kata lain bersepah! Tetapi, saya cuba untuk mengemaskannya kembali kerana saya tidak mampu untuk meneruskan kerja saya dengan keadaan disekeliling yang seakan-akan berada di dalam kapal Titanic separa tenggelam! Ini sememangnya merunsingkan fikiran dan saya cuba untuk menggagahkan diri membuang dan membersihkan segala sampah ( jarum bengkok, kertas-kertas, benang-benang, cebisan kain) supaya keadaan kembali menjadi normal. Setelah keadaan kembali normal, saya dapat merasakan satu perubahan yang menyeluruh di dalam diri saya, sambil menghirup udara segar…..ish..ish..ish….ayatt!!! Bagaimana pula dengan anda? Apa kata hujung minggu ini kita semua bersiap sedia untuk melakukan transformasi ke atas ‘kawasan-kawasan’ yang dinyatakan di atas agar sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah akan berasa kagum dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh......anda!(bantuan dari pembantu rumah tidak dikira langsung disini) Sekian.

14 comments:

afiq said...

petir**** workshop anda sangat kemas.!

Hollywood forever, Kevin said...

Your studio is wonderful and so is your blog , such style!

virulent lolita tan benihime said...

agreee with u all the wayyy :)

Heidi Shafiq said...

aku setuju dgn ko.. :D

ierayahaya said...

owh it's true.. i have a fren yg cantik tapi tak tahu jaga kebersihan. actually semua ni harus seiring. cantik ke tidak tapi i bersih itu perlu.

Naddine Tzinberg said...

another brilliant post.

ErikaToh said...

Wow, Sandra ialah seorang jejaka yang berkeperibadian kemas, teratur, tampak segak dan bergaya sekali! I love your neat workshop and personality, Sandra~

You're indeed a rare diamond~ So shine brightly, ya? ;D

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Afiq: kadang-kadang..hahaha

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Kevin: thanks Kevin...wow, from Hollywood......i'm addicted with Hollywood!

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

lolita: ;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Heidi: terima kasih kerana bersetuju dengan apa uang saya perkatakan...

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

ierayahaya: kecantikan dan kebersihan....2 perkara utama yang harus berjalan seiring, kalau tak? sengsaralah jawabnya..;-P

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Naddine: Aww....thank you, well...it just happen!;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Erika: Aww...speechless! Thank you Erika....kamu merupakan seorang kawan sejati yang tak akan saya lupakan sampai bila2. Walaupun kita berjauhan diantara satu sama lain, tetapi, kita sebenarnya dekat....it's like," jauh dimata,dekat dihati"....;-P