5.12.10

Istiadat Konvokesyen ke-73 dan Sandra Azwan!

Berpeluang melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam merupakan impian saya semenjak dibangku sekolah rendah lagi. Setelah berjaya menamatkan pengajian di UiTM Sri Iskandar, Perak, impian untuk menyambung pengajian di UiTM Shah Alam ternyata merupakan peluang yang tidak akan saya sia-siakan. Tidak dinafikan, bergelar pelajar dipusat pengajian tinggi awam mahupun swasta bukanlah merupakan satu perkara yang mudah, ianya memerlukan pengorbanan yang meliputi pelbagai aspek dalaman dan luaran. Tidak ada sesiapa pun yang mahu melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam apa sahaja bidang yang dikehendaki dan saya sememangnya berasa sangat bertuah kerana impian saya untuk bergelar mahasiswa akhirnya tercapai. Disini, saya ingin berkongsi saat-saat indah tatkala menerima ‘segenggam harapan’ di Istiadat Konvokesyen ke-73 November 2010, sidang ke-9, bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.

Apakah perasaan anda setelah berjaya bergelar graduan kelahiran UiTM? Pertama Sekali, saya berasa sangat gembira dan susah payah saya selama ini sememangnya dilihat berbaloi. Disini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah-pensyarah yang membantu dalam merealisasikan impian untuk bergelar ‘fashion designer’. Individu yang selama ini banyak membantu saya selama bergelar pelajar dan sentiasa memberikan khidmat nasihat yang tak putus-putus dan banyak lagi, terima kasih yang tak terhingga kepada En. Faizal Hamid. Sokongan dan dorongan anda merupakan perangsang dan pembakar semangat buat saya lebih berjaya dalam hidup. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian anda selama bergelar pelajar di UiTM? Saya sememangnya berpuas hati dengan pencapaian saya setakat ini dan bagi saya, pencapaian seseorang individu itu selama bergelar pelajar di Universiti tidak penting kerana diluar sana merupakan jawapan bagi segala-galanya. Sekiranya kita mempunyai pencapaian luar biasa semasa bergelar pelajar tetapi gagal dikehidupan yang sebenar (alam pekerjaan) serta tidak membuahkan hasil, tidak guna juga. Apa yang penting ialah kesanggupan individu-individu itu sendiri untuk memecahkan tembok kesangsian dan seterusnya berjaya meraih kemenangan dipengakhiran-nya.Semoga kita semua berjaya mengharungi dunia sebenar yang penuh onak dan ranjau!

p/s: Tidak berkesempatan untuk melakukan ritual 'lambung2 topi'!

27 comments:

Amirrah Zawani said...

tahniah bro..
uitm dihatiku..
i mybe konvo yang ke 75 nanti.. :)

miszjue said...

Congratulation Sandra Azwan..
wish u luck alwaz..=)

ijat_asni said...

tahniah~

atiqah said...

tahniah tahniah,wish you best of luck

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

tahniah...moga terus cemerlang....

ierayahaya said...

wahhh bestkan convo.. i have almost 1000 gambar convo.. hehe~

shahirahkhairudin said...

congrats !! eh ai dulu pun Seri Iskandar :p

afiq said...

envy! hehehe congrats sandra.
all the best to you :)

miSz TiQue said...

congrates!thanx follow me.....boley la cri2 bju untuk dress dinner ni.heheh

Jason laucht said...

tahniah kuucapkan! ;))

pls get the EH! december issue!
blog I ter-featured :D
thanks

www.jasonitos.com

Kancilbiru said...

wow dik..tahniah dah konvo...:)

marinahunny said...

tahniah! satu momen yg indah dan begitu bermakna ..

salam singgah dear, terjumpa blog u dr adik afiq si tukang jahit ;)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Amirrah: selamat maju jaya...;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

miszjue: thank you dear!;-) wish u all the best jugak.....

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

ijat: terima kasih ijat!;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

atiqah: that is so sweet! thanks babe..;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Ahmad Tajuddin: Terima kasih Mr. Tajuddin....;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

ierayahaya: best sangat2! 1000 pictures? WOW...

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

MISZ TIQUE: boley2.....ade bajet? hehehe..;-P

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Jason: ooo really? ok, i will check later...;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

kancilbiru: ye..dah konvo and selamat....hehe, terima kasih kancilbiru (cute je nama) ;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

marinahunny: terima kasih banyak2...oo yeke? bagusla kalau camtu....hehehe....thanks

Izzaidin Mohd said...

bestnya dah convo! btw, congratulation for your convocation (:

aqim said...

congratulation,,bro
best convo..

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

Izzaidin: Terasa lega! Thank you izzaidin..;-)

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

aqim: Thanks dude! Memang best..;-P

ErikaToh said...

Congratulations and celebrations to you, Sandra!

*Three cheers for you:
Hip hip hurray!
Hip hip hurray!
Hip hip hurray! Wee~

All the best to you, Sandra! Good luck! ;)