3.10.10

Tiada tajuk!


"Everyone who is smart says they hate fashion, that it's such a waste of time. I have asked many super-serious people, "Then why is fashion so popular?' Nobody can answer that question,"-Mucia Prada

Hello Malaysia! Menjadi seorang ‘fashion designer’ bukanlah satu tugas/pekerjaan yang mudah kerana ianya melibatkan banyak perkara. Dewasa kini, segala jenis manusia mahu dikenali atau dilabel sebagai pereka fesyen walhal ianya hanya sekadar untuk suka-suka atau mungkin kerana status seseorang itu yang memungkinkannya kepingin benar mahu mengikut jejak langkah sesetengah selebriti Hollywood, yang mempunyai label mereka sendiri. Perkara seperti ini memang tidak dapat lagi disangkal kerana secara diamnya menyemakkan industri yang sememangnya hanya untuk yang betul-betul layak ataupun dengan kata lain 'born to be a designer', sebaliknya golongan ini sepertikan make it worst dan secara tidak langsung mencacatkan arena fesyen di Malaysia. Untuk mereka yang masih bergelar fashion student, belajarlah dengan gigih lagi dan bukan 'asalkan boleh' sahaja dan juga kekuatan untuk berimaginasi perlu dipertingkatkan lagi agar kita dapat melahirkan fashion designer yang mempunyai struktur dan kualiti bergelar pereka!
Tidak semua orang mampu menggalas tanggungjawab ini kerana ianya memerlukan satu kekuatan yang dilihat mampu melonjakkan semangat dalaman untuk seseorang pereka itu lebih berdaya saing. Disini saya bukan ingin bercakap pandai tetapi ini adalah merupakan luahan hati saya dan sememangnya saya mempunyai hak untuk menyuarakan apa yang terpendam seperti apa yang anda lakukan. Apabila kita sudah mencapai satu ‘ level’ didalam apa sahaja yang kita lakukan, kadang-kala kita seperti terleka seketika dan selalunya ianya dilihat memberi kesan negative kepada diri kita sendiri.
Berbalik kepada persoalan yang berbangkit ( segala mak nenek orang mahu bergelar fashion designer) tidak salah sekiranya individu terbabit mahu mempelbagaikan lagi bidang atau cabang pekerjaan, tetapi perlulah sesuai dengan jiwa dan sanubarinya. Saya berasa sedih sekiranya seseorang individu itu ( dalam apa juga bidang) mensia-siakan peluang yang ada dan mahu mengecapi segala-galanya dalam masa yang singkat. Untuk pengetahuan semua, menjadi seorang pereka fesyen dilihat sebagai satu tugas yang mencabar dan glamour? Masih segar diingatan saya ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar dibidang ini. Segala penat lelah bergelar student dilihat berbaloi dan alhamdulillah, membuahkan hasil. Kepada semua yang bakal bergelar fashion designer atau apa sahaja yang ada hubung kaitnya didalam bidang ini, lakukanlah dengan sepenuh hati dan cinta!
Walaupun arena fesyen di Malaysia tidaklah sebesar mana, tetapi ianya dilihat penuh dengan ‘drama’ dan controversy yang ada kalanya mengundang tawa + membosankan! Banyak perkara dan cakap-cakap belakang yang saya dengar cukup menyakitkan hati dan sepatutnya ianya tidak berlaku. Apabila kita sudah berada disatu tahap yang boleh dibanggakan ( dalam apa juga bidang sekalipun) sepatutnya kita akan lebih merendah diri dan memberi lebih sokongan kental kepada kroni-kroni @ bukan kroni. Mendabik dada, berlagak sombong, bongkak dan angkuh serta selalu mencari kesalahan orang lain bukanlah jalan penyelesaian yang sewajarnya ,kerana secara tidak langsung membuatkan diri kita dibenci dalam diam! Ini semua juga merupakan peringatan kepada saya…….peace.

p/s: Suka akan kata-kata Heidi Klum didalam rancangan Project Runway, One day you’re in, the next day, you’re out!

8 comments:

anem** said...

heyy.
you are an amazing fashion designer. when i look at your work, they're seriously marvelous. since this what you love, keep it on doing.

if you love something, you're willing to whatever it takes to make it happen. I believe that. :)

SANDRA AZWAN said...

Thank you anem! I appreciate that..

RJ said...

To be good in your trait, you need to learn your trait! Heh.

But hey, I think you're already great!

:D

fai said...

i'am a 100% agry with u, not easy to be a fashion designer. tapi kalau mau dilakuin dengan sepenuh hati so everything gonna be oke. hehehe

anyway thanks sandra sudah mampir dan comment di postingan saya, nice love it dude.

Melissa said...

Hello! I just dropped by your blog and I could foresee that this would be one of my favourite reads!

I absolutely adore some of the pieces shown in your previous posts and I'm with you on your stand regarding the fashion industry in Malaysia and what others think about it.

It certainly has pushed me in some ways to work harder for this industry so thank you for the whole post!

PS: you remind me of Bryanboy just a little bit in some ways =DD

ErikaToh said...

Go Sandra Azwan!!!^^ You're Malaysia's Next Top Fashion Designer! Prove to me that I'm right! Mauwhahaha! xP

Zyash said...

love all your design...never give up..!!

leeya said...

wow syabas sandar! design baju2 awk mmg terbaik!:)