16.10.10

Perempuan berkaki jenjang dan short skirt

Terdapat pelbagai jenis short skirt dengan bermacam trend dipasaran hari ini. Tetapi, adakah anda bijak untuk menyarungkannya atau ianya mengundang padah? Untuk wanita bertudung, tidak salah sekiranya anda kepingin benar mahu memakai short skirt, tetapi, perlulah dengan gaya yang betul agar anda kelihatan seperti seorang wanita muslimah moden yang trendy dan bijak bergaya. Dewasa kini, wanita-wanita bertudung dilihat sungguh bergaya sekali dan look mereka versatile bangat. Tidak jemu mata yang memandang (tolehan 360°) sehinggakan wanita-wanita yang tidak mengenakan tudung mengambil peluang untuk mencuba gaya yang dikenakan oleh perempuan bertudung itu tadi. Tetapi, sekali lagi harus di ingat, apabila anda mahu menyarungkan short skirt, mungkin dengan skinny jeans atau legging, perlulah bersesuaian dengan jiwa dan sanubari anda. Jika anda tidak mampu untuk carry the look, anda tidak perlu risau kerana ramai wanita-wanita diluar sana yang sememangnya 'anti skirt pendek' dek kerana mempunyai tanggapan kaki mereka besar, walhal anda sememangnya kurus! Bagi mereka yang kelihatan seperti persis model atau apa-apa sahaja, skirt pendek sememangnya merupakan satu item wajib pakai! Secara peribadi, saya suka melihat wanita in short skirt dipakai bersama belt bergancu- dimana skirt pendek itu tadi tidaklah terlalu/terlampau pendek sehingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya dan tidaklah terlalu panjang atau dengan kata lain, length of the skirt-just nice! Bagi wanita-wanita diluar sana yang berkaki jenjang, gayakan short skirt anda dengan gaya dan padanan yang betul agar anda akan kelihatan lebih cantik dan bukannya mengundang tawa dan padah. Images via fashiongonerogue/coute que coute.

15 comments:

fai said...

nice tips sandra.

nebular said...

Hi Sandra, we meet again.

I have some query regarding this "Untuk wanita bertudung, tidak salah sekiranya anda kepingin benar mahu memakai short skirt, tetapi, perlulah dengan gaya yang betul agar anda kelihatan seperti seorang wanita muslimah moden yang trendy dan bijak bergaya".

Hope one day u could show some of our muslim girl dress properly with it.

najib said...

buta fesyen,namun suka membaca mengenai fesyen,pelik bin ajaib bukan

Zyash said...

Zy suke pakai gaun pendek ala2 skirt...hehe....n zy b'tudung...

Cha Gloxinia said...

this entry is useful for me :)

yee said...

apa maksud berkaki jenjang?

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

berkaki jenjang: berkaki panjang!

Rozana Kamal.. said...

muheheeee....bagos idea!!

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

hai sandra,
nak tanye.. u wat wedding dress?

ErikaToh said...

Aww...too bad, I've short legs...so sad... :( Nice tips, Sandra!^^

mR Gee.!! said...

bagi yg pandai bergaya... pakai jer aper pun.. mesti kene,

dan bg yg muslim.. pakai lah aper saja utk bergaya selagi tidak melangkau etika berpakaian cara isLam..

Che Armster said...

agreed about muslim ladies punya fashion nampak cool gila nowadays :)

Lil said...

i wish i knew what you were saying but I love your blog nonetheless!
xx

check out mine and follow if you wish :)

http://sheplayedwithsnakes.blogspot.com

nur said...

setuju.. kalau tempek gambar about muslim girls bertudung lagi bagus kot..

ALL IN ONE

Magdalene Heuk Salvatore said...

nice shoes =)