20.10.10

Alyah: Kau bisu-MTV Media Screening

The one and only-Alyah. Via murai.com

Hello Malaysia! Saya berasa cukup berbesar hati sekali dapat bersama didalam menjayakan pembikinan klip video terbaru dari Alyah berjudul ‘Kau Bisu’. Klip video terbaru dari Alyah ini menampilkan bukan satu tetapi banyak kelainan dimana ia dapat dilihat dari segi konsep, mutu dan kualiti pembikinannya yang sememangnya terbaik. Bagi seseorang penyanyi itu , muzik video memainkan peranan yang sangat penting didalam mempromosikan karier mereka sebagai seorang penghibur. Tetapi, kebanyakan klip-klip video yang dihasilkan untuk seseorang penyanyi itu(di Malaysia) dilihat kebanyakannya sedikit membosankan dan tiada kelainan langsung. Adakah ini bermaksud kita kekurangan manusia-manusia yang kreatif? Ini secara tidak langsung membuatkan persada muzik tanah air sedikit hambar dan mengecewakan, kerana klip video yang dihasilkan tidak menunjukkan langsung kualiti dan mutu penghasilan yang baik (mungkin kerana budget yang sangat terkawal). Ramai juga penyanyi tanah air mengambil keputusan untuk menghasilkan klip video mereka di Indonesia yang ternyata cukup baik dan ‘so international’ sekali, baik dari segi pencahayaan, kesan bunyi, make-up dan lain-lain lagi.

Siap dapat nie lagi. Special thanks to Kak Yana and Alyah!

With Bosco! Bukan main lagi 'head piece' die!

Muzik video terbaru dari penyanyi bersuara lantang ini ternyata cukup memberangsangkan sekali dan menjanjikan kelainan yang padu. Apa yang penting sekali ialah segala-galanya ‘made in Malaysia’. Saya berasa cukup berbangga sekali apabila menonton untuk kali pertama
(disidang media ini) video muzik berjudul ‘Kau Bisu’ arahan Ghaz. Ternyata kita juga mampu untuk menyaingi klip-klip video penyanyi (diluar negara) yang sememangnya tak boleh nak cakap apa. Kelainan yang dibawakan oleh Alyah ini ternyata membuahkan hasil dan diharap para peminat industri muzik tanah air dapat menerima dengan hati yang terbuka diatas penghasilan muzik video terbaru ini. Cukup-cukuplah dengan fikiran-fikiran negatif berbaur sendat yang dilemparkan kerana ia sedikit pun tidak akan dapat mencalar kredibiliti Alyah sebagai seorang penyanyi yang cukup besar sekali bakatnya. Diharap dengan cetusan fenomena terbaru dari Alyah ini akan membuatkan industri muzik tanah air akan lebih happening lagi.

Siap ade 'fashion show' lagi! Dalam gambar nie, collection Hafiz Sabran ( black jacket) in red,black and silver! In violet tu, mine la...

Sesi soal jawab!! Pihak media yang datang macam senyap je....??

Cetusan idea unik dan berkonsepkan ‘fashion-music-forward’ dilihat menjadi nadi utama pembentukan imej dan gaya yang diketengahkan oleh Alyah sekarang. Bukan hanya berinspirasikan cetusan konsep futuristik, tetapi ia lebih menjerumus kepada olahan gaya gabungan diantara fesyen dan muzik. Ramai juga yang berpendapat bahawa imej yang dibawakan oleh Alyah ini ada mempunyai persamaan dengan artis barat yang dilihat jauh lebih advance. Tidak salah sekiranya kita berimaginasi dan mencari sumber inspirasi untuk memecahkan tradisi dengan cara dan pembawakan yang berteraskan gaya dan cara tersendiri. Ini juga bukan bermakna menceduk idea atau konsep yang sedia ada, tetapi ia lebih memfokuskan kepada apa lagi yang boleh kita perbaharui dan perbaiki ( terutama sekali bagi artis-artis di Malaysia), dan pada masa yang sama, mencipta satu ‘mood’ yang saling melengkapi diantara satu sama lain. Diharapkan agar penghasilan ‘mood’ yang ternyata berpaksikan impak positif ini akan membuka satu lembaran baru didalam arena industri muzik di Malaysia amnya, dan semestinya akan sentiasa menjamin kedudukan, taraf dan kredibiliti seseorang penyanyi/penggiat muzik tanah air, kearah yang lebih cerah dan membanggakan. Sekian

Behind the scenes: Kau Bisu by Alyah(click)

From left: Alif Fadli, Hafiz Sabran, Tengku Shahmi, Sandra Azwan, Alyah, Omar K, and Ghaz. Via murai.com/Location: Red Box-The gardens

5 comments:

Nana Eddy said...

I'd recognize that design anywhere I go.. lols. congrats sandra.

pixie alex said...

its totally u, futuristic. hey i need ur advise, i have annual dinner coming, the theme is wild wild west, what do u suggest i wear. i am thinking of zorro.

fai said...

Bsk say a juga bantuin pembuatan video Klip "astrid" but not as designer but Assisten make up artis hahahahahahahahaaaaa

SANDRA AZWAN: Fashion Designer said...

nana: Thanks nana...

pixie: That is so cool....;-P

fai: keep on doin' it! it's good for you!;-)

ErikaToh said...

Wah...I'm just rendered speechless! You're really talented, Sandra! ;)