19.9.10

Yeye.....


Salam…..Selamat hari raya maaf zahir dan batin, untuk pengetahuan semua saya mengambil ‘cuti sekejap’ dari menulis blog untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga bagi menyambut hari raya. Semangat saya untuk menulis diruangan blog ini dengan entry-entry terbaru semakin membara kerana terdapat banyak perkara yang saya ingin berkongsi bersama anda semua. Tidak dinafikan bahawa hari raya merupakan peluang untuk bertemu semula dengan rakan-rakan yang telah terpisah atau dengan kata lain ‘lost contact’. Apabila dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan yang telah terpisah sejak sekian lama itu, gembira sungguh perasaan dihati. Banyak perkara yang dapat dan kepingin benar dikongsi bersama-sama rakan taulan termasuklah situasi setelah memasuki alam pekerjaan, pengalaman belajar didalam dan luar negara, dan pelbagai lagi aspek-aspek tertentu yang dapat membuatkan kawan-kawan bangga dengan kejayaan atau mungkin pencapaian luar biasa yang telah kita capai. Ramai juga rakan-rakan saya sewaktu dialam persekolahan dulu yang telah berjaya didalam bidang-bidang tertentu. Disini saya ingin mengucapkan syabas dan usaha perlu diteruskan sehingga segala penat-lelah selama ini berbaloi.

Soal hari raya pula tidak lengkap sekiranya anda tidak mengunjungi rumah yang terdiri daripada kaum keluarga anda, sanak –saudara mahupun rakan taulan. Pada hari raya pertama, seperti biasa saya dan keluarga mengunjungi ‘a must visit house’ iaitu rumah nenek a.k.a atok yang tersergam indah bak istana! Rumah atok ‘dulu-dulu’ telah di renovate, terasa rindu pulak dengan rumah kampong atok dahulu yang telah banyak membawa kenangan manis. Beraya dikampung sewaktu kecil dahulu sememangnya cukup seronok sekali. Mana tidaknya, menunggu peluang bapak saudara ,jiran-jiran, bff mama dan babah menghulurkan duit raya dan yang paling tak boleh dilupakan, ada seorang nenek tua yang boleh diklasifikasikan ‘tingtong’ cuba untuk membaling kerusi + memukul (katok) kearah saya (dalam loghat kedah) kerana setibanya dirumah(kedai runcit) nenek tua itu untuk beraya dan membeli keropok, kami hanya mendiamkan diri dan ini membuatkan nenek itu bosan kot? Bayangkanlah, setiap kali nenek itu mengajukan soalan, kami hanya diam sahaja!Ini sudah cukup membuatkan nenek tua itu naik marah! Cukup kelakar sekali teringatkan kisah itu.

Sewaktu kecil, dihadapan rumak nenek saya terdapat pokok asam yang paling besar dan yang tertinggi, kami adik beradik dan saudara mara yang ketika itu masih kecil, selalu menjadikan akar pokok asam itu sebagai ‘port’ untuk bermain. Tapi sekarang ,pokok itu telah ditebang kerana khuatir ia akan tumbang dan merobohkan rumah –rumah orang disekeliling. Pada hari raya pertama, rumah atok yang telah direnovate itu merupakan check point yang pertama, setelah selesai dengan check point yang pertama, seterusnya diteruskan dengan check point yang kedua iaitu rumah Pak Ngah a.k.a Pak Long Yang merupakan abang kepada ayah saya. Hilang segala rindu dihati dapat bertemu dengan sanak saudara terdekat kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan sebagainya. So, hari -raya merupakan satu hari dimana peluang dapat berkumpul bersama-sama family members tersangatlah dinantikan. Pada hari raya yang kedua, saya banyak menghabiskan masa dirumah sahaja melayan tetamu yang bertandang ke rumah. Untuk pengetahuan semua, untuk tahun ini saya berhari raya di Sg.Petani, Kedah. Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki disini dan peluang yang ada tidak akan saya siakan begitu sahaja.

p/s: Dihari raya, suka makan ketupat pulut berbentuk segitiga! Sungguh enak dimakan begitu saja…..Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja tiba dirumah (damansara perdana) dan tidak sabar untuk kembali bekerja seperti biasa.

6 comments:

JLean said...

Dropping by ere Sandra..Seems interesting though. =)

kiki said...

hope its not too late.
Selamat Hari Raya!! :D

Alienor said...

beautifull !!!

ija said...

salam lebaran sandra !
=)

Erika Toh said...

Hehe...I hope it's not too late to wish you Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, ye? ^^ How's your raya? :D

SANDRA AZWAN said...

Hello blogger's......

jlean: Thanks dude!

kiki: it will never be to late...

alienor: totally!

ija: salam lebaran jugak to you.

erika: my hari raya seems to be so fabulous!