18.8.10

Pengkritik & Fashion Victim?

© by Saverio Cardia

Dilabel ‘fashion victim’ sedikit sebanyak menggugat kredibiliti seseorang untuk tampil bergaya dikhalayak ramai. Apa yang membuatkan seseorang itu dilabel mangsa fesyen? Apa yang membuatkan terlintasnya difikiran anda untuk mengklasifikasikan seseorang itu sebagai ‘fashion victim’? Adakah anda layak untuk menggelarkan seseorang itu dengan kata-kata sinis sehingga membuatkan individu terbabit kehilangan confident untuk menjejakkan kaki keluar rumah? Sungguh kejam sekiranya anda berpendapat bahawa andalah sebagai ‘sumber rujukan utama’ untuk kelihatan bergaya walhal, anda hanyalah seorang ‘observer’ yang hanya pandai mengkritik mambabi buta tanpa usul periksa.


Lanvin Resort 2011.© by Lanvin

Ada diantara kita yang selalu manjadi ‘si pengkritik tegar’dan sememangnya golongan ini dilihat suka untuk memberikan pandangan yang berunsur jelas negatif terhadap gaya seseorang itu sebagai contohnya, dikalangan kawan-kawanya sendiri yang menjadi subjek utamanya. Ada sahaja yang tidak kena sehinggakan kawan kepada si pengkritik itu naik rimas tahap dewa-dewi jula-juli bintang 3 dengan perangainya yang seolah-olah ‘Anna Wintour’versi Malaysia! Setakat memberikan pandangan yang positif, ini tersangatlah dialu-alukan, tetapi ianya dilihat lebih kepada persepsi negative yang melibatkan psikologi individu terbabit. Apabila dilemparkan kata-kata seperti, “kamu Nampak hodoh apabila mengenakan seluar jeans” atau “ berkemeja light-pink membuatkan kamu kelihatan seperti M.Daud Kilau” dan blah…blah….blah…..sungguh tidak relevant statement yang dilemparkan oleh si pengkritik!


Prim magazine.© by Kattaca

Jika dilihat dari perspektif yang pelbagai, golongan yang dilabel ‘mangsa fesyen’ ini selalunya bukan hanya dari aspek pemakaian mereka sahaja, tetapi ianya dilihat memfokuskan kepada jenis-jenis penggayaan yang tertentu seperti gaya rambut/potongan, make-up: jenis solekan dan sehinggakan gaya seseorang itu berjalan juga mampu membuatkan individu yang terbabit dilabel ‘fashion victim’ dek kerana terlalu taksub dengan gaya ‘cat-walk’ model-model terkenal antarabangsa! Mungkin juga seseorang itu dilabel ‘mangsa fesyen’ kerana gaya uniknya dilihat terlalu advance sehingga tak tercapai dek akal. Let me ask you something, adakah anda merasakan bahawa Lady Gaga =Fashion victim? or she’s an artist with a great + amazing style? Walaupun bukanlah peminat fanatik si Lady Gaga, tetapi ianya dilihat sebagai pencetus fenomena unik yang tersendiri.


© by Saverio Cardia


© by Saverio Cardia

Selalunya, para pengkritik ini mempunyai perwatakan yang agak menarik dengan kata lain, mempunyai pakej yang lengkap. Mempunyai paras-rupa yang cantik, menawan or handsome bukanlah satu ‘golden ticket’ untuk anda bebas mengkritik cara berpakaian kawan-kawan anda (melainkan ianya memang teruk betul) yang rata-ratanya tidak berapa kisah tentang pemakaian dan ketrampilan mereka. Mungkin dengan pendapat dan idea-idea bernas dapat membuka mata mereka terhadap apa yang dimaksudkan dengan ‘berfesyen’ dan ‘bergaya’. Tidak elok sekiranya kita mengkritik seseorang itu dengan kata-kata yang kurang enak didengar tanpa bertapis terlebih dahulu. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang ternyata kaya dengan budi pekerti beradab sopan, tidak salah sekiranya kita mahu melontarkan secebis pandangan, biarlah dengan cara yang betul dan beradab. Untuk pengetahuan anda, tidak wujud perkataan ‘mangsa fesyen’ didalam kamus hidup saya kerana setiap individu bebas untuk berpakaian dan berfesyen- as long as you feel good in your own skin. That’s all….

Skin.Graft Spring/summer 2011.© by Skin.Graft

P/s: Jika anda mempunyai sebarang persoalan, emailkan kepada saya. Mungkin saya akan paparkan soalan anda beserta jawapan diblog ini. If you have any question, feel free to email me at sandraazwan@gmail.com Keep on viewing ‘Life with Sandra’. Terima Kasih. Thank you. Merci beaucop.

1 comment:

ikan said...

ini sumber inspirasi ke untuk design2 baju nie ..? siyeshly creative and outstanding ..