11.8.10

Berfesyen dibulan puasa

Salam Ramadan diucapkan kepada pembaca setia blog ini. Walaupun baru sahaja sehari berpuasa, mood 'Raya' sudah bertahta diminda menanti saat bertemu kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah lama tidak bersua. Rindu untuk bersua muka dengan kaum-kerabat, bersalam-salaman dipagi raya dan yang paling penting, tersangatlah kempunan rendang ayam ciptaan nenek yang tersangatlah marvelous. Pada pagi Raya itu juga dijadikan platform untuk ‘menayangkan’ baju raya hasil ciptaan sendiri bikin kaum kerabat lain naik jealous! Sungguh mengasyikkan! Berbalik kepada tajuk penulisan ini, berfesyen dibulan puasa kadang-kadang sungguh merunsingkan sekali bagi mereka yang terlalu taksub dengan imej dan gaya masing-masing.Untuk golongan sang pria, kami sememangnya 'cool' sentiasa. Mungkin bagi mereka yang tidak cerewet, ia langsung tidak mengundang sebarang masalah. Penciptaan gaya seseorang dipengaruhi oleh ‘lifestyle’ individu itu sendiri. Dibulan yang mulia ini, tidak salah untuk penggemar fesyen ( secara amnya golongan wanita) untuk kelihatan anggun dan bergaya, tetapi harus diingat bahawa penampilan anda sewajarnya sopan bagi menghormati bulan Ramadan yang mulia ini. Agak kurang enak dimata yang memandang sekiranya anda keluar untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dengan hanya memakai hot pants dan spaghetti strap. Ya, mungkin anda akan mempersetankan cakap-cakap orang disekeliling, well.....what can i say? Fikir-fikirkanlah! Untuk kelihatan sopan dan ayu, tidak semestinya anda diwajibkan untuk memakai baju kurung atau kaftan dalam tempoh 24 jam sehari, sudah cukup sekiranya anda memakai pakaian yang tampak jelas dimata sopan! Sekadar memberi pandangan, untuk golongan yang memakai tudung @ selendang, pakailah dengan cara yang betul…..jika tidak, simpanlah didalam gerobok pakaian anda dan berkemungkinan besar anda mungkin akan mengunakannya kembali di hari raya. Sungguh mengujakan! Setiap golongan wanita mempunyai perasaan yang luar biasa terhadap fesyen. Ini merupakan satu ‘statement’ yang ternyata tepat dan sahih kebenarannya. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak ambil peduli perihal gaya dan yang se’kroni’ dengannya? Ini tidak termasuk ibu-ibu dirumah yang selesa berkain batik dipadankan dengan oversize t-shirt( plain @ bercorak).Bagi mereka yang tidak mengambil peduli akan hal-hal berkaitan imej dan gaya ini, individu berkenaan berkemungkinan besar terlalu sibuk sehingga membiarkan minda mereka menguasai segala-galanya sehingga terpaculnya perkataan seperti ‘aku tak kisah’ ataupun ‘fesyen itu penting ke’. Untuk kelihatan bergaya dibulan puasa ini, tidak salah sekiranya anda mengenakan high-heels 5 inch, chiffon top berlengan puff dipadankan dengan waist belt bergancu in silver tetapi haruslah kena pada tempatnya. Selamat menjalani ibadah puasa.

Image via kattaca.com, sekadar hiasan

No comments: