12.7.10

Muzikal Uda Dara

Istana Budaya, panggung bertaraf dunia. Adakah pementasan teater-teater disini juga bertaraf dunia?

Hello……disini saya ingin berkongsi pendapat berkenaan dengan pementasan teater Muzikal Uda & Dara yang sedang ditayangkan di Istana Budaya sehingga 20 julai ini. Semalam, saya meluangkan masa untuk menonton teater arahan pengarah prolifik tahanair, Dato’ Rahim Razali. Untuk pengetahuan semua, beliau juga merupakan pelopor yang terlibat dalam sejarah pertama pementasan MUZIKAL UDA DARA pada tahun 1972 – hampir empat dekad lalu di Teater Eksperimental, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Teater Muzikal Uda & Dara ini merupakan karya Usman Awang. Pementasan ini ala2 Romeo & Juliet versi melayu lama tetapi pengakhirannya dilihat Uda mati dibunuh kerana isu darjat, kuasa dan ringgit menguasai manusia. Walaupun kedengaran sedikit bosan bagi sesetengah mereka yang tidak ambil peduli hal-hal sedemikian rupa, perlu diingat bahawa wang ringgit bukanlah segalanya. Kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini hanyalah untuk sementara sahaja dan ini semestinya merupakan peringatan kepada saya juga. Fikir-fikirkanlah….(ayat!!) Lakonan Misha Omar pada babak2 sedih penceritaan berjaya dihidupkan(tersangatlah jelas sekali jeritan rintihan kesedihan oleh Misha) kerana untuk pengetahuan semua, ekspresi kesemua pelakon2 teater ini tersangatlah jelas kerana saya berada dibahagian paling hadapan dan ini sudah cukup untuk menghayati keseluruhan pementasan teater muzikal ini. Syabas diucapkan kepada Misha Omar! ( Misha Omar kelihatan ‘short’ diatas pentas.) Costume untuk Misha Omar kelihatan seperti Baba dan Nyonya.

Walaupun bukanlah peminat setia pementasan sebegini rupa, apa yang cuba disampaikan oleh pengarah tersangatlah jelas sekali. Tiada yang tersirat sehingga membuatkan penonton pening kepala untuk memikirkan apa yang sebenarnya yang terjadi. Boleh dikatakan, teater ini ‘senang tangkap’. Semasa sedang ‘asyik’ menonton teater muzikal ini, mood terganggu seketika kerana ade kesalahan-kesalahan teknikal yang teramat jelas sekali seperti gangguan di skrin utama dan muzik yang kedengaran sedikit kucar-kacir. Oleh kerana saya berada dibarisan paling hadapan, dapat dilihat dengan jelas sekali pemuzik-pemuzik dan suara-suara latar untuk teater ini yang berada dibahagian bawah ‘stage’. Semasa muzik tersalah tempo, dapat dilihat raut wajah mereka berubah dan ada yang menggigit jari! Sungguh mengujakan. Penari-penari wanita untuk teater ini boleh dikatakan kurang stamina berbanding penari-penari lelaki. Ini dapat dilihat dari segi ‘movement tarian’ yang tak berapa nak ‘sharp’ berbanding penari lelaki, yang seperti menjiwai watak dengan sepenuh hati! Walau bagaimanapun, saya sememangnya terhibur menonton pementasan teater muzikal ini kerana ada babak-babak ‘funny’ dimata saya, mungkin tidak dimata penonton lain. That's all....

p/s:I think everybody should get rich and famous and do everything they ever dreamed of so they can see that it's not the answer. For more information, simply visit Istana Budaya

2 comments:

ilsteviewonder said...

Nice!! ha I love your last quote! :)

Rolling Fumbling Thug said...

:) Life with Sandra.