20.7.10

FANTASI FANTASTIK - InTrend Magazine Ogos 2010

Retro space chic Judy Jetson dan Ratu Naboo Padme' Naberrie Amidala diangkat jadi muse YouthQuake 2010 dalam balutan ilham pereka super junior beranganan dalam fantasi serba fantastik. Ini olahan mereka untuk melebarkan tunas bernas biar jaguh kelak.

Konsep, penyelarasan dan penata fesyen: Iqbal V Azwan Mukhtaram (Vee)
Pembantu penyelarasan: Fifa Muhaidin dan Wan Noor Ain (Pelatih UiTM)
Fotografi dan pengimejan digital: Wan Izhar@White Studio
Solekan: Deric Lim
Dandanan: Ming Wong
Model: Sasha @ faces models


'Triple Helix'- Ultraviolet bersatu dengan perak dan hitam dalam rekaan clone bertiga dengan penegasan bahu dan variasi bentuk. PVC dan leather dicarik cantum menghasilkan a creation out of this world. Dress, leg piece, but dan sepatu, Sandra Azwan. Made to order-price upon request, contact Sandra Azwan for more details. Sarung tangan milik penata gaya.


Kiri: 'Steel Quantum'-Metalik perak dengan titanium kilat berpanel lipat segi tiga diangkuh bahu bertingkat dan hooded tinggi. Rompi pendek, Mahani Mat Zin. Sepatu tinggi rona aluminium, Rozlan Nassir. Sarung tangan dan kaca mata aviator milik penata gaya. Kanan: 'Marauder/Predator'-Ilham Jurassic dalam helaian fabrikasi hitam bertekstur sisik dan hijau alga cukup menawan. Elemen rekaan yang diterapkan dalam setiap helaian ini cukup mengagumkan. Instead of jemeki dan sekuin menghias, claws dan kuku menjadi pengganti. Atasan, jaket, celana pendek dan sepatu tinggi, Juliana Osman.


Kiri: 'Puncture Mars'-Merah menjahang tambah kilat, perak aluminium dan hitam bertekstur menghasilkan dimensi rekaan berasaskan moden dan pemikiran uber new. Diafragma segar dengan mainan eyelet dan melikar renda. Dress bahu jatuh, Hafiz Sabran. Sepatu, Rozlan Nasir. Gelang dan subang bulat milik penata gaya. Kanan: 'Reptilianation'-Jingga ambar, hijau alga balik cahaya bertekstur dan hitam bak kulit T-Rex menggamit rasa serba creepy dan surprisingly sebuah hasilan yang cukup edgy dan super interesting. Jaket berhud dan perincian belakang, Juliana Osman.


'Opaque'-Penegasan pada jeluk dan bahu dengan teknik kait gah melata di sepenuh bodice. Kain lapisan dalam dengan tunic hood hitam memberi ilham buat Padme' yang pasti jatuh cinta. Tunic dan atasan kain berat, Ramlah Hassan. Glove studded milik penata gaya.



Kiri: 'Anti-Satellite Cadet'-Dimensi Parabola deterapkan dengan elemen mainan quilting dan memfokuskan pada bahu dan volume. Tali pinggang bergancu aluminium perak dan jaring lelebar bikin look in complete. Romper senteng dan kaca mata, Amirul Khursaini. Rantai dan band studded. Juliana Osman. Kanan: 'Cascading Bitumen'-Jatuhan kain rona bitumen bertongkah-tongkah volume di kiri dress dengan panel pecah di bodice badan. Fabrikasi pilihan balik cahaya a much classier futuristic look. Dress lisu jatuh iring, Rozlan Nassir. But tinggi bergigi, Juliana Osman. Sarung tangan kulit milik penata gaya.



p/s: Sandra Azwan next fashion show @ Bukit Bintang! Sunday,8.30 pm...brought to you by Tourism Malaysia. See u there!

5 comments:

FaFaFa said...

wah, good for you guys!
congrats in everything~ :D

Jade "Purple" Brown said...

this amazing! im so excited for you and your accomplishments!

Alienor said...

it's beautiful sandra !

Babyrenn Ayon said...

I can't wait to buy Aug edition of Intrend. Biasalah kat Sabah mmg lmbt...

Mah@mahu said...

indahnya rekaan and nice to see..