30.6.10

Ilham Seni Bina

Sentuhan futuristik Azwan berdasarkan rekaan indah arkitek, Zaha Hadid
Oleh Shaidah Shafie
Shafieshasha@bharian.com.my

ILMU dan fesyen adalah dua perkara berbeza, namun kedua-duanya saling berkait serta berada di atas landasan sama kerana tanpa ilmu, fesyen tiada asas kukuh sebaliknya dengan elemen ilmu, ia mampu menguatkan sesuatu penataan fesyen.Sehubungan itu, fesyen yang direka dengan asas ilmu memperlihatkan kebijaksanaan pereka sekali gus visi dan ilham yang diterapkan pada perekaan pastinya hebat kerana mengadun ilmu, walau apa saja ilmu ke dalam perekaan adalah tidak mudah melainkan anda berani mencabar diri.

Ilmu seni bina misalnya sama sekali tiada kepentingan dalam perekaan fesyen, tetapi bagi pereka muda, Sandra Azwan Abdul Wahid, kekaguman beliau terhadap artkitek wanita kelahiran Iraq yang mencetus fenomena tersendiri dalam dunia seni bina antarabangsa, Zaha Hadid, membuatkan beliau memanfaatkan fabrik dan imaginasi. Mengambil konsep seni bina bangunan diilhamkan Zaha, Azwan menghadirkan koleksi ‘Future Hybrid’ yang jelas menggabungkan elemen seni bina dan keindahan fabrik serta mencetus pernyataan fesyen adalah berani.

Mengambil kira semua aspek seperti konsep, fabrik, warna dan rekaan yang istimewa, maka lahirkan persalinan unik yang mengangkat seni bina serta mengadun daya kreativiti individu mencatur perincian menjadikan persalinan berkenaan mengagumkan.

“Saya meminati bidang seni bina dan juga perekaan fesyen. Walaupun nampak berbeza, ada istilah dalam fesyen yang sama digunakan dalam seni bina cuma cara pelaksanaan saja yang berbeza. “Bahkan, jika direnung kembali fesyen dan seni bina banyak persamaan. Kedua-duanya berasaskan struktur garisan. Jadi saya menyelaraskan keunikan seni bina dan keindahan fesyen untuk koleksi yang dihasilkan ini,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Berazam mencipta nama di pentas fesyen antarabangsa, pereka yang membangunkan jenama SandraAzwan itu memanfaatkan beberapa fabrik seperti tafetta, sutera Thai, kapas glazed dan fabrik sintetik untuk menghasilkan koleksi Future Hybrid.

“Saya menghasilkan rekaan berkenaan sebagai memenuhi keperluan penuntut tahun akhir untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Fesyen) UiTM. “Seni bina dihasilkan Zaha sudah lama menarik minat saya kerana selain statusnya sebagai arkitek wanita, beliau juga sentiasa menampilkan idea unik dalam kebanyakan bangunan yang dihasilkan menyebabkan saya kagum dengan ilmu seni bina yang beliau miliki,” katanya.

Kejayaan dan keupayaan Zaha ternyata mempengaruhi Azwan untuk menghasilkan yang terbaik dalam seni rekaan fesyen selain seni bina dihasilkan wanita itu menjadi inspirasi untuk Azwan membuat kejutan dalam rekaan fesyen tanah air. “Konsep dan pemilihan warna antara yang saya berikan tumpuan kerana warna boleh memukau pandangan ketika sesi peragaan. Kombinasi kelabu dan hitam menjadikan rekaan tampak bersahaja, manakala renjisan warna ungu menjadikan koleksi segar serta wujudnya elemen muda bertenaga termasuklah keberanian,” katanya.
Azwan juga kagum dengan kelebihan sutera Thai apabila turut menggunakan fabrik ringan berkilat itu untuk menguatkan penataan ilham beliau dalam rekaan fesyen yang memberi impak besar terhadap pereka muda itu. “Sutera Thai menzahirkan sifat kewanitaan sedia ada model yang menggayakan koleksi berkenaan. Gentian fabrik itu juga menyerlahkan setiap perincian seperti lipatan yang mempunyai fungsi tersendiri terhadap rekaan.

“Lebih mengujakan, penggunaan sutera Thai membuatkan potongan jelas dan cantik serta kemas apabila disarungkan selain menjelmakan keindahan dimiliki wanita serta keunikan bahan itu sendiri,” katanya.

Bergaya, unik jadikan koleksi Future Hybride tersendiri
Percaturan warna yang tepat ternyata mampu menjadikan persalinan tampak unik dan berbeza termasuklah kemasan jahitan dan perincian berseni lagi halus menyumbang kepada keindahan seni jahitan. Koleksi Future Hybrid SandraAzwan itu memperlihatkan ciri kemasan yang sangat teliti menerusi gabungan lipatan dan lapisan fabrik yang dimanfaatkan sebaik mungkin.

Setiap persalinan mungkin kelihatan agak aneh, tetapi jika dilihat secara keseluruhan ia mengambil potongan dress biasa yang diunikkan melalui ilham cantuman lipatan melengkung serta seakan kelopak yang ada pada setiap helaian. Kemahiran menjadikan setiap lipatan kemas dan licin juga wajar diberi perhatian kerana kadangkala penggunaan fabrik berbeza menjadi tidak serasi pada helaian dihasilkan.

Secara mudahnya, persalinan ini mengingatkan kita kepada pakaian seragam dalam siri televisyen yang seakan-akan siri angkasa lepas, tetapi ia sebenarnya adalah penataan fesyen yang amat berseni, kreatif dan berdaya saing kerana pencernaan rekaan berkenaan adalah berasaskan seni bina. Begitupun, koleksi ini boleh saja digayakan ke majlis santai atau kasual sekiranya anda mempunyai keberanian untuk tampil berbeza.
INFO: Sandra Azwan Abdul Wahid

•Label: Sandra Azwan

•Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Fesyen) UiTM, Shah Alam.

•Pencapaian: Anugerah Koleksi Terbaik: UiTM Degree Fashion Show 2010, penerima anugerah Malaysia International Fashion Association (MIFA-8) 2007, penata gaya Gangstarz TV3 musim kedua, penata gaya Special Songket Couture Fashion Presentation 2007.


Contact Sandra Azwan for more details. Photographs by Rafil Thazali
via Berita Harian Online

11 comments:

ieyra sweeto said...

canteknye!! =) congrats sandra!!~~~ =)

p.a.k.w.e. said...

hye
when PAKWE gonna wear ur piece
can we diskus bout ur price SANDRA
ym lah jom

Alienor said...

CONGRATULATIONNS sandra !!

Nana said...

whoa!!! really great!!! Love the details on the dresses!!! Congrads my dear!

jue said...

wow!!!...:0

Harleen A. David said...

WOW! Bravo! I really like this collection!! Especially love how you can connect the architecture ideas with your collection! This is so fantastic!! I LOVE IT!!!

Amazing ideas and amazing blog btw! Wish I could attend this year's MIFA and see for myself all the greatest design you will come up with :) :)

-Leen
aticaleen.blogspot.com

att said...

u..
congrates okeh..
^^

Dr. Deco said...

what a tremendous piece of art!
im so in love with it!
way to go sandra!

ErikaToh said...

Sandra, that's how I got to know you in the first place! I read the newspaper about you and your work and thought, "Wow, this fella is really talented arr..."

Mana sangka, a few weeks later....I got to know you personally in Innit pulak! Haha...the world is really small lar... ;D

I'm so honoured to be able to know and have you as a friend, Sandra. Thanks so much for including me into your amazing life. :)

*Huggies*

Cik Gallus Gallus said...

sandra ur model so cool and gorgeous when they wear ur design

nurul ainul farhain said...

awk mmg ske style yg unik2 kan ? :)