2.6.10

Elemen rekaan eksklusif

By MERAN ABU BAKAR

PADA setiap tahun, para pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah menamatkan pengajian akan mempamerkan hasil rekaan masing-masing dalam satu pertunjukan fesyen khusus untuk mereka. Mereka akan diberikan tema tertentu sebagai panduan dalam hasil rekaan pada setiap kali pertunjukan fesyen diadakan. Tahun ini tema Elemen telah dipilih sempena Pertunjukan Fesyen Ijazah 2010 pelajar-pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen UiTM yang diadakan baru-baru ini di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.


Photograph by Zayani Zaharudin

Elemen merupakan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi rekaan kreatif pelajar-pelajar semester akhir bagi memenuhi syarat program pengajian dua tahun Ijazah Seni Reka (Fesyen). Bakat dan keupayaan pelajar yang memperoleh inspirasi daripada pelbagai sumber dan memilih elemen yang bersesuaian bagi projek rekaan mereka dapat dilihat daripada rekaan yang dipertontonkan. Pertunjukan fesyen ini menggabungkan bakat, teori, rekaan, teknikal serta kebolehan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil inspirasi daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan koleksi mereka.

Setiap rekaan yang dilihat merupakan hasil titik peluh pelajar dan mempamerkan kepakaran pelajar bermain dengan elemen garisan, tekstur, perincian dan bagaimana mereka menggunakan teknik draping, pleating, ilusi dan drama yang mengangkat martabat fesyen sebagai satu hasil seni tulen. Hasil rekaan memfokus pada satu kategori tertentu seperti koktel, kostum, kasual dan art-to-wear supaya pelajar dapat memberikan tumpuan pada setiap rekaan mereka.

Photograph by Rafil Thazali

Walaupun para pelajar diberi kebebasan bagi melahirkan hasil rekaan namun mereka tetap dipantau dan diberikan bimbingan daripada segi teknikal oleh pensyarah. Paling penting hasil rekaan pelajar kelak mendapat pasaran daripada dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa. Pun demikian, aspek estetik masih diutamakan supaya para pelajar tidak tersasar daripada rekaan yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat Malaysia.

Usaha yang dilakukan oleh universiti yang pernah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 ini merupakan satu cara ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen berwibawa negara pada masa hadapan. Seramai 44 orang pelajar sesi Disember 2009 hingga Mei 2010 telah mengambil bahagian dan setiap seorang pelajar mempersembahkan sebanyak lima helai rekaan baju yang berbeza. Ini bermakna sebanyak 220 helai rekaan dapat disaksikan pada malam persembahan yang turut disaksikan oleh Naib Canselor UITM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid, para pensyarah, ibu bapa dan bekas pelajar.


THE winners posing with the Vice-Chancellor Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid (batik shirt).

3 comments:

p.a.k.w.e. said...

akan mengadakan GET2GETHER PAKWEKU.BLOGSPOT dlm bulan JULAI 2010 di SETIAWANGSA...detail akan diberitahu kelak...harap dapat hadir..TQ
nak pakai baju tu jugaks

Mr. Fabulous said...

the dress on tengku azura looks so hot!

ErikaToh said...

Your design rocks, Sandra! Way to go! ;D